Jan 31, 2011

Jom membaca! (episod 3)

ihsan google


Membaca. Di atas katil. Bersama secawan Neslo. Nikmat!
Oh ya, sebut tentang membaca, dua tiga hari lepas, saya hubungi rakan saya dari sini, untuk meminjam buku. Sebenarnya, separuh daripada buku-buku Autisme koleksi saya pun diperolehi daripada sini. Saya pinjam, saya baca, saya suka, saya cari dan beli.

Kawan-kawan sekalian,

Sekiranya mampu, jangan 'lokek' melabur untuk buku-buku ya! Selain dapat pelepasan cukai sehingga RM1000, ilmu yang anda dapat tak ternilai harganya.

Ok. Saja nak kongsi koleksi buku Autisme saya. Belum sempat nak review satu persatu. Kalau ada soalan, bolehlah pm saya. Nak senang, google saja. Oh ya, semua visual buku adalah dari google.

Buku Autisme yang pertama saya beli

Yang ini favourite saya, kisah benar oleh seorang Ibu (sekarang di Singapura).
Perwatakan Sebastien banyak persamaan dengan Abil.
Yang ini pun saya suka.
Penulisnya; Judith Bluestone, seorang autistik juga (macam Temple Grandin).
Banyak info menarik.

Yang ini pun tulisan seorang ibu tentang anak autismenya.
Lynn Hamilton berkongsi pengalaman.
Saya dah lama tak baca. Kena baca sekali lagi.

Buku panduan Autisme yang 'padat'. Foreword oleh Temple Grandin.

Saya juga sokong penulis tempatan. Buku yang agak ringkas, tapi mudah difahami.
Sangat sesuai untuk mereka yang baru mengenali Autisme.


Sekian, saya mahu 'cuti-cuti' Tahun Baru Cina.
Semangat 1Malaysia.

Jumpa lagi minggu depan!

10 comments:

YatieJay said...

Sama lah saya pun....lama gila tak membaca. Asal ada masa terluang, saya prefer surf internet. Sebab baca buku memerlukan konsentrasi dan masa yg bnyk, dua benda yg sangat susah nak dpt sekarang ni (utk saya). Naufal lak, pantang tengok saya pegang buku nanti dia pun sibuk "ummi, naufal nak tengok boleh?!". Akhirnya, dia yg 'baca' buku tu.....

Syahida said...

kan yatie? mmg betul, bila ada 'askar' kenit ni, pantang tgk kita pegang buku, time tu jugaklah dia nak 'membaca'..anak2 pun gitu jugak. semenjak 2 menjak ni je, dah kurang sket.stamina lak takde...hehe

Edi said...

your entry reminds me, ade a few books yg dah lama beli tp tak khatam2.. mmm... tp buku2 tu sume lain dr koleksi syida.. nanti boleh tukar2.. eh, x byk pun.. ade 2 je kot (tu pun x habis baca)..

Farahliza Isa said...

btul tu kak...melabur utk buku2 mmg byk faedahnya, hai...bila la nk tercapai hajat nk buat mini library kt umah ni....msih lagi mngumpul buku berdikit2..hehe

Syahida said...

edi,exchanging books are great...u finish reading them up.then u tell me. we meet and we exchange, ok? :)

Syahida said...

farah, bagus niat tu..sure seronok lepak2 dalam mini library kan?

Dila Si Mama Dzariff said...

kak syida,
finish reading your book on the same day you gave it to me. start pukul 1 pagi-2.15 pagi dah siap khatam. I need more books.,,please!

maya amir said...

next syida punye tulisan pulak,i'd buy definitely..:)

Syahida said...

dila, good..good..more books coming insyAllah... :D

Syahida said...

maya, that one is heavily in progress...hehe.thank you! :)))