Dec 19, 2010

Saya pun ada Masters dan PhD!

Ok.Entah celah mana la kelulusan Masters dan PhD saya. Yang ada dalam fail peribadi, cuma sijil degree. hehe

Baru-baru ni, seorang kawan lama lulus PhD. Kebetulannya, dari universiti yang sama dengan saya. Kebetulannya, dulu dia sekelas A-Level dengan saya. ...dan banyak lagi kebetulan.

Bukan kali pertama saya mendengar berita kejayaan kawan-kawan. Saya tumpang bangga bila kawan-kawan dapat Masters. Tumpang seronok juga bila kawan-kawan bergelar Dr.
Oh, saya sangat-sangat jealous!


Di-sponsor kerajaan atau organisasi-organisasi yang seangkatan dengannya. Oh! so lucky.

Buat masa sekarang, saya masih boleh bertahan. Berdoa semoga ada peluang saya, insyaAllah.  Tanpa Masters dan PhD pun masih boleh teruskan kehidupan. Tapi, kalau saya ada Masters dan PhD, seronok juga kan?

Eh, saya pun ada Masters dan PhD.
Inilah Masters dan PhD saya! hehe



18 comments:

YatieJay said...

Termasuk saya, ramai kawan2 saya yg lain ada perasaan yg sama mcm Syahida. Nak sambung belajar tapi....(banyak tapi).

It goes back to ~ apa priority dalam hidup kita sekarang ni. Apa yg sebenarnya lebih memberi kepuasan. Bila kita terpaksa 'fikir' banyak benda demi untuk sambung belajar maknanya priority kita bukan utk Master/Phd tu kan?

Tapi wlpn Syahida tak ada Master dan Phd mcm kawan2 lain, saya tengok Syahida tetap berjaya menjadi Work At Home Mom sebab Kak Dina dapat result yg baik dalam exam dia yg lepas, Abil punya development pun makin baik, tapi at the same time Syahida dapat 'memberi' sesuatu untuk orang lain di samping dapat spend banyak masa kat rumah....itu kepuasan yg lebih utama bukan?

[Mode pujuk diri sendiri jugak ni...hati berdarah jugak bila tengok ada kawan sambung master/phd]

Syahida said...

yatie, setuju sangat2 dengan komen yatie ni..kena tgk priority..teapi hati ttp berdarah buleh?hehe

takpelah, berkorban untuk anak2 dulu..kot la dah tua gayut esok baru datang peluang itu, tetap saya teruskan insyAllah :)

Mahani Muhammad said...

salam syida,
samalah juga saya...perasaan cemburu tetap ada bila tengok kejayaan kawan2 yg lain. Tipulah kalau saya katakan yg saya taknak jadi sprt mereka. Ada kerjaya dan mampu pegang duit sendiri...tapi bila tengok pada anak2 hati ni rasa terubat. Terasa tanggungjawab dan amanah ni belum tertunai sebaik2nya. Walaupun tanpa kerjaya yg boleh dibanggakan, tapi hati cukup bangga dgn pilihan yg saya buat skrg ni...ikhlas menjaga dan mendidik sendiri anak2 yg pastinya dijanjikan ganjaran olehNya nanti.

Azma said...

Suatu masa nanti pasti ada peluang. Dah tua ganyut pun x apa. Ramai apa yg dah tua2 gi blaja lagi.. :)
Betul la kata Yatie tu. Tengok priority..

Syahida said...

Wa alaikum salam mahani, mmg kita ni berkongsi rasa lah..apa pun yg kita buat, yg penting ikhlas kan?

Syahida said...

Azma, betul la tu...usia bukan penghalang. harap2nya bila saya dah tua nanti, masih sihat la insyAllah :)

ja amran said...

priority syida.
allah tu dah kasi rezeki masing2 ikut rentak masing2. tak semestinya if kita takat degree kita tak layak utk pencapaian yg lebih. it's good for us utk tumpang bangga and it is normal utk kita rasa jeles...ehehe...aku ni lagi la, adik aku sendiri ada phD. kdg2 terasa gak diri ni less a mediocre, maybe di mata parents sendiri.

tapi if kita dah choose utk berkorban demi anak2, insyaallah ada jalan kejayaan kita nanti. mcm ko pun dah nampak success tu.. ehehhe

pastu cikun tu jantan. pedulikkan cikun (hahahah!!!)

take care :D

dila si mama dzariff said...

Niat di hati nak sambung la jugak, tapi otakku dah diseliputi karat-karat yang agak susah nak tanggal...habih tuh camnoooo!

Syahida said...

Mekja, u hit the right note! haha..thx very much.i guess i'm just being human...tapi cam ko kata la kan..rezki masing2 ;)

Syahida said...

Dila, otakku pun dah berkarat juga..hehe.kna mau kasik tanggal itu karat..awak ada peluang apa? nanti bolehla akak tumpang bangga :)

maya amir said...

jgn rasa rendah diri..(walaupun sebenarnye saya jugak rase cemburu tgk sume org sambung belajar)..betul ckp yatie, kene tgk priority..btw, master & phd bukan pengukur kite dah berjaya dlm hidup atau tak.. itu satu bonus.. yg penting, ape yg kite mau dlm hidup sebenarnya..:)) my 2 cents..

Zuraini bt Zainal said...

saya pun terasa jugakkkkkkkkkkkkk....sob..sob..sob...walaupun tidak memiliki apa2 yg boleh dibanggakan, harapnya saya masih mampu menjadi kebanggaan anak2 saya...

Syahida said...

maya, betul lah tu...paper qualification bukan kayu pengukur. tapi kalau dapat bonus mmg seronok kan?? anyways, bonus comes in all sizes and shapes...so, kna blaja appreciate la apa juga 'bonus' yg kita sbnarnya dah dapat depan mata...* a note to myself also :)

Syahida said...

Ani, yang jauhari yang mengenal manikan...cewah! ntah sesuai ke idak, penggunaan peribahasa ni...hehe. jadi ibu sepenuh masa ni kerjaya yang PALING membanggakan sebenarnya, tapi tak semua nampak kelebihan itu.. :)

Anonymous said...

syida,

this entry goes straight to the heart. i did have that feeling - takde master takde phd, pastu tak dpt pon fly.. envy pada korang2 ni tak tau la nak ckp apa.. at the end.. apa2 pon syukur pada rezeki yg ada.. and aku salute what you are doing.. lagi sukar dari yg bekerja makan gaji.. so thumb ups to you..

mun@aboo

Syahida said...

thanx aboo...sekapal la kita nmpaknya..yup, u got that rite.bersyukur dgn apa yang kita ada :)

Anonymous said...

+ Hehehhehhehhe Sheeda, aku rasa, aku sorang jer kot kawan ko yang tak terasa nak sambung Master/PHD... hahahha... gumbira jadik ibu sepenuh masa.... (walaupun selalu perang sedara ngan anak sendiri) hahahha... yang penting buat apa yang membahagiakan kita.... Rezeki kita ada di mana-mana. Jangan risau.. tanpa master/PHD pun kita buleh dapat WANG BESAR.. WANG BESAR... Hehehheh :) + Along +

Syahida said...

Along, aku rasa nak ikut jejak langkah kau la...yg penting, wang BESAR! wang BESAR! haha