Oct 11, 2010

Kisah 10 Oktober

10 oktober 2010. Macam-macam persepsi untuk tarikh ini.Tarikh keramat. Angkanya cantik. Ada yang tak anggap apa-apa. Biasa saja.

Saya kenal dengan seseorang pada tarikh ini sejak 30 tahun dulu. Ya, saya kenal dia sejak lahir. Membesar dan dewasa bersama-sama. Pernah tinggal sebilik dan sebumbung. Bila masing-masing berjauhan, dia tak pernah miss untuk call saya setiap minggu. Paling kami tak boleh lupa, bila jatuh tergolek dari basikal yang saya tunggang dan dia bonceng selepas balik mengaji. Entah kemana dan dimana basikal BMX tu sekarang. Setiap kali teringat, saya mesti senyum (kadang-kadang ketawa) sendiri.

Semalam, si dia ini menginjak umur setahun lagi.

Norasyikin Yep yang saya lihat semalam tak happy macam selalu. Dia banyak 'menyimpan', tak macam saya. Dia lebih 'control', tak macam saya. Dia lebih berdikari, lebih penyabar dan lebih matang daripada saya sebenarnya, walaupun saya lebih tua dewasa ...hehe.

Saya lihat dia 'cuba' untuk nampak gembira semalam, tapi aura muncungnya jelas kelihatan. Mungkin rasa tertekan kerana sudah masuk umur 30 tapi masih sendirian. Mungkin rasa terkilan kerana sudah 30 tahun tapi masih belum tercapai impian. Segalanya 'mungkin'. Hanya Keen Yep saja yang tahu.

Sebetulnya, bukan mudah menjadi seorang Norasyikin Yep. Tapi, di mata saya, dia telah menjalani 30 tahun yang sangat bahagia dan bermakna.

Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Perjalanan hidup kita sudah tertulis. Hanya perlu berusaha, bertawakal dan sentiasa muhasabah diri.

Hari ini, saya mahu Keen Yep tahu yang walaupun dia masih sendiri, hidupnya tak akan pernah sunyi kerana dia ada KAMI.

Hari ini, saya mahu Keen Yep sedar yang walaupun saya tak pernah beritahu, saya sangat sayangkannya dan bersyukur ada seorang adik perempuan sepertinya.

Hari ini, saya mahu Keen Yep tahu yang dia sebenarnya seorang yang hebat. Banyak perkara yang dia lebih TAHU daripada saya. Banyak juga benda yang dia lebih PANDAI daripada saya. Banyak juga saya terhutang budi. Terima kasih daun keladi.



"Wahai Norasyikin Yep, jangan berhenti menjadi diri sendiri.
Walau apapun yang terjadi, lubang hidungmu yang bulat ooppss..comel itu, akan TETAP menjadi pujaan hatiKu...hehehe"


Happy Sweet 30!



How do people make it through life without a sister?

~Sara Corpening

8 comments:

Zuraini bt Zainal said...

epi birthday sista...
satu tarikh dengan haziq....
kalo ikut melalui perangai haziq...dia seorg yg mudah dijaga...lembut hati dan bermulut manis serta sedikit penakut..mungkin ada karektor kalian yg sama....hihhihi

Syahida said...

salam ani, happy bday to Haziq!! apa hadiah ibu? karektor sama? mudah dijaga..ye kot. lembut hati dan penakut? hmmmmm.... ;p

keen said...

tq kak ani :)

haha, hv to agree dgn akak..mudah dijaga mayb yes, tp lembut hati tu..hmmm, no komen..luaran mayb nmpk lembut kot..tp the real truth? hny Tuhan yg tau..hehe

btw akak, aku mmg dr dulu jenis pemendam yea..but quite surprise that somebody do noticed that i wasn't really dat happy yesterday..:)
n gumbira to have almost all families with me yesterday, syukran!

Syahida said...

elloo keen, aku kan terer...setakat baca air muka ko tu..haihh..sekilas ikan dalam akuarium, sudah tu tau jantan betinanya...hahaha

cutiePrincess said...

kak keen...syabas!

Alhamdulillah dan tahniah sbb anda telah berjaya mengharungi hidup selama 30 thn...bukan senang nk hidup sentiasa senang...chayokk kak keen!

kalau tiada teman dan kawan di sisi, igt 1 perkara, Allah sentiasa ada di sisi kita dan dia telah mengirimkan kita family kita ada skrg ni utk berkongsi suka duka kita...so, semoga bahagia dan ceria2 selalu bersama family anda!

Syahida said...

betul tu wano..ingat Allah selalu dan family no.1 :-)

iCaLoVeZiE said...

owh.. dia sebaya ica!

Syahida said...

owh..ye ker? so, kakak dan adik la kita ye :-)