Dec 24, 2010

Bila Abil berenang

Anak-anak saya suka main air. Bukit Merah, Tiara beach resort, Sunway Lagoon, laut, sungai, swimming pool.


Siapa yang tak suka main air ye tak??

Sejak beberapa minggu lepas, Abil dan kak Dina dah mula belajar berenang. Puas saya mencari-cari, cikgu yang sesuai. Akhirnya makbul doa saya. Dila yang beritahu saya tentang swimming instructor ni.


Ayuh, tengok gambar.


Ini semua aksi-aksi di JB, sebelum dan semasa kelas berenang ;)

Ini pula semasa kami bersantai-santai di Kajang.

Abil yang tak suka pakai goggle.
Sekarang dah ok.

Oopps! tengoklah tu. Main di kolam dewasa. Saya pun tenggelam tau.





He who likes taking pictures 2

Previously, it was Abil, the camera and his feet. Now, it is his face (well, almost). See for yourself.


Dec 22, 2010

Sehari di Singapura

Makan angin ke Singapura.Negara kecil, tapi banyak tempat menarik. Singapura bersih, Singapura cantik.

JB-Singapura bukannya jauh sangat. Tapi sebab urusan Imigresen, tempoh sampai ke destinasi macam dari JB ke Melaka.

Sebelum ini, saya pernah dua kali ke Zoo Singapore (kali terakhir sekitar 5 tahun lepas). Sangat best!


Sebenarnya, hajat di hati nak pergi Universal Studio. Tapi, bila memikirkan yang sekarang ini musim cuti, mesti sesak punya. Jadi, kami tangguhkan misi Universal Studio.


Dipendekkan cerita, akhirnya kami buat keputusan untuk ke Snow City. Sebelah Snow City ada Science Centre.

Dengan bantuan GPS, agak senang mencari lokasi. Snow City tak sebesar mana. Cukuplah untuk bergambar dengan ais salji. Salji buatan manusia mana kan sama dengan salji semulajadi, ye tak? Tapi cukuplah buat anak-anak saya melepas hajat tengok snow.

Selesai di Snow City, kami bergegas mencari masjid. Mujur ada masjid berdekatan. Selepas solat, bergegas pula kami ke Science Centre.

Di Science Centre, cuma sempat meninjau-ninjau sehingga jam 6 petang. Tepat jam 6, Science Centre ditutup. Sedih, banyak lagi tempat di sini yang kami tak sempat tengok. Nampaknya kena pergi lagi.

Science Centre pula sangat menarik. Segalanya berbentuk interaktif dan pengunjung bebas mencuba apa saja. Tempatnya besar, satu jam memang tak cukup. Anak-anak saya cukup seronok.



Ok, cukup. Jom tengok gambar!

Snow City


Di Masjid (alamak, tak ingat namanya) tapi masjid ni ada reception
(hari Ahad reception tutup daaa...)



Science Centre

Tahukah anda, bahawa 'lari' daripada rutin,
makan angin dan bercuti bagus untuk perkembangan otak yang sihat?
Tak perlu ke Singapura, pergi kemana saja, asalkan luar dari lokasi 'rutin' anda.
Mesti anda akan rasa lebih segar dan stress-free.

Dec 21, 2010

Jom tonton Clever!

dari google


Rancangan Clever! (edisi Malaysia). Pengacaranya, Pak Nil dan saintis Rafidah . Seronok tonton Clever! ni.

Rancangan ini sedang 'hot' di rumah saya.
Sambil tengok TV, sambil belajar sains. Banyak fakta dan eksperimen sains yang kami tengok setiap hari.

Ya, Abil pun sama-sama 'melekat' depan TV.

Kepada yang belum menonton, cubalah tengok sendiri. Jom!

Dec 20, 2010

Jom Main Sand Art!

Sand art. Saya dan anak-anak tak pernah cuba. Teringin juga.

Minggu lepas, singgah di MPH, kami beli 3 set. Harga 1 set cuma RM4.00, sangat berpatutan. Anda patut cuba aktiviti ni. Sangat kos-efektif. Seronok dan melekakan.

Abil pun boleh fokus dalam 15-20 minit.

Saya pasti nak belikan lagi untuk anak-anak saya.



Jom  sand art ramai-ramai :-)


Dec 19, 2010

Saya pun ada Masters dan PhD!

Ok.Entah celah mana la kelulusan Masters dan PhD saya. Yang ada dalam fail peribadi, cuma sijil degree. hehe

Baru-baru ni, seorang kawan lama lulus PhD. Kebetulannya, dari universiti yang sama dengan saya. Kebetulannya, dulu dia sekelas A-Level dengan saya. ...dan banyak lagi kebetulan.

Bukan kali pertama saya mendengar berita kejayaan kawan-kawan. Saya tumpang bangga bila kawan-kawan dapat Masters. Tumpang seronok juga bila kawan-kawan bergelar Dr.
Oh, saya sangat-sangat jealous!


Di-sponsor kerajaan atau organisasi-organisasi yang seangkatan dengannya. Oh! so lucky.

Buat masa sekarang, saya masih boleh bertahan. Berdoa semoga ada peluang saya, insyaAllah.  Tanpa Masters dan PhD pun masih boleh teruskan kehidupan. Tapi, kalau saya ada Masters dan PhD, seronok juga kan?

Eh, saya pun ada Masters dan PhD.
Inilah Masters dan PhD saya! hehe



Dec 15, 2010

When Abil meets aquarium

The key to getting an autistic child to learn is to GET THEM INVOLVED. In early stages, you need to frequently prompt them and get them 'connected'.

I captured this when nobody was looking. I was smiling all over.

Zarif , little tortoise and the gang.

Dec 14, 2010

Soalan Cepu Emas

pinjam gambar Google

"Anak saya istimewa."

"Sejak lahir ke?

Jawapan saya:
Autisme TAK boleh dikesan sebelum lahir, mahupun sejurus selepas lahir.
Biasanya, ibubapa yang peka akan nampak 'kelainan' pada perkembangan anak sekitar 2-3 tahun.
Ramai yang 'nampak' sedikit lewat, pada umur pra-sekolah(ke atas).
Di Malaysia, diagnosis biasanya dibuat pada umur 2 tahun ke atas.
Di luar negara, ada diagnosis dibuat seawal umur setahun.
Lebih cepat dikesan, lebih baik sebab program intervensi boleh dimulakan segera.

"Anak saya masih belum bercakap, Autisme juga ke?"

Jawapan saya:
Lambat bercakap bukan ciri-ciri penentu, tapi salah satu tanda amaran.
Bawa anak berjumpa pakar untuk kepastian.
Boleh baca entri-entri ini untuk info lanjut.
Tentang Autisme 1
Tentang Autisme 2
Tentang Autisme 3
Tentang Autisme 4

"Dia tak boleh bercakap. Kalau dia mahu apa-apa, bagaimana?"

Jawapan saya:
Kadang-kadang, dia akan tarik tangan kita (sesiapa yang berdekatan).
Sekali-sekala dia tunjuk dengan jari. Biasanya, dia akan menangis sehingga kita tahu kehendaknya.
Untuk galakkan dia bercakap,
permintaan hanya akan dilayan bila ada perkataan/bunyi disebut.
Sebutan tak perlu sempurna, yang penting ada inisiatif ;)
Sekarang, Abil sudah boleh memberitahu.


"Dia main tak dengan kakak dan adik?"

Jawapan saya:
Mereka boleh main sama-sama, kalau kena caranya.
Abil sukakan permainan berbentuk 'fizikal'.
Contohnya macam dalam entri ini dan ini.
Biasanya kakak dan adik kena mulakan langkah pertama.

Sesi soal jawab tamat

Jumpa lagi! :D

Dec 10, 2010

Abil dan Nama

Abil kenal huruf pada umur 4 tahun. Sebaik saja kenal huruf, dia dilatih menulis namanya sendiri. Ia proses yang memakan masa. Bermula dengan meniru, meniru dan meniru, kemudian akhirnya berjaya menulis namanya sendiri apabila diminta.

Mengenal dan menulis nama sendiri ni adalah satu kemahiran penting, terutamanya apabila ada kes kecemasan. Oleh sebab nama ayahnya agak kompleks, saya tak mahu menyulitkan Abil buat masa ni. Cukuplah dengan Nurhan Nabil saja.
Dari semasa ke semasa, saya akan minta Abil tulis namanya supaya kemahiran ini 'lekat' di kepalanya. Kadang-kadang saya selitkan aktiviti mengenal nama dalam sesi terapi kami di rumah.
Inilah hasilnya. Nurhan Mobil? hehe


He who likes taking pictures


Saiful Nang-to-be? Too early to tell.

So, here goes... Abil, camera and his foot!
Yup, he likes taking pictures of his foot. He snaps dozens of them.
I wonder why.....hmm..
Enjoy the photos, exclusively taken by Abil :-))))