Dec 14, 2010

Soalan Cepu Emas

pinjam gambar Google

"Anak saya istimewa."

"Sejak lahir ke?

Jawapan saya:
Autisme TAK boleh dikesan sebelum lahir, mahupun sejurus selepas lahir.
Biasanya, ibubapa yang peka akan nampak 'kelainan' pada perkembangan anak sekitar 2-3 tahun.
Ramai yang 'nampak' sedikit lewat, pada umur pra-sekolah(ke atas).
Di Malaysia, diagnosis biasanya dibuat pada umur 2 tahun ke atas.
Di luar negara, ada diagnosis dibuat seawal umur setahun.
Lebih cepat dikesan, lebih baik sebab program intervensi boleh dimulakan segera.

"Anak saya masih belum bercakap, Autisme juga ke?"

Jawapan saya:
Lambat bercakap bukan ciri-ciri penentu, tapi salah satu tanda amaran.
Bawa anak berjumpa pakar untuk kepastian.
Boleh baca entri-entri ini untuk info lanjut.
Tentang Autisme 1
Tentang Autisme 2
Tentang Autisme 3
Tentang Autisme 4

"Dia tak boleh bercakap. Kalau dia mahu apa-apa, bagaimana?"

Jawapan saya:
Kadang-kadang, dia akan tarik tangan kita (sesiapa yang berdekatan).
Sekali-sekala dia tunjuk dengan jari. Biasanya, dia akan menangis sehingga kita tahu kehendaknya.
Untuk galakkan dia bercakap,
permintaan hanya akan dilayan bila ada perkataan/bunyi disebut.
Sebutan tak perlu sempurna, yang penting ada inisiatif ;)
Sekarang, Abil sudah boleh memberitahu.


"Dia main tak dengan kakak dan adik?"

Jawapan saya:
Mereka boleh main sama-sama, kalau kena caranya.
Abil sukakan permainan berbentuk 'fizikal'.
Contohnya macam dalam entri ini dan ini.
Biasanya kakak dan adik kena mulakan langkah pertama.

Sesi soal jawab tamat

Jumpa lagi! :D

6 comments:

Anonymous said...

ada org tanya pasal arman soalan yg sama bile bgtau dia DS..."dari sejak lahir ke?"..saya pon nak tumpang explain kat sini...DS memang dari lahir sbb it is genetic...dia bukan lahir normal, tiba2 bleh jadik DS...

-sekian- .. semoga tak perlu ku menjawab soalan yg sama lagi pasnih..hehe...

Syahida said...

mummy arman, nanti kita buat entry psl DS pulak ye? insyAllah.. tapi kna buat research sket..perhaps a LIVE interview with u wud help :)

Anonymous said...

bleh aje..mebe can set a date..next monday between 9-1pm (time arman gi skool..hehe..)..start sket2 je dulu pon bleh...i rasa, i takdela berpengalaman sgt...hehe

aka Wak Sam @ smsaroni said...

anak istimewa kami telah pun belajar di kelas aliran perdana semenjak tahu n 1.Next year nak masuk tahun 3 .Komunikasi nampak bertambah baik semenjak bergaul dengan anak-anak normal.Cuma kadang-kadang ditertawakan kawan-kawan dengan tantrum dan obsessinya terhadap sesuatu yang diminati.Sebagai ibubapa semua pengalaman ini seharusnya tidak mematahkan semangat utk membimbing beliau hingga berjaya.

Syahida said...

bagusnya dapat belajar aliran perdana. saya tumpang bangga. mmg susah nak dielakkan bab2 diketawakan dan diejek.tak semua faham karenah anak autisme. semoga anak2 istimewa kita berjaya insyAllah :)

aka Wak Sam @ smsaroni said...

semoga anda meneruskan usaha-usaha murni dgn berkongsi pengalaman dan pengetahuan kepada semua pembaca.blog anda menjadi tatapan utama kami suami isteri.