Jan 24, 2011

Bila saya baca suratkhabar

pinjam dari google

Program Integrasi, Guru Pendamping (teacher aide) dan murid Autisme

Tahukah anda? -petikan artikel
NASOM menyediakan kemudahan guru pendamping (pembantu) untuk program integrasi di sekolah bagi membolehkan anak autisme belajar di kelas aliran perdana (mainstream).

Kemudahan ini masih belum meluas. Sangat terhad. Menurut artikel, sehingga kini, hanya terdapat lebih kurang 30 guru pendamping untuk membantu lebih kurang 70 orang murid autisme di sekolah biasa (rasanya jumlah permintaan sebenar melebihi 70 orang). Anak ini adalah salah seorang yang berpeluang mengikuti program ini.

Selalu saya dengar tentang kebaikan 'mencampurkan' anak autisme (kategori ringan ke sederhana) di dalam kelas perdana (bersama anak-anak bukan autisme). Anak autisme yang berpeluang didedahkan dengan rakan sebaya yang normal sejak awal di sekolah mempunyai peluang yang lebih cerah untuk belajar berdikari dan meningkatkan potensi mereka. Bagaimanapun, peranan guru pendamping sangat penting. Dengan bantuan, pengawasan dan sokongan, anak autisme dapat belajar dengan selesa dan efektif.

Malangnya, tak semua anak autisme dapat akses kepada kemudahan ini.Setakat ini, yang ada hanya di Lembah Kelang.

Tahukah anda?-petikan artikel
Sebagai langkah menambah bilangan guru pendamping dan guru-guru pendidikan khas yang berkelayakan, NASOM mengendalikan program Diploma bidang autisme untuk mereka yang berminat.
Syaratnya, dikehendaki bekerja dengan NASOM selama 3 bulan sebelum memutuskan untuk meneruskan pengajian atau tidak.

Yang ini saya baru tahu. Hmm menarik!

Tahukah anda?-petikan artikel
Anak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh tidak pintar, cuma guru dan ibubapa yang tak tahu cara mendekati mereka.Perkembangan anak autisme lebih perlahan daripada anak normal kerana masalah perlakuan, pemikiran dan tak pandai bersosial. Bagaimanapun, melalui latihan dan bimbingan yang betul, mereka boleh belajar di sekolah biasa dan berjaya dalam akademik. Malangnya kurang pengetahuan di kalangan ibubapa dan guru menyebabkan ramai anak autisme membesar di bawah aras kemampuan sebenar.


Tahukah anda? -petikan artikel
Sempena bulan Autisme April ini, NASOM akan menganjurkan program
Autism Walk: Take the Step Forward, Support the Cause
pada 2 April, jam 8 pagi.

Saya mahu pergi. Nak! nak! nak!

Untuk anda yang mencari inspirasi, yang prihatin dan rajin membaca,
dipersilakan klik artikel-artikel ini;


Pengalaman Ibu dan anak sulung (Autisme)
Bukan satu hukuman
Menyelami individu Autisme

Jumpa lagi! :-)

14 comments:

keen said...

wow..AUTISM WALK AGAIN..i want, i want!!! Nnt nk ajak kengkwn reramai join

Syahida said...

jom!jom!jom! nanti aku mintak further info from NASOM.

Dila Si Mama Dzariff said...

Jom jerit ramai-ramai!!! adoii NASOM..tulunlaa....kami pun nak cikgu NASOM tulun anak-anak kami kat JB gakk...

kak, 2 april ari sabtu erk...cam bolehla join kan..kannn

Dila Si Mama Dzariff said...
This comment has been removed by a blog administrator.
YatieJay said...

Saya sgt tak setuju banyak belanja diperuntukkan untuk Program Permata sebab yg dapat kebaikan darinya adalah hanya segelintir budak2 bijak/pandai. Macam mana pulak dgn nasib anak2 autisme/dyslexia/ADHD etc...?!?!?!

Saya tau komen ni tak berapa ada kaitan dgn entry syida, tapi saya tetap rasa ada kaitannya. Kalau bnyk peruntukan, mesti kat setiap negeri ada NASOM, sekolah khas, program kesedaran bagai.... takdelah budak2 'terpilih' ni rasa terpinggir.

Rasa nak marah boleh?!

Syahida said...

dila-> yup, 2 Apr hari sabtu..jom turun ramai2.bagi support ;)

Syahida said...

yatie->saya rasa kalau ada ramai orang yang ber-mentaliti sama macam awak, alangkah bahagianya idup di dunia.

betul la tu, saya sangat setuju. sbnrnya kerajaan kita ni tak reti letak priority. kalau dorang usahakan betul2, takdenya golongan yang terpinggir dsbnya. tapi ntahlah..samada mereka masih 'tak nampak' atau 'buat-buat tak nampak'.

yang pastinya, anak2 yang bermasalah pembelajaran (& anak2 istimewa lain) yang menjadi mangsa.

Edi said...

setuju dengan yatie.. permata tu mmg tak nampak keperluannya.. budak2 pandai byk kat msia nie.. kebanyakkannya dr golongan berada dan berkemampuan.. x perlu dah permata tu... budak2 yg kurang kemampuan ni yg kena tolong.. banyakkan free centers utk terapi dsb..

nak join gak walk tu! i'allah..

Syahida said...

yup edi,facilities for the special kids are so lacking in msia. so far, hanya yang berduit boleh betul2 hantar anak for intensive therapy/treatment/so on..kesian kat yang kurang berkemampuan. ntah bila la keadaan nak berubah..

about the autism walk, will update u when i hv the info :)

CS said...

salam syahida,
dh lama rasanya xkomen kat sini,,,wah2...wah2..nk cikgu NASOM,,, [tetiba terkecik hati CS,,boleh??hehehe...xpelah]hmmm CS pun baru setahun jagung jd ckgu ni,,xpandai mana,,tp utk pengetahuan syahida,,kami di sini dh beberapa tahun adakan program INKLUSIF utk ank2 murid kami yg dilihat berpotensi [khususnya utk jd calon UPSR],,kami ckgu yg biasa2 =( ni [termasuklah CS] akn duduk di dlm kelas utk jd pemudah cara kpd ank2 kami ni,,,CS sndiri siap duduk di sebelah n belajar sama2 dgn diorg,,,sgala masalah diorg sms sesi P&P berlangsung, kami guru pendamping n guru dr aliran perdana akn bincang bersama,,mgkin program ini tidaklah sebaik yg dijalankan NASOM ttp Alhamdulillah nmpak kesannya,,,InsyaAllah,,

Syahida said...

salam CS, janganlah kecik ati ngan saya...sbnrnya yang murid2 autisme perlukan bukanlah cikgu NASOM (walaupun saya highlight NASOM dalam entri saya) tapi peranan cikgu pendamping yang lebih penting sbnrnya...

mengikut penerangan CS, rasanya CS sendiri sudah memainkan peranan cikgu pendamping tu, patutnya lebih ramai lagi cikgu-cikgu khas dan lebih banyak lagi sekolah dapat mengikut jejak langkah yang sama seperti yang dipraktikkan di sekolah CS. kalau inilah senarionya, tidaklah NASOM terbeban dan yang akan mendapat manfaatnya, pastilah anak2 autisme ini.

selamat maju jaya CS! :)

CS said...

alahai syahida,,,jgn bimbang CS bergurau jer...tp mmg diakui, xbyk sekolah yg jalankan program ini,,,ia tidaklah sesukar mana,,cuma perlukan lebih banyak pengorbanan n kerjasama drpd byk pihak,,,mgkin mereka belum mendapat banyak pendedahan,,,kami pun masih belajar n mencuba,,,InsyaAllah kita doakanlah program ini akan tambah meluas di serata Malaysia,,mgkin syahida boleh cadangkan kepada guru2 di sekolah Abil,,InsyaAllah mereka sedikit sebanyak mesti pernah mendapat pendedahan tntang program ini semasa di maktab,,cubalah!

Azma said...

nak baca komen kwn2 syida kat atas tp betul2 x sempat.. ni kira bertuah dpt online.. sibuk sgt kononnya..hehe..

Actually, kalau anak kita menunjukkan perkembangan yang baik, memang anak2 ini akan dimasukkan ke kelas pelajar normal dan mempelajari kurikulum kebangsaan. Ini dikenali sebagai kelas integrasi..dan akan ada guru pendidikan khas yg still memantau anak kita wpun dah masuk kelas kurikulum kebangsaaan ni. Kalau anak kita tak mampu utk adapt dgn keadaan baru ni, mereka akan dipindahkan balik ke kelas pendidikan khas.

actually, saya selalu berangan hasif nanti mampu utk masuk ke kelas kurikulum kebangsaan.. hihi.. harap2 angan2 boleh jd kenyataan..

Ada di kalangan anak2 autisme memang pandai syida. Mungkin abil salah satu darinya cuma mungkin kebolehannya belum dapat dicungkil sepenuhnya.. selamat berusaha utk abil ye..

Syahida said...

Azma, dalam sibuk2, masih sempat singgah ke warkah dan memberi komen. terima kasih sangat2.

sy setuju dengan azma. autisme ke, down sindrom ke, mana2 yang ada potensi mmg boleh dilatih untuk menyertai kelas perdana. walaupun usaha ke arah ini sudah ada, dari segi aplikasi masih belum dapat dilakukan sepenuhnya dan secara meluas disebabkan beberapa kekangan spt kekurangan guru dan sebagainya.

apapun, kita sebagai ibubapa tak boleh jemu melatih anak2 kita. selamat berusaha untuk Hasif juga..