Oct 11, 2010

Bila tengok kemalangan ngeri


Semalam, saya anak beranak pulang ke JB selepas 2 malam berada di Selangor. Perjalanan Selangor-JB yang biasanya hanya mengambil masa 4-5 jam. Semalam, kami hanya sampai ke rumah selepas lebih kurang 8 jam di atas jalanraya. Syukur, walaupun lambat tapi selamat.

Ya, kami antara yang terperangkap dalam kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan, Pedas-Linggi selama 4 jam. Kami tiba di kawasan itu sekitar jam 9 malam dan hanya berjaya melepasi kawasan tragedi hampir jam 2 pagi. Fuhhh..penatnya bukan kepalang. Semua kenderaan hanya 'merangkak' perlahan-lahan selama lebih kurang 5 jam. Mujur ia berlaku waktu malam. Mujur anak-anak semuanya tidur lena dengan perut kenyang kerana sudah bersantap sebelum bertolak. Encik suami gigih menahan mata sedangkan saya beberapa kali 'tertewas' dan hanya mampu tersengguk dan sesekali ternganga di kerusi sebelah..hehe.

Setiap kali mendengar siren ambulans, kereta polis dan Jabatan Pertahanan Awam, saya terjaga. Bilangan kenderaan anggota-anggota keselematan yang lalu lalang saja sudah cukup menggambarkan keadaan kemalangan yang sudah berlaku.

Waktu itu, saya merasai kepayahan menunggu di dalam kenderaan selama berjam-jam. Encik suami pula terus memandu walau terpaksa menjadi 'kura-kura'. Yang pasti, kesusahan yang kami rasa tidak seberapa berbanding mereka yang terlibat dengan bencana kemalangan. Tak dapat saya bayangkan seksa yang melanda mereka yang sedang cedera parah dan nazak. Tak dapat saya bayangkan trauma yang dialami oleh mereka yang terlibat. Tak dapat saya bayangkan perasaan anggota-anggota penyelamat dan penumpang yang terselamat apabila melihat mereka yang telah 'pergi'.

Sesekali saya hantar sms pada ibu di Johor dan Selangor supaya mereka tidak risaukan kami. Selepas melepasi Pedas-Linggi, hampir semua tempat rehat dibanjiri orang ramai yang kepenatan dan kelaparan. Bagaimanapun, hajat untuk mengisi perut tergendala kerana semua kedai makan dah tinggal 'habuk' aje. Saya pula, selain mengantuk, tiba-tiba merasa tak yakin untuk mengambil alih tempat driver malam tadi. Kesian encik suami. Terpaksa terus memandu selama 8 jam sehingga kami sampai di JB.

Kesempatan begini sebenarnya peluang untuk kita menginsafi diri.

Sudah cukupkah amalan?

Sudah bersediakah melangkah ke alam 'satu lagi?'

Hari ini mungkin kita sekadar menjadi pemerhati.

Esok lusa hanya Tuhan yang maha mengetahui.

Minta dijauhkan daripada segala malapetaka dan bencana. Amin.

4 comments:

iCaLoVeZiE said...

owh. tak tau nak kata ape.
dulu ica involve dengan accident yang sgt tragis. 6 org meninggal. yang ti tak mau kate ape. sedih :(

ja amran said...

syida, adik ja 2 org had two separate accidents kat almost the same area, kawasan highway yang sama, dua bulan yg lepas dan sebulan lepas. so, bila adik ja lalu same place semalam, he was quite traumatised to see another tragic accident tapi lagi teruk and luckily he wasnt not involved. cos yg sebelum tu dia involved lori and kereta kot. but he escaped safely, cuma kereta parah skit.

Syahida said...

ica, tak pernah jadi pada akak...tapi simpati mendengar kisah awak. mesti masih teringat2 sampai sekarang kan? kuatkan semangat ok...hidup mesti diteruskan.

Syahida said...

ye ker Ja? iskisk...ngerila.
Alhamdulillah adik kau selamat.
bila accident berlaku, kalau kenderaan je yang parah, syukur Alhamdulillah tapi kalau melibatkan nyawa, Nau'zubillah.. :(