Nov 15, 2010

Salam Aidiladha

idul Pictures, Images and Photos
dari: google
Selamat menyambut Aidiladha.
Diisytiharkan juga bahawasanya saya akan bercuti blogging,
berkuatkuasa serta merta sehingga 30 November, insyAllah.
Sekian, jumpa lagi Disember nanti!

Bila Abil bermain (episod 4)

Sesi bersama Abil dilanjutkan daripada setengah jam ke 45 minit. Diselitkan juga aktiviti kraf atau melukis. Yang sebenarnya, sesi bermain water colour. Saya gunakan stensil untuk aktiviti ini. Mudah, cepat dan berkesan. Yang paling penting, Abil suka! Hanya 2 tiub warna digunakan untuk sesi yang memakan masa hanya 5 minit ini, sebelum diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain.


Mainan keretapi, buah tangan dari IKEA. Berkualiti, mudah dipasang, fleksibel dan menarik. Abil kurang berminat dengan sebarang permainan berunsurkan aktiviti 'membina'. Tapi, nampaknya berlainan kali ini. Dia main dengan penuh perhatian dan fokus, walaupun landasannya tak habis dipasang. Tak apa, ada ruang untuk diperbaiki ;-)



Main puzzle ABC. Aktiviti biasa, bukan yang paling digemari tapi tidak ke tahap paling dibenci. Abil sentiasa 'layan' puzzle. Saya juga suka belikan puzzle. Harga berpatutan dan sesuai untuk 'mengasah ' otak. Boleh dapat pada harga serendah RM2 (untuk 12 keping).


Setiap hari saya brainstorming untuk sesi bersama Abil.

Kalau anda ada idea bagus, kongsi-kongsilah ye! :)


My Darling is 9!


This is her about 3 years ago...

and

this is her on her SPECIAL day, 14 November 2010

My darling is already 9!

Alhamdulillah...

Wonderful cupcakes by Edi. *good job u!

A daughter may outgrow your lap, but she will never outgrow your heart.~unknown

Nov 13, 2010

Bila Abil ke Melaka

Rombongan sekolah ke Melaka. Fuhhh! L.E.T.I.H. Bagaimanapun, saya puas hati. Kecuali lawatan ke Zoo Melaka yang 'biasa-biasa saja' (sebab kami dah pernah pergi sebelum ini), tempat-tempat lain yang dikunjungi, saya belum pernah sampai lagi. Paling saya suka, River Cruise. C.A.N.T.I.K.


Sekian, jom tengok visual!


Dalam banyak-banyak haiwan, gajah ni saja yang berjaya buat Abil duduk diam sekejap.Lama jugak la dia perhatikan gajah-gajah tu.
Sempat la saya tarik nafas *haha


Ini gambar pokok dan buah Melaka.
Ya, selama ni bila sebut buah melaka, saya sangkakan ia sekadar nama lain bagi kuih onde-onde. Rupa-rupanya memang wujud buah ni. Rasanya kelat-kelat masam.


Fear Factor saya.
Menara Taming sari.
Tak tinggi sangat pun. Abil cool saja. Saya yang gayat!

Sekian.


Nov 12, 2010

Bila Abil belajar respon apabila dipanggil

Satu lagi klip dari program ANDI Initiative.

Selain playtime, kami juga diajar program-program lain untuk diselitkan sepanjang waktu bersama anak-anak.


ok. Klip menunjukkan bagaimana Abil belajar untuk respon apabila dipanggil. Nama program 'Come Here'. Tiada panggilan nama digunakan. Untuk permulaan, cuma sebut 'Come Here'. Untuk Abil, saya gunakan 'Mari Sini..' (perhatian: kami diingatkan supaya menggunakan bahasa yang biasa digunakan di rumah). Jarak panggilan bermula dengan hanya 2-3 tapak saja. Bila dah ada asas, barulah jarak panggilan meningkat sedikit demi sedikit. Kemudian, latihan juga dibuat dalam playroom dulu. Bila mereka dah faham arahan 'Mari Sini..', boleh dipraktikkan di mana-mana, pada bila-bila masa.

oh ya, setiap kali mereka berjaya respon (walaupun dengan bantuan), harus lah beri mereka reward. Nak bagi apa? Bergantung kepada kegemaran anak. Abil sangat suka dibuai, jadi kami 'hadiahkan' setiap kali dia respon.


Klik video di bawah!*siapa tak tengok, rugi.hehe

Nov 11, 2010

Tentang Bermain

Masih ingat lagikah pada entri ini, ini dan ini?

Sesi bermain (playtime) bersama Abil masih diteruskan.

Anda mahu anak-anak lebih mendengar kata?
Anda mahu anak-anak lebih rapat dan sayangkan anda?
Anda mahu anak-anak belajar tanpa sedar?
Anda mahu anak-anak lebih gembira, ceria dan tidak stres?

Jawapannya; Main BERSAMA mereka.


Sebenarnya TAK susah. Hanya beberapa minit saja, mengikut kemampuan anda. Bukan 24 jam. Selebihnya, anda BOLEH biarkan mereka main sendiri. Tapi sekali-sekala, anda perlu 'turun padang'. Saya percaya, kalau dibuat secara konsisten, anda akan nampak kesan positifnya. Tak semestinya kena beli mainan mahal. Kadang-kadang, tak perlukan mainan pun. Yang penting, anda dan anak-anak.


Ada dua jenis permainan (play).
Toy Play dan Interactive Play.

Toy Play pastinya melibatkan ALAT permainan. Terlalu banyak alat permainan yang ada di pasaran. Yang mahal, yang murah. Yang 'percuma' pun ada. Contoh; Nak main masak-masak, boleh guna perkakas dapur sebenar (asalkan selamat). Asal ada kreativiti dan sedikit kerajinan, periuk dan senduk pun bertukar menjadi dram.
Interactive Play pula biasanya TIDAK memerlukan alatan. Yang penting, interaksi di antara individu yang bermain. Main sorok-sorok, melompat/menari mengikut lagu, main kejar-kejar atau bergurau (sambil menggeletek anak) termasuk dalam kategori ini. Kata kuncinya, bermain secara interaktif (dua hala).

Bermain TIDAK memerlukan tempat khusus. Anda boleh bermain dengan anak anda di mana saja, pada bila-bila masa. Dalam kereta, sambil mandikan mereka, sebelum tidur (di atas katil) atau di ruang tamu (sambil lepak-lepak tengok TV).
gambar google

Saya pernah ada bola terapi 'raksasa' macam dalam gambar di atas.

Bola raksasa ni ada banyak fungsi. Anda boleh google sendiri. Boleh digunakan semua golongan. Seingat saya, bola yang saya beli dulu, harganya kurang dari RM50. Berpatutan. Sesuai dengan saiz dan fungsinya yang pelbagai. Kalau digunakan dengan cara yang betul, boleh membantu perkembangan otak. Bantu anak-anak untuk menggunakannya.

Paling ringkas, rapatkan bola di antara dinding dan anda. Biarkan anak anda melompat di atas bola tersebut sepuas hati (ala-ala melompat atas trampoline). Boleh juga ajar anak anda roll bola tersebut. Macam roll bola bowling. Ini antara pergerakan yang mudah. Selebihnya, tengok di sini.
gambar google


Ini pula gambar kain parachute. Boleh dimainkan seperti dalam gambar. Anak-anak membuat pusingan sambil menyanyi atau rentangkan kain ke bawah, campakkan bola ke atasnya (pastikan bolanya ringan seperti beach ball) dan anak-anak mengawal serta melihat pergerakan bola di atas kain parachute itu.

Kain parachute ini BELUM ada dalam simpanan saya. Bagaimanapun, saya sempat menggunakan kain ini atas pinjaman mentor saya tempohari. Abil sangat suka dengan kain parachute ni. Saya tahu dia suka berkelubung di bawah selimut tebal. Jadi, saya gunakan 'minat' itu untuk bermain dengannya. Kalau suka, boleh tengok klip di bawah. Di dalam klip, diselitkan juga bagaimana Abil bermain dengan pin bowling. Untuk menjimatkan kos, boleh saja gunakan kain selimut nipis bersaiz sederhana untuk menggantikan kain parachute. Saya diberitahu harganya di antara RM15-RM20.



Nov 10, 2010

Bonus Oh! Bonus

dari google



If you want to feel rich,
just count the things you HAVE that money CANNOT buy.
~unknown

IKEA lagi dan lagi II

Saya kembali lagi. Sesi 'memanaskan enjin' dimulakan dengan sesi melayan gambar semasa anak-anak saya di IKEA hujung minggu lepas. oh ya, IKEA memang destinasi wajib hampir setiap kali balik rumah mak saya.


pinjam dari google

Jangan buang masa lagi, jom tengok gambar!


oh ya, ini gambar saya dalam sesi belajar minggu lepas (ihsan ANDI Initiative)



Nov 1, 2010

Masa Oh! Masa

Time Flies.



Ok. jom tengok gambar.

2005
Abil 2 tahun. Comel. Montel. Sangat Aktif.
Penangan susu kotak DL perisa coklat agaknya.

2006
Abil 3 tahun.
Masih comel. Masih montel. Lebih aktif dari dulu.
Babbling.
Rutin tidur tak menentu.
Susu coklat DL dikurangkan secara perlahan-lahan.
Mula program intervensi, terapi.


2007-2008
Abil 4-5 tahun.
Banyak perkembangan pada usia ini.
Belajar ke tandas. Perkataan pertama. Kenal huruf.
KURANG hiperaktif.
Program intervensi awal dan Occupational Therapy (OT) diteruskan.


2009
Abil 6 tahun. Semakin kurus.
Suka pada zikir-zikir dan laungan azan.
Masih hiperaktif. Terkawal. Ikut arahan.
Program intervensi awal, OT masih diteruskan.

2010
Abil 7 tahun. Makin kurus. Makin tinggi
Bercakap DUA patah perkataan.
Kenal sukukata, kenal komputer.
Belajar di kelas Pendidikan Khas.
Program intervensi dan OT masih diteruskan.

2011??
Banyak lagi nak kejar.
Tunggu.



Saya mahu Fuzzy Ball raksasa!!

Sesi mencuci mata di Toys 'R' Us lagi.

Kali ni, terjumpa sesuatu yang SANGAT menarik. Ingat tak lagi pada bola plastik berbulu-bulu dan berlampu lip-lap (a.k.a fuzzy ball) dalam entri ini? Hah! kami jumpa yang super duper besar dan panjang macam ulat raksasa.

ini fuzzy ball versi RM2.
Ini fuzzy ball versi RM40.hehe


Macam 'kedai' sendiri ;p

..dan akhirnya kepenatan 'cuci mata, kaki dan tangan' di Toys 'R' Us
...terduduk sekejap..

~T.A.M.A.T~