Jan 2, 2011

Tak kenal Maka Tak Cinta

Sebelum ini, cukup susah mendengar Abil memanggil ahli keluarga dengan gelaran masing-masing. Saya sendiri tidak pernah mendengar dia menyebut "Mak" atau "ma".

Sekarang, Abil sudah mula kenal siapa itu 'Tuk Ayah', 'Tuk Mi', 'Tuk Bak' dan 'Mak Tuk'. Perkataan 'kakak' dan 'Zarif' pun dah semakin biasa di mulutnya.


Sejak bila? Bagaimana? Sejak saya mula menggunakan gambar-gambar untuk memperkenalkan setiap ahli keluarga.


Saya pernah diberitahu bahawa cara terbaik untuk memperkenalkan individu ialah melalui gambar. Anak autisme akan lebih cepat faham.


Bila saya belajar tentang asas ABA dengan Andi Initiative, barulah saya dapat gambaran lebih jelas bagaimana untuk mengajar Abil dengan gambar-gambar ini.

Sekarang, kami semua cukup SERONOK bila dengar Abil menyebut nama panggilan masing-masing. Senyum sampai ke telinga.Bila dia sendirian, sambil tengok gambar-gambar, dia juga akan sebut gambar-gambar yang sudah dikenalinya. Best!


Tak apa, dalam masa beberapa hari lagi, saya rasa Abil sudah boleh kenal kesemuanya. Paling manis, dia sudah panggil saya 'Ma' atau 'Mak'. Thank you Abil. We love You.

Gambar atuk-atuk

Kami

Gambar sepupu-sepupu Abil. Beberapa bulan lagi, kena tambah lagi 2 gambar :)

Gambar mak sedara & pak sedara Abil
Abil dah kenal yang 3 (paling bawah); PokSu, Mokde dan Pokteh


Yang terbaik ialah tunjukkan gambar 'solo', bukan gambar ramai-ramai. Kemudian, hanya selepas anak betul-betul kenal dengan seorang individu, barulah diperkenalkan yang lain secara berperingkat. Saya buat dalam bentuk flash card. Cari gambar, crop, cuci dan laminate (untuk tahan lama).

Selamat mencuba!

13 comments:

Anonymous said...

clapclapclap!!!penuh perasaan ku menepuk tangan nih.
congrats abil, congrats syida. semoga tak jemu2 meneroka, mencari yg terbaik buat mereka.
(airan)

Syahida said...

thanx airan. memang tak boleh jemu, tapi kadang2 penat gak (ke, buat2 penat..haha) Alhamdulillah, suka & bangga dgn progress Abil :)

Anonymous said...

+ Huhuhuhu... Cayalah Abil....Ye lah.. bila kita berGURU nie, banyak menda baru yang kita belajar... Xde laa dapat ajaran sesat... + Along +

Syahida said...

Along, bila berguru, disiplin pun lebeh sket..kalau harap self-discipline aku ni, jawabnya sampai sudah abil tak kenal family sendiri..hehe

YatieJay said...

Owhh..saya baru tau yg anak2 autisme susah nak kenal/ingat orang ye? Atau susah nak sebut nama orang yang dia kenal? Sorry lah.....saya memang tak tau ni.

Syahida said...

bukan yatie, dorang takde masalah nak kenal. cuma cara dorang belajar biasanya lebih mudah melalui gambar sbb dorang sangat 'visual'. kalau melalui perkataan semata-mata, kefahaman tu lmbat sket nak 'sampai' atau dorang mudah confused.

keen said...

pdn ar abil kena mokde die, sbb amek gmbo yg terplg cun! ahahahahha

Syahida said...

keen, piiiiiiiraaahhhhhhh ;p

keen said...

muahahahhaa..btw, ko tertinggal sorg adik abil ar...cik esah :D

Syahida said...

owh...yang itu 'di belakang tabir' :)

Anonymous said...

abil knal muka kokde, sbb dia tgk kokde sama autis juga...

ICAZIESYIRA said...

time kasih abil!
aunty ica akan start untuk ayesha.
ok kena ambil gambar banyak2

tapi sebenarnya aunty masih tunggu ayesha sebut "ma"

Syahida said...

aunty ica, start la dengan gambar, insyAllah panggilan tu akan 'keluar'..hehe