Jan 25, 2011

Tentang Homeschooling

gambar hiasan (google)

5 Main Benefits of Homeschooling and Why Homeschooling is an option.

Saya tidak homeschool anak saya sepenuhnya. Sekali-sekala melakukan intervensi di rumah, tapi bukan 100% homeschool. Tapi, idea homeschool memang sentiasa di hati. Untuk anak-anak normal, banyak pilihan sekolah. Tidak ada isu dan masalah untuk belajar dan menyesuaikan diri dengan mudah. Mereka boleh mengikuti apa pun sistem pembelajaran dan pengajaran (P &P). Ibubapa juga bebas memilih sekolah, banyak pilihan. Malangnya, untuk anak-anak berkeperluan khas, situasinya berbeza. Oleh itu, homeschooling adalah salah satu alternatif yang sesuai.

Di Malaysia, homeschooling sebenarnya sudah dipraktikkan oleh ramai ibubapa. Bagi yang berfikiran 'old school', 'pergi ke sekolah' bermaksud menghadiri sesi pembelajaran di satu persekitaran pembelajaran dengan bangunan, barisan cikgu-cikgu dan satu sistem persekolahan. Pendapat peribadi saya, pemikiran ini sudah tidak relevan lagi pada zaman sekarang.Samada menerima pendidikan secara formal (pergi ke sekolah) atau tidak formal (homeschool), yang penting anak-anak diberi peluang untuk belajar dan menerima ilmu.

Di bandar-bandar besar seperti di KL/Selangor, sudah wujud kumpulan-kumpulan ibubapa yang mempraktikkan homeschooling. Bila belajar secara berkumpulan sebegini, keperluan bersosial untuk anak-anak homeschool boleh dicapai.

Di luar negara, homeschool sudah menjadi satu budaya. Silibus pembelajaran secara homeschool boleh didapati di mana-mana. Mengambil peperiksaan secara persendirian juga dibenarkan. Kewujudan mereka diiktiraf dan tiada masalah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi walaupun sekadar homeschool. Kita di Malaysia masih belum sampai ke peringkat ini. 


Menarik tentang artikel ini ialah, ia juga membincangkan tentang kelemahan homeschooling, faktor yang perlu diambil kira jika homeschooling mahu dipraktikkan sepenuhnya. Adat kehidupan, tiada yang sempurna. Pilihannya di tangan anda.




An investment in knowledge always pays the best interest.
~Benjamin Franklin

4 comments:

Dila Si Mama Dzariff said...

kak syida, buatla homeschooling! boleh dila tumpang hantar dzariff homeschool dengan abil sekali..hihihi. btw, last week cik syikin ada kias-kias nak ajak dila buat joint-venture special school dengan dia. dila mention nama akak, suh dia consider pengalaman akak. Sure meletop-letop kalau akak organize ngan syikin.

Syahida said...

dila, surprisingly mmg akak pon macam nak berbincang2 dgn syikin sbnrnya..dia ada kepakaran bhgn OT. insyAllah nanti kna jumpa dia and sembang pnjg :)

kent said...

memang betul syida, kat shah alam dan KL ramai parent buat homeschooling. Terutama bangsa china dan foreigner. Kebanyakkannya gunakan perpustakaan sbb suami saya selalu berbual dgn mereka bila mereka ni join kelas pop up suami saya.

syida said...

Oo ye? bestnya..

homeschooling ni pd sy sangat menarik. boleh buat silibus sendiri, jadual sendiri..ala2 bekerja sendiri. Tapi kena ada komitmen dan disiplin yang tinggi..kalo x, susah nak dapatkan sesi pengajaran & pembelajaran yang efektif.