Dec 31, 2011

Cutipedia 2011

Cuti sekolah sesi 2011 dah pun sampai ke hujung. Cepatnya masa melayang. 2012 dah pun datang. 2011 dah tinggal bayang-bayang.

Saja nak kongsi aktiviti-aktiviti yang sempat anak-anak saya buat sepanjang cuti. Antaranya main sand art. Kami main sendiri di rumah. Lebih selesa. Lebih jimat.


Jom main sand art!

Kak Dina, Abil dan Zarif memang khusyuk dan suka. Kali kedua bermain di sand art di rumah, saya pastikan tempatnya lebih sesuai dan selesa, bukan di bilik tidur. Jom tengok visual.



Sepatutnya ada tiga gambar. Sayangnya, satu gambar telah dipadam oleh seorang hero saya sebelum sempat saya publish. Sekian.



Selamat Tahun Baru!


Dec 26, 2011

Bila Abil ke dentist (episod 2)



Enam hari lepas, Abil menjalani rawatan gigi di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam. Terpaksa ke hospital swasta. Saya rasakan keadaan giginya tak boleh ditunggu lagi. Waiting list untuk rawatan gigi (dengan kemudahan GA atau bius) di hospital kerajaan sangat panjang. Makin lama tunggu, makin kronik. Makin kronik, makin tinggi kosnya nanti. Kos mencabut giginya memang mencecah 4 angka. Tapi tak apalah, janji anak saya sihat dan selesa. RM boleh dicari.

Oh ya, kenapa perlu GA/bius? Sebab Abil terlalu fobia dengan dentist. Bila dengar perkataan "dentist" atau "doktor" saja pun, dia dah takut. "Ma, stop!" katanya. Bila berjumpa dentist, tak mahu langsung bekerjasama. Ini semua berdasarkan 5-6 kali pengalaman kami ke dentist. Jadi jawapannya, perlu ditidurkan.


Kami sampai lebih kurang jam 7.30 pagi. Sebaik mendaftar dan membayar deposit, terus kami diarahkan ke wad Day care.

Lebih kurang jam 8.45 pagi, saya dan Abil diminta menukar pakaian khas untuk masuk Operation Theater (OT). Saya dengar seorang anak di sebelah, minta ditukarkan baju pun dia tak mahu. Abil pula tak membantah. Lega. Alhamdulillah.



Dijadualkan masuk ke OT untuk bius (pengsan) sekitar jam 9-9.30 pagi. Tapi sehingga jam 9.50 pagi kami masih menunggu. Abil masih tenang tapi dah tak mahu disogok dengan lappy lagi. Saya pula, dah mula risau. Takut Abil minta makanan sebab dia berpuasa sejak malam sebelumnya sehinggalah prosedur selesai.



Akhirnya, jam 10 pagi kami memasuki OT. Jam 10.15 pagi, Abil diberikan bius (gas). Jam 10.30 pagi, prosedur selesai. Tiada drama meronta, menangis dan yang sewaktu dengannya. Saya sangat LEGA. 3 batang gigi berjaya dicabut. Maaf ya, gambar kabur.


Sejurus ditolak keluar dari OT, Abil dah sedar. Dah buka mata. Sangat responsif. Mereka monitor dulu keadaannya selama lebih kurang 15-20 minit sebelum dihantar semula ke wad. Semua OK. Tak menangis. Hanya minta dipeluk.



Lebih kurang jam 11.15 pagi, kami dah sampai di wad semula. Saya beri Abil rehat sebentar. Kemudian, kami tukar baju semula. "Nak aiskrim! nak aiskrim!". Abil bersuara minta aiskrim. Dia masih ingat skrip doktor masa di OT tadi, lepas cabut gigi boleh dapat hadiah aiskrim hehe. FYI, lepas cabut gigi, memang elok makan yang sejuk-sejuk dan berais untuk menghentikan pendarahan. Lebih kurang jam 11.45 pagi, makan tengahari pun sampai. Menu utama; aiskrim!



Selain aiskrim, ada bubur sejuk. Abil makan dengan penuh selera. Lapar agaknya. Hampir 12 jam berpuasa sejak malam sebelumnya.

Semuanya dah selesai. Luka di gusinya nampak semakin pulih. Syukur. Semuanya dipermudahkan. Tuhan saja yang tahu betapa RISAUnya saya sebab encik suami tak ada sewaktu prosedur ini berlangsung. Hanya adik saya, Keen yang temankan saya.

Saya beri Abil full mark, 10 markah. Behaviour yang sangat bagus sepanjang hari. Berbaloi-baloi saya risau sejak seminggu sebelum hari rawatan. Tak lena tidur berhari-hari. Antara persiapan saya, suami dan keluarga; Solat hajat, bacaan Quran (surah Ibrahim, surah Yassin) dan doa. Sangat mujarab!

Selain itu, saya buat social stories untuk Abil. Bercerita. Bercerita dan bercerita tentang sesi berjumpa doktor dan dentist supaya dia faham dan tahu apa yang perlu dijangka. Sangat bagus untuk mengelakkan tantrum. Untuk anak autisme, penggunaan visual dan gambar untuk social stories sangat membantu.

Oh ya, lebih kurang jam 1 petang, kami discaj. Misi selesai!




Dec 20, 2011

Jom Main Air!

Saya dan suami melabur untuk ini.
Tak mahu anak-anak bosan tanpa aktiviti sepanjang cuti-cuti.
Nampaknya esok lusa, agendanya main air. Main air. Main air. Sampai 'lemau'. hehe


Saya tahu anak-anak suka.
Esok saya nak beli belon.
Anak-anak saya suka main belon air.

Ok geng.

Salam hari Selasa!

The Child with Autism and Water Safety

Bila Abil ke Muzium Negara

Jalan-jalan ke Muzium Negara.
Sambil cuci mata, sambil belajar.
Best!


Mula-mula, kami meninjau ke dalam Muzium.
Tengoklah tu! Comel kan, angkasawan-angkasawan ni. :D


Tengok. Baca. Tekan.
Memang Abil suka.


Sesi mengenal penoreh getah.

Belajar tentang Hang Tuah.

Belajar tentang matawang dulukala.


Tengok Al-Quran. Tengok meriam juga.

Tengok pedang zaman Jepun.
Tengok gambar sebelum, semasa dan selepas Merdeka juga.
Lepas tu, kami ke bahagian pameran Upin & Ipin.
Lebih best!



Jualan produk Upin & Ipin.
Adik Zarif: "Adik rasa nak beli semua.."
*aiyo



Memang SERONOK.
Cuti tinggal lebih kurang 2 minggu saja lagi. Sudahkah anda jalan-jalan cuti bersama famili?

Jom!

Dec 9, 2011

Kisah Abil dan Puss In Boots



imej google

2 hari lepas, kami pergi menonton filem ini. Best ke? haha biasa aje. Saya bagi 3 bintang. Anak-anak saya enjoy aje.

Menariknya kali ini, kami pergi menonton bersama Abil. Sebelum pergi, cuak juga. Almaklumlah, anak saya ni hiper. Boleh ke duduk diam di kerusinya dalam masa 90 minit? Boleh ke? Boleh ke? hmmm..boleh ker?

Disebabkan dah tak tahan 'didesak' oleh kak Dina dan Zarif, akhirnya saya redah aje panggung dengan mereka. Tak sampai hati nak tinggalkan Abil. Lagipun, setelah berfikir-fikir dan menimbang-nimbang, akhirnya saya berani ambil risiko..

Saya pilih waktu tayangan jam3.45petang. Waktu bekerja, walaupun cuti sekolah. Tidaklah sepadat waktu lepas kerja.

Saya pilih juga untuk menonton selepas seminggu lebih cerita ini keluar di pawagam. Jadi, kurang la sikit penontonnya. Pawagam pun kurang padat.

Saya juga siap bawa masuk ini ke pawagam. Abil's favourite thing. Boleh bantu Abil bertenang, boleh bantu Abil duduk diam (insyAllah).

Saya pilih filem ini sebab Puss In Boots (PIB) sangat dekat di hati Abil. FYI, Abil kan suka Shrek. Dalam Shrek, ada watak PIB ni.

Dan, berlima-limalah kami masuk ke panggung tepat masanya. Harapan saya untuk duduk di barisan paling akhir tak dipenuhi sebab seat belakang dah penuh. Barisan kedua akhir pun bolehlah.

30-40 minit pertama sangat ok. Abil khusyuk juga menonton. Ada masanya dia gelak sorang-sorang. Ada masanya kami gelak beramai-ramai. Yang pasti, memang dia layan PIB ni. Kagum juga saya tengok.

Selepas 40 minit pertama, dia mula 'resah'. Encik suami pegang tangannya dan minta dia bertenang. Dia patuh. Setiap 5-10 minit, dia minta dipeluk. Saya layankan. "Ma, peluk!" satu pawagam boleh dengar. Berkali-kali pulak tu..hehe. Tak pulak dengar penonton lain mengeluh atau merungut. Masing-masing khusyuk melayan PIB. Kalau ada pun yang 'bising', mungkin saya tak perasan.

Apa pun, masa 90 minit berakhir juga...Legaaaa...misi movietherapy bersama Abil berjaya. Saya bagi 6/10. Berjaya juga Abil diumpan dengan popcorn.

Ada ke lagi, misi movietherapy selepas ini? It depends. Kalau ada filem yang memenuhi citarasa Abil, boleh juga. Kalau tak ada pun tak apa. Saya pun tak mahu anak saya jadi kaki wayang. Sebetulnya, misi ini untuk menguji Abil. Sejauh mana sensorinya sudah berjaya di'pulih'kan? Setakat kelmarin, saya yakin sensorinya sudah jauh improve berbanding dulu.

Pergi tengok wayang bukanlah satu pencapaian atau 'kemahiran'' yang boleh dibanggakan, tapi sekurang-kurangnya selepas ini, kalau saya sebut pawagam, Abil sudah tahu dan faham sebab pengalaman ke panggung sudah ada dalam kotak memorinya.

Mungkinkah ini yang pertama dan yang terakhir? Entahla...yang pasti, anak-anak saya SUKA dan terhibur dengan PIB Khamis lalu.

Salam Sabtu! :D

Dec 7, 2011

Sorting, Sorting, Sorting!



Entri-entri di atas adalah berkaitan dengan paparan pada hari ini. Mengasingkan. Sorting. Kali ini, sengaja saya buat kerahan tenaga untuk 'askar-askar' saya. Kebetulan, encik suami sedang sibuk mengemas perkakas restoren & katering. Terus saya panggil ketiga-tiga askar untuk tugasan ini. Senang saja, mengasingkan sudu, garpu, senduk dan yang sewaktu dengannya.


Syukur Abil sudah ada asas mengasingkan sebelum ini. Jadi, saya tak perlu susah payah menerangkan. Ringkas saja arahan saya. Terus mereka buat bertiga-tiga. Encik suami jadi Big boss kat tepi. Saya pulak snap sana, snap sini...hehe


1,2,3...Mula!


Ini bahagian Abil, mengasingkan sudu dan garpu.


Ini bahagian kak Dina dan Zarif.
Senduk dan pengepit.


Fasa kedua.
Mengasingkan garpu mengikut saiz, corak dan bunganya.


Bahagian Abil, fasa kedua.
Mengasingkan sudu mengikut saiz.
Dapat juga belajar konsep 'besar' dan 'kecil'.

Sesi kerahan tenaga berakhir dalam tempoh 30 jam...
oopss! 30 minit daaa..

Ok.Jumpa lagi!