Jan 22, 2011

Saya seorang cikgu tuisyen


gambar hiasan dari pakcik google


Dah 3 tahun saya mengajar, dari rumah.

Anak murid saya tak ramai. Maksimum sekelas pun cuma 8-10 orang. Kebanyakan kelas saya hanya ada 2-5 orang. Saya cuma ajar bahasa Inggeris dan Matematik. Subjek sains hanya untuk murid upsr saja.

Yuran saya berpatutan, saya caj murah saja.Tak sampai hati nak kenakan yuran mahal. Kebanyakan ibubapa (di kawasan tempat tinggal saya) berpendapatan rendah tapi masih punya inisiatif untuk hantar anak-anak mereka belajar.

Ini entri orang yang tak ada idea pagi-pagi tapi terpanggil untuk menulis juga.

Berbalik kisah saya seorang cikgu tuisyen, saya sebenarnya jenis yang 'tak percaya' pada kelas tuisyen. Bagaimanapun, hari ini, kelas tuisyen sudah jadi satu budaya. Ada baik dan ada buruknya.

Kadang-kadang kasihan tengok anak-anak. Pengisian di sekolah dari pagi hingga ke petang, sebelah malam/hujung minggu ke kelas tuisyen pula. Berkesan lagikah belajar kalau fizikal sudah penat, minda sudah letih? Sebenarnya, lebih baik kalau ibubapa pantau sendiri anak-anak di rumah. Lebih personal, lebih sentimental. Anak-anak pula lebih elok bertanya cikgu-cikgu di sekolah.

Tapi salahkah mereka kalau masih mahu ke kelas tuisyen? Tak juga. Sebab memang sistem pendidikan kita sudah terlalu 'taksub' dengan sistem peperiksaan. Belajar bukan untuk ilmu, tapi untuk dapat A dalam penilaian. Disebabkan itu, ramai cikgu-cikgu yang 'ramal' soalan. Yang dipelajari adalah teknik dan strategi menjawab soalan, bukan ilmu pelajaran itu sendiri.

Jadi, apakah kesimpulannya? Tak salah kalau mahu tuisyen, tapi biarlah kerana keperluan dan bukan kerana ianya satu perlumbaan. Janganlah kerana terikut-ikut atau mengikut-ikut. Yang lemah memang perlukan lebih perhatian. Yang cergas dan bijak rasanya sudah memadai dengan bimbingan di sekolah. Yang penting kena rajin, baik cikgu mahupun anak murid dan mak ayah juga.

T.A.M.A.T

16 comments:

maya amir said...

i agree with each of para in your entry..:)) saya pun tak gi tuisyen kecit2 dulu..dulu2 rase dah mahal dah..sistem sekolahs kang telalu pentingkan exam..absolutely correct..kdg2 rase pressure bile sume parents berlumba2 anto anak kumon laa, tuisyen laa apelaa..rase mcm byk ketinggalan anak saya.. tapi kalau saya dok kejor2 anto anak sana sini,minda die pun penat.. dahlaa sekolah dari 7.30 sampai 6.30 ptg..sian die.. my hsbnd mmg against tuisyen..tak taulaa mcm mana danial nanti bile darjah 6..maybe kene consider gak anto tuisyen, sbb tgk syllabus sgt tough laa..huhu...

keen said...

yup2...kte adik bradik dulu x penah p tuisyen pn..tp rsnyer ko pnh gak p tuisyen jap kan kat andalas dlu ?

Syahida said...

maya-> dont worry be happy. kalau sempat, ujung2 minggu tu folo up la sket dengan pelajaran bebudak ni. average to high performing students biasanya tak perlukan pemantauan rapi. sekarang pun, almost every school da provide kelas tambahan lps waktu sekolah...so, kebanyakan parents tak pyh susah2 lagi :)

Syahida said...

keen-> betollah tu, aku prnh try nak ber-tusyen dulu, sat je pun aku pegi...sebulan je kalau tak silap.'cannot go' la..hehe

Zuraini bt Zainal said...

sy tak bley ajo anak org, ajo anak sendiri jer..sebab sy garang..mmm...tak dapek den nak buek duit... :)

Syahida said...

Ani-> belum cuba belum tahu. kadang2 kita jek rasa cam tu, tapi bila da berdepan dengan anak orang..automatik rasa nak garang2 tu akan jadi terkawal (apsal ek?)..hehe takpelah, yang penting anak sendiri kna pandai ajo ok? :)

Azma said...

kelas tuisyen cam yg syida buat tu mmg bagus. Kita htr anak pegi tuisyen supaya boleh faham apa yg x faham, boleh kuasai ilmu yg belum dikuasai. Kalau dah ramai dalam satu kelas tu sama je macam kat sekolah..

Anak saya yg sulug djh 2. Tak ada hati saya nak htr tuisyen. Pagi sampai ptg sek, kesian tengok. Saya cuma belikan dia buku2 latihan dan saya akan pastikan dia selesaikan soalan2 buku latihan tu setiap malam utk 1 subjek. Harap2 ianya membantu. Tengok keputusannya alhamdulillah..

Dila Si Mama Dzariff said...

Semua tak setuju dengan tuisyen ke? ala....saya setuju. bukan sebab saya cikgu atau nak bodek kak syida si cikgu tuisyen. saya sebenarnya galakkan pelajar saya yang lemah add maths pegi tuisyen. alasannya?? sebab dia dah la lemah tapi nak gak amik add maths sebab nak gi matrikulasi, kat kelas selalu blur, bila balik rumah malas wat latihan..so kalau pegi tuisyen, boleh jugak buat latihan dan ada cikgu tolong tengokkan. biasanya bila add maths tak semua parents boleh ajar kat rumah..takde la dia tido aje kat rumah kan!!

Syahida said...

azma-> kalau ibubapa 'aktif' pantau anak2 di rumah, takde masalah. kecuali pelajar yang lemah, mmg perlu extra attention. kalau perlu tusyen juga, pilih yang small group atau 1-to-1 baru efektif, kan?

Syahida said...

Dila, bukan 100% tak setuju. macam akak cakap, tgk pd KEPERLUAN bukan saja2 mengikut2 kawan, trend, dsb.
macam add mths tu, akak pun rasa yang lemah perlu tusyen. esp kalau parent pun clueless tntg subjek dan takleh bantu sgt.

utk murid lemah (subjek apa pun) mmg akak sokong sangat htr tusyen, cuma perlu BIJAK memilih la..jgn hntar yang grup besar (ramai, macam kat sekolah).

Farahliza Isa said...

betul tu kak, kalau nk mengajar biar ikhlas...biar ilmu tu betul2 sampai, baru la pahala dn rezeki yg kita dapat tu berkat dan berterusan...teruskan usaha yg baik tu k! :)

Syahida said...

thx farah. 'mengajar' ni bukan tugas yang terhad pada cikgu sekolah atau cikgu tusyen saja, mak ayah pun 'mengajar' juga..konteks yang berbeza tp sama fungsi dan objektifnya. so, kalau semua pihak ikhlas 'menjalankan tugas', insyAllah anak2 akan dapat manfaatnya :)

YatieJay said...

Saya pergi tuisyen seawal darjah 4 dulu...untuk English saja dengan sorang Indian lady. Sayalah astu-satunya student 'kelas' dia (sebenarnya mak saya 'paksa' dia ajar saya...heheheee). Sampai sekarang saya ingat dia sebab sungguhpun dia bukan seorg cikgu, tapi dia sgt pandai mengajar.

Syahida said...

yatie, pada saya, alang2 bertuisyen, biarlah 1-to-1 sbb insyAllah lebih berkesan daripada group tuisyen. kalo grup kecil (2-3 orang) pun ok. kalau saya jadi that indian lady, mesti bangga sbb anak murid saya masih ingat saya (walaupun dia dah dewasa dan beranak pinak) hehe

Haryani Zakaria said...

Has always dream to have a job that allows me to work from home...tapi lom kesampaian. Ada jugak bercita2 nak bukak kelas tusyen mcm ko kat Alor Setar utk bantu anak2 petani kat sana tp juga lom kesampaian. Setiap hari berdoa agar apa yg aku usahakan skrang ini berbaloi dan boleh segera pulang berbakti pada keluarga, agama, nusa dan bangsa (*chewah*) miss u syidah!

Syahida said...

yani, 'berbakti pada keluarga, agama, nusa dan bangsa' (chewah jugak)is actually what u r doing now (without u realising it). working from home is every mummy's dream job (despite not having perks and all). i pray that someday u will be able to pursue your noble ambition, insyAllah :-) miss u too yani, very2 much!