Feb 9, 2011

Bila Abil ke Masjid

Semakin Abil membesar, cabaran mendidiknya makin terasa. Salah satu tugas tanggungjawab, seperti mana ibubapa lain (khususnya, ibubapa Muslim) ialah melatih anak-anak saya bersolat.

Saya bermula melatih Abil pada usia yang agak lewat, 7 tahun. Itu pun tidak konsisten. Pendekatan 'memaksa' sering saya gunakan sebab saya buntu. Tak tahu bagaimana nak mulakan. Tak tahu bagaimana nak galakkan. Akhirnya, Abil seperti tidak berminat dan hanya melihat saja orang lain bersolat.

Bagaimanapun, tahun ini saya nekad untuk lebih intensif melatih Abil bersolat. Kebetulan Kak Dina sudah masuk kategori 'wajib solat' tahun ini (dah nak masuk 10 tahun). Kalau tak cukup solat 5 waktu tahun ni, dah boleh dirotan!

Abil tidak boleh dibiarkan membesar tanpa solat. Tiang agama ini harus diterapkan dalam dirinya, sebagaimana anak-anak lain. Dia berakal dan waras, walaupun masih belum mampu membezakan yang baik dan buruk sepenuhnya (dia sedang progress
ke arah itu, InsyAllah).

Bermula dengan hanya satu rakaat. Kemudian, dua rakaat, tiga dan seterusnya empat. Hari ini, saya sedikit lega kerana Abil sudah mula memberikan respon yang baik. Biasanya kami (saya dan suami) jadi 'pengawas' di sebelahnya. Bila disuruh berjemaah bersama-sama, dia juga sudah mampu duduk di dalam safnya sehingga ke akhir rakaat (walaupun mungkin tidak mengikut setiap pergerakan sepenuhnya).

Sekarang, dia sudah faham bila kami hulurkan kopiah dan sejadah. Tak lagi memberontak macam dulu. Tak lagi membantah dan terburu-buru. Misi seterusnya, belajar wudhu' dan perkara-perkara wajib dalam solat.

Di masjid biru ini , Abil mendapat pengalaman pertama bersolat di masjid (lokasi:Muar, saya tak ingat nama masjid). Selama ini, kalau ke masjid, saya 'lepaskan' Abil membuat aktiviti sendiri sementara orang lain bersolat. Dia akan lari sana sini, sejauh dan sesuka hatinya, selagi ada kawasan masjid untuk dieksplorasi.

Saya tahu, dia sangat sukakan masjid. Setiap kali ke masjid, tempat kegemarannya ialah kawasan mimbar masjid. Dia juga cukup suka menuju ke mikrofon imam. Waktu-waktu 'melawat' masjid yang sesuai untuk Abil ialah pada waktu lengang. Kalau dibawa pada waktu sibuk, confirm hero sorang ni kena blacklist, kan?

Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Saya setuju! Kalau dah jadi 'buluh' tapi tak pandai dan tak mahu solat, dah tak berguna lagi. Saya harap saya akan terus diberi petunjuk untuk melatih Abil. Saya ni pun, bukannya pandai sangat. Kadang-kadang bersemangat. Kadang-kadang, hilang semangat. Anda mahu tips tentang pendidikan solat, jangan malas klik sini, ok?

2 comments:

ICAZIESYIRA said...

kitaorang kalau solat, ayesha baring depan sejadah, atas katil. tapi tak kacau la.mudah-mudahan bila dia biasa nengok, dia boleh ikut nanti :D

Syahida said...

betul tu ica..slowly bagi pendedahan..insyAllah bila dia da ready esok, tak ada la susah sgt nak melatih :-)