Jan 27, 2011

Senyumlah


ihsan google



Bagi anda yang mengikuti warkah sejak mula, anda mungkin perasan turun naik emosi saya bersama entri yang dipaparkan saban minggu dan saban hari. Ya, seorang ibu memang penuh emosi. Kalau anda ada anak istimewa, aura emosinya lebih tinggi. Namun kebelakangan ini, banyak emosi yang positif insyAllah ;)

Persepsi masyarakat. Salah satu punca tekanan pada ibubapa. Salah siapakah jika ramai memandang sinis pada anak-anak autisme? Entahlah. Mentaliti dan kesedaran sivik di kalangan rakyat Malaysia masih 'kelas ketiga'. Ramai yang tahu tapi buat-buat tak tahu. Media sudah mula memainkan peranan (walaupun masih belum cukup) tapi ramai yang malas ambil tahu. Kisah Fasha Sandha dan Jejai lebih pantas menangkap minat dan lekat di kotak fikiran, berbanding info tentang kanak-kanak autisme atau kisah 'kejayaan' mereka yang dianggap remeh.


Kadang-kadang ibu bapa sendiri 'lepas tangan' dalam mendidik anak autisme mereka. Yang putus harap, yang putus asa, yang malas membimbing dan menambah ilmu serta lebih suka ambil ringan saja. Kesannya, anak-anak ini dibiarkan berkelakuan di luar kawalan. Tiada terapi, tiada rawatan. Kalau alasannya kesempitan kewangan, masih boleh diterima. Tapi, kalau tak ada RM, akal masih ada untuk berfikir. Kudrat tenaga masih ada untuk dijana.Di mana ada kemahuan, di situ ada highway.


Saya suka bila anda membaca cerita-cerita gembira tentang anak autisme. Mereka seperti kita. Ada hati, ada naluri, ada perasaan. Perhatian pada mereka biar dilebihkan tapi kasih sayang biarlah secukup rasa. Terlebih sayang, anak jadi manja dan boleh 'hilang' masa depannya. Kurang kasih sayang, anak tidak boleh 'berkembang' dan rosak minda dan emosi. Yang pasti, jangan ada rasa benci. Bila benci, mereka dipersendakan. Bila benci, mereka dibuli.

Kawan-kawan,

Terima kasih kerana mengikuti warkah saya. Sokongan dan kefahaman anda tentang autisme SANGAT bermakna buat insan autisme (secara amnya). Sokongan anda SANGAT saya hargai :)))


15 comments:

Azma said...

Sedih ye.. sabar ye.. Itu salah satu perasaan yyg saya ada bila say berfikir ttg bekerja semula & tinggalkan hasif di taska.. Saya x sggp membayangkan hasif diketawakan, dipinggirkan.. Itu br membayangkan. Belum lg melihatnya.. :(

Apa2pun smg syida terus tabah. Kuatkan semangat ye..

Syahida said...

Azma, Abil diketawakan tu, hanya insiden 'kecil' walaupun kak dina sendiri kata, "rasa macam nak nangis tengok Abil" masa tu.

Cuma sehari dua ni, byk lak dengar cerita2 sedih psl anak autisme ni, tu yang tulis entri ni.

sebetulnya, saya dah tak sedih lagi..malas nak amik pot dah :)

Muhammad said...

"Kisah Fasha Sandha dan Jejai lebih pantas menangkap minat dan lekat di kotak fikiran, berbanding info tentang kanak-kanak autisme atau kisah 'kejayaan' mereka yang dianggap tidak seberapa"

part ni tersangat betul!!saya terpaling banyak setuju..bukan stakat golongan marhaen, golongan akademik pun turut bersama amik tau..

Edi said...

pernah tengok tv1 yg umar di interview tu... pengacara tu sebut OKU as 'orang kelainan upaya' kot.. tp bukan 'kurang' la.. and i was thinking, what are you trying to say actually? dengan hanya mengubah perkataan tu 'takde maknanya' boleh mengubah how we feel towards that words.. paling poyonyer, dia dok kata autism ni OKU OKU OKU.. itu pun dah salah.. mmg mcm2 silap la pengacara tu.. tp dia tak tau yg dia silap. doktor kat sebelah diapun x betulkan..

samalah kiter syida, selalu je nangis... mmg emosi turun naik bile dengan anak mcm nie.. itu normal. mmg susah nak accept yg dia akan diejek, silap2 dibuli kat sekolah.. kita buat yg termampu i'allah ade yang terbaik menunggu anak2 kita di masa hadapan. the best is yet to come!

isyioni gambatte!! (sama2lah kita berusaha)

edi

Syahida said...

Muhammad-> salah siapa bila berita fasha sandha sudah jadi berita muka depan? salah siapa bila gambar2 sensasi fasha sandha yang sibuk digembar-gemburkan...kalau macam ni,sampai bila pun Malaysia takkan jadi negara maju...huhuhu

Syahida said...

Edi, i like that phrase 'isyioni gambatte!!' hehe kalau u dgr i sebut, sure gelak tergolek2...

i knew i was NOT the only one who noticed the irritating usage of OKU (by the presenter in that TV1 program)..dah la sebut berkali-kali pulak tu..haih..and also, kenapalah kita nak pakai term ni in the first place, kan?

Edi said...

ituler.. masyarakat belum faham ape itu autism.. sebab tu salah guna term tu.. kite yang paham ni sakit telinga je dengar mcm2... ptt pengacara tu buatla homework sket be4 interview umar tu..

Lenny said...

sayu baca entry akak yg nieh..

sesungguhnya.. akak seorang yg tabah.. and akak adalah special dan terpilih....

Mahani@mamahomeschool said...

berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Tapi saya tahu syida seorang ibu yg kuat. Semoga terus tabah ye!

Syahida said...

Lenny, thanx for sharing the feeling. special ke? terpilih ke? entahlah...mungkin ada hikmahnya.

yg pasti, life goes on, btol tak?like all mothers, i just want my children to be happy :)

Syahida said...

mahani, menulis ni satu terapi untuk saya...'kuat & tabah' masih dalam proses 'pembinaan'. Mudah2an dipermudahkan, terutama urusan anak2.Amin

maya amir said...

i won't stop reading your blog syida..insya Allah.. byk info psl autisme kat sini.. last few days, i read in newspaper psl autisme..terus t'inagt syida..another thing, nanti akan kuar film psl austime..shahizey sam yg b'lakon..can't wait to see the movie..

shaza said...

syida, ari tu aku tgk movie mercury rising kat astro, pasal budak autisme yg genius & bruce willis hero nye... mungkin abil pun ada "kepandaian" dia yg masih tersembunyi skrang ni...

Syahida said...

maya, dgr gak psl filem melayu on autism tu. i just hope they do their researh and homework very thoroughly. so far, drama2 yg siar kat TV byk gak yg kurang tepat tntg autism ni..anyways, it is a good effort.

Syahida said...

shaza, mmg ada a few % of autistic children yang ada kebolehan luar biasa...tak semua. tapi ada yang bertuah. Luar biasa atau tak, honestly, aku tak kisah sangat, as long as he can learn to be as independent as possible insyAllah :)