Feb 28, 2011

Bila Abil belajar 3M

Autism atau Autisme (dalam bahasa Melayu)sering dikaitkan dengan 'genius' atau 'savant'. Genius atau savant, tahap IQ yang tinggi atau kebolehan mental yang luar biasa. Bagaimanapun, tak semua individu autisme seorang genius atau savant. Hanya beberapa peratus sahaja yang menjadi insan terpilih. Kalau anda mahu tahu dan kenal dengan savant, boleh baca di sini.

Saya memang suka baca/dengar/ikuti kisah-kisah/dokumentari tentang savant sebab ia buat saya rasa happy. Savant-kah anak saya? Genius-kah anak saya? Mungkin Ya. Mungkin Tidak. Tapi saya tak kisah. Yang penting, saya dapat inspirasi. Saya faham dan tahu yang mereka ini ada BANYAK potensi, ada 'aset' tersembunyi. Paling koman tidak pun, saya tahu mereka bukan bodoh, bukan lembam, bukan 'kurang upaya'.

Berbalik cerita Abil belajar 3M, apa-kah? 3M: Membaca, Menulis, Mengira.



Ada yang berpendapat, sebelum masuk darjah 1, anak-anak dah kena ada kemahiran 3M ini. Ya, zaman sekarang memang zaman 'kena pandai semua'. Kena dapat A,A,A,A,A,A dan A. Zaman dulu, ramai yang hanya pandai membaca atau mengira pada umur yang lewat, mungkin 9 tahun, mungkin 12 tahun. Ramai juga yang berjaya walaupun dulu lambat membaca. Apa pun senario-nya, lagi cepat pandai 3M, lagi bagus. Tapi, kalau masih belum pandai, masih belum terlambat, dunia belum berakhir.Better late than Never.

Abil dah boleh menulis. Boleh tengok di sini. Menulis secara tracing (dot-to-dot) pada umur 4-5 tahun, free writing sejak 5-6 tahun sehingga kini. Sekarang, saya sedang ajarnya menulis atas garisan. Seboleh-bolehnya, biar PANDAI menulis. Cantik atau tidak bukan ukuran. Asalkan kemas dan tulisannya boleh dibaca.

Seorang kawan (juga jurulatih OT) menunjuk ajar saya bagaimana melatih Abil menulis di atas garisan. Selain praktis menulis, Abil juga praktis meniru. Tekniknya, copy writing. Mula-mula tiru tulisan daripada buku di depan mata sehinggalah akhirnya anak pandai meniru daripada tulisan di papan putih/hitam/papan kenyataan di dinding hadapan.

Tugas mudah dan automatik untuk kebanyakan anak-anak. Tapi, untuk anak autisme (mungkin juga anak-anak istimewa lain), kemahiran ini perlu diajar step-by-step, dari A-Z.

Membaca? Sikit-sikit. Abil kenal huruf sejak 4 tahun. Boleh membaca sukukata sejak tahun lepas. Sudah kenal lebih kurang 100-150 patah perkataan (BM dan BI). Dia menghafal. Jadi, masih belum boleh baca buku/teks sepenuhnya.

Setakat ini, Abil agak 'lambat' bab mengira dan nombor. Sudah lancar dengan No 1-10 (angka dan perkataan). No 11-30 masih berdikit-dikit. Ada yang dia ingat, ada yang masih teragak-agak. Boleh mengira, tapi selalu seperti tidak berminat. Operasi tambah, tolak, darab dan bahagi masih 'jauh'. Jangan bimbang, saya akan pastikan dia menguasai. Biar pun lambat, asal selamat pandai.

Misi 'pandai membaca' yang tertunda daripada tahun lepas diteruskan lagi. Salah saya. Mengajar, tapi tak konsisten. Melatih, tapi tak ada sistem. Main hentam keromo saja.

Alhamdulillah, seorang kenalan mencadangkan set buku Bacalah Anakkku. Serasi dengan Abil, dan Zarif juga. Sudah 3 minggu kami bermula, Abil sudah Buku 3. Adik Zarif pula Buku 2. Semuanya ada 8 buku. InsyAllah, dalam masa beberapa minggu lagi, anak-anak saya akan pandai/mahir membaca.

Anak orang dah berzaman-zaman pandai, tak apa lah. Yang penting pandai juga akhirnya kan? Jangan tak pandai-pandai...hehe.

Sebelum ini, saya cuma gunakan flash card suku kata. Beli di Giant, RM10 je (kalau tak silap). Sesuai untuk kak Dina, dalam masa 1-2 minggu dia dah cekap. Tapi tidak untuk Abil dan Zarif. Lain anak, lain tahap, lain pendekatan.

Kalau ada mismatch teknik dan kebolehan anak, progress memang akan jadi perlahan. Mungkin juga anda tidak akan nampak progress.

Tapi, bila teknik sesuai dengan keupayaan anak, anda akan lihat progress dengan agak cepat sekali.

Mengira? Masih mencari-cari kaedah yang sesuai.Masih 'tercungap-cungap'.

Ada yang cadangkan belajar dengan CD dan komputer. Ya, Abil gila SANGAT suka komputer. Tapi bila disuruh mengikut arahan dan menggunakan aplikasi dengan betul, dia kurang gemar. Saya pula, selalu hilang sabar. Saya rasa, buat masa ini, belum boleh lagi belajar dengan komputer. Dia belum bersedia. Saya cuma boleh gunakan komputer sebagai reward. Belajar dulu, kemudian komputer. Ok. Dia patuh (walaupun untuk tempoh yang singkat-singkat saja). Tak apa, ini baru permulaan.

Selain reward, saya juga sudah berjumpa teknik belajar mengira yang agak sesuai. Nanti saya cerita lain kali.

Dulu, setiap kali nak suruh Abil belajar, menangis itu wajib. 'Dipaksa' dan dipangku .Sekarang tidak lagi. Paling teruk pun, bila dipanggil, dia lari-lari (sambil ketawa). Tapi, makin hari, makin senang karenahnya semasa belajar. Makin patuh dan dengar kata.

Proses belajar setiap hari tak lama. Paling lama pun, 30-40 minit. Diselang-seli, duduk belajar dan bermain/berehat. Ya, ini sesi untuk 3M semata-mata. Sesi terapi bermain lain program dan masanya.Kaedah lebih kurang sama. Cuma sejak saya cuba jalankan kedua-duanya secara konsisten, saya terpaksa pandai-pandai bahagi ma

Saya gunakan sistem token. Macam sistem reward juga. Cuma, bila guna sistem token, kekerapan reward dikurangkan. Kalau dulu, setiap SATU tugasan satu reward.

Dengan sistem token, hanya selepas 3,4,5,6 tugasan baru boleh claim reward. Jumlah tugasan yang perlu dibuat untuk dapat reward biarlah bermula dengan 2-3 dulu, biar anak-anak dapat motivasi. Biar mereka faham dan percaya dengan sistem token dan anda dulu. Bila dah ok, barulah jumlah tugasan dinaikkan ke jumlah yang lebih tinggi (dan sesuai).



ok. Dah boring menaip, jom tengok gambar!


Token board Abil. Boleh gunakan apa saja.
Nak guna buku/jadual/sticker saja pun boleh.
Ikut kreativiti.
Bintang-bintang disusun sebelah kiri. Bila berjaya siapkan 'kerja', bintang yang diberi dipindahkan ke sebelah kanan. Jumlah bintang = jumlah tugasan.


Bintang-bintang ni ada kuasa 'magika' (hehe).
Setiap kali dapat 1 bintang, Abil tersenyum lebar.

Gambar Abil dan kotak hadiah untuk memberi Abil gambaran yang lebih jelas.
Token board untuknya. Cukup jumlah bintang, dapat HADIAH.



Coklat Rocky. Hadiah pertama yang saya cuba pada Abil. Dia jarang-jarang dapat makan coklat ini. Kegemarannya. Pantang jumpa.

Ada yang kata, tak elok bagi reward makanan (terutama yang manis dan bergula). Ada yang risau, takut 'terbiasa'. Cuma buat bila ditawarkan hadiah serupa. Sebenarnya tidak. Hadiah macam ni hanya untuk tarik minat. Permulaan saja. Lagi pun, bukan bagi sekotak sekaligus. Hanya sebatang setiap kali berjaya. Kadang-kadang, saya bagi setengah batang je(hehe) .Lama-lama nanti, hadiahkan pujian dan sorakan pun, mereka dah happy dan puas hati (tak perlu coklat lagi).

Pada saya, sentiasa ukur cost vs benefit. Coklat umpama hadiah bonus RM1 juta untuk Abil. Dia akan buat apa saja untuk Coklat. Jadi, saya gunakan sebagai 'umpan'. Sama seperti sesi bermain. Lambat-laun 'umpan-umpan' sebegini dikurangkan dan seterusnya 'dihapuskan'. Saya pernah cuba. Tak ada masalah setakat ini. Bagaimanapun, bergantung pada pendapat dan 'citarasa' masing-masing. Ikut kesesuaian.

Copy writing, sebaris ayat daripada buku cerita.
Lukis garisan lebar-lebar pada kertas kosong.
Bila dah mahir esok, barulah boleh gunakan buku tulis garis satu, kan Abil kan?

Letih dah mengadap pc. Jumpa lagi!


8 comments:

heliantuse said...

Saya kagum dengan usaha puan. Sedikit sebanyak saya dapat belajar cara mendidik anak walaupun masih bujang. Semoga Abil menjadi insan yang hebat dengan didikan puan. Amin.

Syahida said...

terima kasih. Saya cuma menjalankan 'tugas' dan amanah. masih belum yang terbaik tapi sedang gigih berusaha (insyAllah) :)

maya amir said...

pelan2 kayuh ye abil:) ni pun dah cukup bagus dah achievement die syida..proud of him.. kalau i sbg reader dah rase kembang, apatah lagik u syida kan.. and reward token tu i suke.. cool:)

Syahida said...

yup.token board tu mmg very motivating. utk anak2 normal pun sesuai tau...sangat berkesan. nanti insyAllah nak apply pd dina & zarif jugak :)

Azma said...

salute la kat Pn. Syida kikta ni.. :). Dah nampak hasil skrg kan. Dgn usaha yg berterusan insyaAllah abil boleh jadi yg terbaik. Baru2 ni kawan2 kat Sek Khas ada bgtau saya ttg isitem token tu. Mereka kata mmg berkesan.. Bgsla syida dah umpa awal2 lagi.. :)

Syahida said...

Azma, dah lama dgr/baca psl token system tu,tp x prnh nak cuba apply. kira lambat gak ni baru nak mula...hehe..takpelah.Mudah2an Abil dapat terus 'kejar' semua yg dia ketinggalan selama ni :)

CuppyCakeMommy said...

shahida..salam kenal..
just email me at
ysalli@yahoo.com
for the educational toys tu ye..

thanks

Norsyahidah said...

ok :)