Mar 30, 2011

Bila Abil buat kraf tikar


Saya dapat idea ni daripada kraf yang Zarif buat di kindy-nya. Saya rasa ini antara idea kraf yang evergreen sepanjang zaman. Selain collage, kraf tikar ni saya pun pernah buat masa zaman sekolah dulu, betul tak tuan-tuan dan puan-puan?


Yang di atas tu versi Zarif, yang di bawah ni pula, versi Abil. Ya, lebar-lebar sikit helaian tikarnya sebab mamat sorang ni kalau buat apa-apa, sentiasa nak cepat habis. Saya pulak sentiasa kena pastikan dia buat sampai HABIS. Atas dasar kompromi, kita buat tikar 'gemuk' okay? hehe
Senang je bahan-bahannya....sila lihat bawah ni. Kertas warna, kad manila, gunting, gam dan sedikit kerajinan secukup rasa hehe.


Untuk memudahkan Abil, saya siap lukiskan garisan-garisan pada kertas dan hanya tunggu digunting saja. Bila dia dah makin fokus nanti, bolehlah dia buat semua from scratch.



Dan lihatlah aksi-aksinya...



Gam dan menggunting insyAllah tak ada masalah...yang susah sikit, bab nak selitkan helaian-helaian tikar gemuk tu..penuh konsentrasi :)




Untuk idea-idea kraf menarik yang sesuai untuk anak-anak autisme (dan bukan), boleh la jenguk sini.


Mar 24, 2011

Sudah 10 hari

10 hari tanpa sesi terapi bersama Abil?? Ya betol! betapa m.a.l.a.s.nya diriku...ini semua gara-gara cuti sekolah minggu lepas. Tanpa terapi, tapi sesi belajar tetap berjalan setiap hari, walaupun hanya untuk 10-15 minit.


Bila sudah mula berehat, momentum untuk kembali pick up memang agak lambat. Kali ini lebih hangatlambat daripada biasa. Mesti mulakan kembali dalam masa sehari dua ni. Kalau tidak, yang panas akan jadi suam. Yang suam akan jadi sejuk. Yang sejuk akan terus BEKU. Oh tidaaaaakkkk...

Bagaimanapun, saya suka statement ini, dari buku Play to Talk;


"Many people picture school rooms and structured lessons when they think of ways children learn. However, children learn an enormous quantity of information and skills during mundane, day-to-day routines like grooming, mealtime, doing chores and running errands with a parent. Using responsive strategies during these typical daily routines, they can also become one of the best and most EFFICIENT way for your child to LEARN in a variety of personally meaningful, real-life situations."

*saya sedang baca buku ini sekarang, belum khatam lagi.


Dalam erti kata lain, anak saya masih 'belajar' walaupun bukan di dalam sesi terapi yang khusus (macam selalu). Di luar sesi, saya minta dia angkat dan masukkan baju-baju kotor ke dalam mesin basuh. Saya minta dia tutup pagar rumah sebaik saja kami balik. Saya juga berbual-bual dengannya di dalam kereta (walaupun dia tidak respon dan sesekali senyum saja). Saya dan anak-anak yang lain tumpang sekaki menyanyi lagu-lagu kegemarannya bila dia mula 'humming' seorang diri. Ada masanya dia akan main komputer seorang diri. Ada kalanya kami cuba connect dengannya supaya dia tidak tersisih dan berasa dihargai.

Ya, 'pengisian' masih ada. Cuma mungkin dengan kaedah yang berbeza dan lebih 'general' berbanding sesi terapi di dalam bilik dengan kerusi dan meja.

Bagaimanapun, ini BUKAN alasan. Terapi bersama Abil masih perlu diteruskan. Wake up Syahida!

Untuk mengembalikan mode 'bekerja' saya kongsikan aksi-aksi Abil berterapi. Jom tengok!




Diam tak diam, Mac sudah ke minggu terakhir. April dah nak tiba! Kalau nak tahu, April ialah Autism Awareness Month. Awal April ada aktiviti ini, anjuran NASOM. Saya sudah pun booking untuk turut serta. Bagaimanapun, di saat akhir, diberitahu pula tentang Forum Kesedaran Autisma di Pusat Perubatan UKM pada tarikh yang sama (2 April), masuk PERCUMA. *Rasa nak pergi semua. Nak bagi sokongan. Nak berjumpa kawan-kawan 'sekapal'.

Masalahnya sekarang, adakah saya dapat pulang ke KL pada hujung minggu tersebut? Hanya seminggu dari sekarang tapi segalanya masih samar-samar. Kita tunggu dan lihat.....*kepada anda di luar sana, terutama yang berada di KL/Selangor, ramai-ramai lah datang ye!

Mar 23, 2011

Bila Abil masuk kelas tuisyen

Abil masuk tuisyen? hehe.kelas tuisyen saya.Sebelum ni, dia pernah juga 'duduk-duduk' dalam kelas saya. Tapi, biasanya jarang berlaku. Setakat ni, baru 3-4 kali dia join kelas saya untuk beberapa minit. 'Join' di sini bermaksud, dia duduk diam dalam kelas dan buat halnya sendiri seperti membaca atau menulis. Mungkin nampak remeh bagi kebanyakan orang. Tapi bagi saya, ini satu kemajuan baik bagi Abil sebab dia menunjukkan inisiatif untuk berada dalam kelompok/kumpulan dan BUKAN bersendirian (satu kebiasaan/ciri-ciri kuat bagi anak autisme).


Selain itu, semua tahu yang Abil seorang yang agak hiper (sukar fokus dan duduk diam untuk jangkamasa yang lama). Jadi, bila dia boleh duduk diam untuk 10-20 minit, saya anggap ia satu permulaan yang baik.

Malam semalam, Abil tiba-tiba keluar daripada bilik dan masuk ke kelas Matematik saya. Dengan buku kegemarannya (pinjam dari aunty Dila), dia duduk atas kerusi saya. Saya pula waktu itu, sedang sibuk 'meronda' dan melayan pertanyaan anak-anak tuisyen semasa mereka buat latihan.

Abil biasanya sangat 'segan' untuk keluar dari bilik setiap kali kelas tuisyen saya berjalan. Ya, kelas saya hanya di ruang tamu rumah. Bila mana pelajar-pelajar saya mula datang, Abil biasanya akan berlari masuk ke bilik. Dia hanya akan keluar bila dia perlukan sesuatu. Contohnya, bila mahu ke tandas, minta tolong dipakaikan seluar, nak makan atau setiap kali komputernya bermasalah. Selebihnya, dia lebih suka 'memerap'.


Kemudian, Abil hanya akan join kelas saya yang muridnya kurang dari 4 orang. Kalau ramai-ramai (tak ramai mana pun, tak lebih 10 orang), saya tak pernah tengok dia masuk. Terbaru, dia join kelas saya yang seramai 7 orang. Saya cukup suka hati.

Semalam, bila saya snap gambar, anak-anak tuisyen saya terkejut. Tapi Abil buat dek aje buat muka selamba (dah lali dengan saya yang selalu ambil gambarnya). Saya terus katakan pada pelajar saya, " Cikgu SERONOK tengok Abil duduk dengan awak semua....tu yang cikgu ambil gambar" hehe.
oh ya, ini aksinya....
*harap maaf, kualiti gambar tak berapa bagus..huhu



Tengoklah tu, macam big boss duduk dengan kaki di atas.
Bantal busuknya pun dia angkut sekali (atas meja).
Rilek habisss.hehe

Kepada anda yang ingin tambah info tentang autisme, jom baca ini.

Jangan lupa singgah lagi ;)


Mar 22, 2011

Bila Abil bertukar sekolah

ihsan google

Bak kata seorang kawan, perubahan adalah 'penderaan' kepada anak autisme. Kalau difikir-fikirkan, individu bukan autisme sekalipun, kadangkala sangat 'takut' dan tak suka pada perubahan.

Berbalik kisah Abil, setakat ini, dia sudah 'lali' dengan perubahan-perubahan kecil. Sudah 2-3 tahun dia melepasi 'fasa' itu. Saya lega tapi kadang-kadang risau pula, sebab dia nampak seperti tak peka langsung pada sebarang perubahan. iskisk...gitu pulak!
Bila Abil sudah sedikit 'dewasa', dia semakin FAHAM bahawa perubahan-perubahan kecil ini selalunya tak bermakna apa-apa (harmless). Selain itu, masalah sensorinya juga sudah tidak begitu ketara berbanding 3-4 tahun dahulu.


Hari ini, sudah masuk hari ke-2 Abil di sekolah baru. Daripada pandangan mata kasar dan juga cadangan kawan dan kenalan, saya lihat persekitaran sekolah barunya sangat 'kondusif'. Saya positif dengan pilihan yang saya buat. Tapi, setiap kali Abil berdepan dengan perubahan besar, saya jadi risau +resah+ bimbang. Susahnya untuk kekal positif.


Abil melepasi 'ujian' hari pertama dengan cemerlang. Sangkaan saya, dia akan jadi extra hiper (sebab teruja dengan tempat baru) dan sukar duduk diam. Saya juga menjangkakan yang dia akan tantrum, atau paling tidak pun, menangis. Menggunung risau saya. Rasa bimbang, kasihan dan kusut mencanak-canak bercampur baur dalam kepala saya. Isk isk.Susahnya jadi ibu.

Bagaimanapun, sangkaan saya MELESET.

Wajah sedih dan pelukan erat Abil yang saya tinggalkan selepas sesi bertemu Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas di sekolah barunya, sudah cukup untuk membuat saya menangis seorang diri dalam kereta. Termasuk hari ini, sudah 2 kali saya berterapi air mata dengan Zarif yang termangu-mangu di sisi.Bukan meminta simpati, bukan juga mengada-ngada. Tapi, menangis untuk meredakan emosi. Abil pula membuktikan sebaliknya (setakat hari pertama, harap-harap berterusan). Dia yang bertukar sekolah, mak yang menangis. Dia yang berpindah sekolah, mak yang sedih.


Concern seorang ibu setiap kali anaknya berdepan dengan suasana sekolah yang BARU adalah normal. Tapi, untuk seorang anak seperti Abil yang masih belum cukup 'verbal', concern saya berlipat kali ganda. Dia tak pandai bercerita pengalaman hari pertamanya seperti anak-anak lain. Dia belum boleh meluahkan rasa takut, berani, suka, duka, sedih atau gembiranya pada saya. Matanya melihat, telinganya mendengar, hatinya tersentuh, tapi semuanya dipendam dalam hati. Saya hanya boleh meneka. Saya hanya boleh membuat andaian saja.

Saya hanya boleh berdoa dan tawakal. Minta yang baik-baik saja, dijauhkan dari segala kesusahan, kesakitan dan kepayahan daripada Abil.

Kalau saya sedu-sedan di dalam kereta, Abil pula dengan macho-nya berdepan dengan semua yang BARU di sekolah semalam. TIADA air mata, tiada lari sini sana, semua ok. Cuma mahu selalu pegang tangan cikgu (rasa insecure agaknya). Begitulah yang dilaporkan oleh cikgu/PPM. Bagus, cukup bagus. Saya lega. Pagi ini juga tiada masalah masa dikejutkan untuk bersiap ke sekolah. Petanda baik.

Doa saya masih berbakul-bakul. Banyak lagi hari-hari yang perlu dihabiskan sementara Abil membiasakan diri di sekolah baru. Ibarat roda, ada kala kita di atas, ada masa kita di bawah. Saya harap, kalau pun tidak sentiasa di atas, janganlah saya jatuh 'menjunam' ke bawah. Positif Syahida!

Saya tahu Abil seorang survivor
.Saya harap dia terus kuat dan matang, InsyaAllah!

Mar 18, 2011

Tanpa Dina dan Zarif


S.U.N.Y.I
Sunyi = bosan = tak keruan.

Itulah yang saya rasakan sejak 33 jam yang lepas (sehingga saat entri ini ditulis). Rindu? Mestilah. Tapi saya tahu budak berdua tu mesti lebih RINDU kat saya. hehe


Mereke berdua ni 'ditinggalkan' di rumah Maktuk atas permintaan mereka sendiri. Ya, saya benarkan. Ingin juga 'lari' sekejap daripada suasana riuh rendah mereka bertekak setiap 5 minit. Sekarang, saya rasa macam nak terbang ambil mereka pulang. *mode pontianak hehe



Aman. Damai. Tapi Bosan.


dari google

Disebabkan bosan, saya layan Angry Bird bersama Abil hari ini.
Esok, TIADA lagi Aman, Damai dan juga Sunyi. Bergaduh setiap 5 minit akan berlaku lagi. Tak apa. Saya redha. Saya terima. Tapi, marah tetap marah. Jerit tetap jerit ok? *hehe.


Tak sabar tunggu esok. Jumpa lagi! ;D

Anyone can be normal. It takes someone special to be autistic.
~Unknown Author


Mar 13, 2011

Cerita Mat Bunga

Mat Bunga? Siapa? Nurhan Nabil-kah? Nurhan Zarif-kah? bukan!

Untuk sesi saya bersama Abil hari ni, kami buat kraf bunga. Macam biasa, idea sempoi yang ringkas dan mudah.

Saya memang suka 'layan' anak saya buat kraf. Tapi yang simple-simple saja.
Saya tahu Abil suka 'main' gunting. Jadi, setiap aktiviti kraf kami, dia memang 'layan' habiss..Sebelum ni, anak-anak saya pernah buat kraf ini dan ini. Kali ni, buat bunga pulak ok?

Yang ketara sebulan dua ni, saya perhatikan Abil sudah boleh duduk membuat aktiviti kraf untuk jangkamasa yang lebih lama.

Dia lebih relaks dan tak terburu-buru. Boleh menunggu hingga selesai semuanya. Biasanya, dia boleh fokus untuk 15-20 minit untuk satu-satu aktiviti kraf. Saya pula, tak boleh ambil kesempatan dan 'tamak'. Kebanyakan sesi saya masih pendek-pendek dan dilanjutkan tempoh sedikit demi sedikit supaya Abil tak rasa 'dipaksa' dan tertekan.

Misi paling utama dalam setiap aktiviti; E.N.J.O.Y! Kalau anda rasa boring dan tak seronok, kemungkinan besar anak-anak anda juga 2x5.

Have F
un! that's the key.

Ok, cukup. Jom tengok gambar!


Gunting. Colour. Tampal.

Oh ya, bahan-bahan:
manila kad/kertas warna, gam, gunting, krayon, batang lidi, selotape.

Saya suka tengok hasil guntingan Abil sekarang. Makin perfect :)


Cantik kan?
Rasa macam nak frame-kan je..hehe.
4 tangkai bunga untuk hari ni. Lepas ni kita buat sedozen lak ye Abil?...hehe



Flowers always make people better, happier and more helpful.
Flowers are sunshine, food and medicine to the soul.
~Luther Burbank


Bila Abil, Zarif, Dina belajar...

Malam yang agak produktif bagi kami. Satu jam saya habiskan bersama-sama mereka. Bergilir-gilir membaca, menulis dan mengira. Selalunya sesi 3M bersama Abil, saya buat di sebelah petang. Giliran adik Zarif pula, biasanya di sebelah pagi (itu pun tak konsisten). Kak Dina pulak, lebih banyak layan diri.

Mengejar misi 'pandai membaca' untuk Abil dan Zarif, saya buat sedikit sesi ejaan untuk mereka berdua. Oh ya, saya buat sistem rotation malam tadi. Sangat sesuai untuk mereka yang kena layan anak hiperaktif dan bukan hiperaktif serentak. Setiap 5-10 minit, sesi bertukar di antara Abil, Zarif dan kakak. Seperti biasa, Abil dapat masa tambahan.

Tulisan Abil. Boleh tengok di sini dan sini. Masa tu, Abil lebih banyak menulis perkataan-perkataan yang dihafalnya. Kali ini, saya sebut perkataan/frasa dan dia TULIS. Seronok! Saya tahu dia sudah boleh menulis. Menariknya kali ini, dia sudah boleh mengeja dan membaca perkataan-perkataan yang mudah.



Ya, Abil sudah ada asas 3M. Bab mengira sedikit lambat berbanding yang lain (takpe, pelan-pelan kayuh). Bila membaca, memang dia boleh sebut (tapi suaranya masih agak perlahan).Tak apalah, kena terus bagi sokongan. InsyAllah, lama-lama nanti, dia akan lebih yakin dan selesa membaca. Kelancaran saya beri 7/10. Ejaan 10/10 (setakat ini). Sekarang sudah hampir khatam buku 4 (Set bacalah Anakku). Ada 4 lagi sebelum habis semuanya. Go Abil go!


Adik Zarif pun kena 'test' juga. Tapi yang senang sikit lah. Eja sukukata saja dulu. Tak jauh ketinggalan daripada abang. Sekarang di Buku 3 (Bacalah Anakku).

Kak Dina? Saya buat sedikit latihan karangan dan pemahaman. Kalau nak tahu, banyak-banyak subjek, subjek BM ni yang kak Dina agak 'perlahan'. Lain-lain ok.


Kak Dina: kan best kalau setiap malam mak ajar kitorang macam ni.
Saya: Mak ada kelas lah dina oi. Malam ni, boleh la.


Sekian melaporkan :)

Hikayat Zarif BUKAN mahawangsa


Hari ni nak berceloteh pasal adik Zarif. Assistant tak rasmi saya (selain kak Dina) ni sentiasa 'bekerja' tak kira masa, tempat dan suasana (selagi dia tak tidur). Umur pun dah nak masuk 5 tahun, walaupun fizikal nampak macam baru 3 *hehe.

Saya kira Zarif ni sangat bertuah. Banyak perkara yang saya tak sempat buat bersama kak Dina (masa tu, selalu 'kusut' dan kalut dengan Abil), saya buat dengannya. Banyaka benda yang saya buat dengan Abil, saya buat juga dengannya, sebab dia selalu bersama saya (terutama di waktu pagi). Banyak juga beraktiviti dengannya, sebab sekarang saya lebih tahu dan ada lebih banyak alat bantu mengajar (berbanding dulu). Banyak juga perkara yang saya tak dapat buat dengan Abil, saya buat dengannya (mode 'balas dendam' *hehe).

Yang saya suka tentang Zarif ialah, dia selalu bagi saya idea aktiviti untuk saya buat bersama Abil (secara tidak langsung). Jadi, bila saya 'mati' idea, saya selalu perhatikan bagaimana Zarif (mahupun kak Dina) bermain/membuat aktiviti.

Dulu, sebelum Zarif mencecah umur 3 tahun, memang saya rasakan mencabar sungguh membesarkan Abil dan Zarif serentak. Waktu itu, memang saya mahukan seorang adik untuk Abil. Tapi, saya tak sangka pula ia sesukar itu. Alhamdulillah, sekarang baru saya nampak 'hikmahnya'. Perbezaan tiga tahun di antara Abil dan Zarif sebenarnya tak begitu ketara. Dari segi perkembangan, mereka sebenarnya kelihatan sebaya. Kalau ada perbezaan pun, tak banyak.

Si hero kenit ni, sangat suka melibatkan diri dalam semua sesi aktiviti saya bersama Abil, samada di depan atau di belakang 'tabir'. Antara 'kerja' yang dia selalu buat (semasa menemankan saya membuat flash card/lain-lain untuk Abil) ialah projek keras tangan krafnya yang 'macam-macam ada'. Tukang 'perabih' selotape, gam dan kertas ni memang agak kreatif dan produktif. Layan gambar lah ye!



zarif: ini zirafah! zirafah pakai pedang (gambar no.2)

zarif: Ini gambar raksasa....
*macam ulat bulu daaaa...
Harta karun saya yang selalu kena 'gali' oleh Zarif.


*mode 'perasan' Ben10 hehe

Buat homework.
Tips untuk melatih anak mahir menulis, boleh baca sini.

T.A.M.A.T

Mar 10, 2011

Let's watch!

A video on autism. Make yourself free and put some initiative in watching it (until the end). I can promise u that it is NOT boring (trust me).

Jason (the child in the video), is an example of a 'high-functioning' autistic child. Yes, he is verbal. So for those or you who do not know much of autism, NOT all autistics are non-verbal. Some can be as verbal as the non-autistics can be. However, some may speak differently or sound a bit weird (but still understandable). Sometimes, they appear echolalic (repeating words/phrases they hear).

From the video; "up to 75% of person with autism were labelled mentally retarded..." This is however, NOT true. While some autistics (especially the low-functioning ones) may have low IQs, some are actually VERY 'smart'. Some of them are capable of doing things/knows a certain subject very well, even without being taught. High IQs, low IQs, who cares? bottom line is, they are NOT dumb. They are just DIFFERENT.

Enjoy the video!






"People with AUTISM do not lie, do not judge, do not play mind games.
Maybe we can learn something from them."
~unknown author




Mar 4, 2011

Cerita hari Jumaat

Anak-anak tak sihat. Nak duduk memerah idea depan pc memang tak sempat. Tidur pun tak lena, makan masih kenyang (Alhamdulillah). Cuma risau tetap risau. Dah masuk dua hari Abil demam. Kak Dina pula dah masuk 3 hari mc di rumah.

Di celah-celah suhu tinggi dan kepala yang berat akibat demam, sesekali Abil masih gigih duduk depan komputernya. Kalau nak tahu, dia baru pandai menggunakan google dan YouTube. Dia akan taip sendiri perkataan-perkataan yang dia tahu/ingat/kenal/biasa baca dalam buku dan tekan butang search. Menariknya, dia tak berminat dengan website/link yang tersenarai. Sebaliknya, dia akan tekan butang images di sebelah kiri. Bila gambar-gambar sudah 'keluar', dia akan renung lama-lama. I think he is enjoying the colourful pictures (which he always does).

Oh ya, saya tahu ramai anak-anak sebaya Abil (autisme dan bukan) yang juga pakar google. Tapi bila Abil pun jadi pakar google, mak yang over *hehe.


Semua dia buat sendiri.Selama ini dia memerhati. Kemudian, dia explore sendiri. Risau juga kalau dia search yang 'bukan-bukan' atau gambar-gambar/klip 18SX yang 'keluar'. Kena sentiasa monitor.

Oleh kerana dia sukakan Shrek, Sami Yusuf dan Maher Zain, kadang-kadang saya nampak dia taip 'Shrek Yusuf' atau 'Shrek Zain' *haha. Berselang-seli imej-imej Shrek, Sami Yusuf dan Maher Zain terpapar di skrin. Pandai pulak tu buat kombinasi nama.


Abil tengok buku dan taip perkataan mirror, kemudian tekan enter.

Hah! walla..seronok dia tengok segala jenis cermin.

Saya kongsikan kata-kata Encik Zaid Mohamad di facebook.



Don't worry about the future
Don't care about things that don't matter
Just be HAPPY!!

Happy weekend :)