Mar 13, 2011

Bila Abil, Zarif, Dina belajar...

Malam yang agak produktif bagi kami. Satu jam saya habiskan bersama-sama mereka. Bergilir-gilir membaca, menulis dan mengira. Selalunya sesi 3M bersama Abil, saya buat di sebelah petang. Giliran adik Zarif pula, biasanya di sebelah pagi (itu pun tak konsisten). Kak Dina pulak, lebih banyak layan diri.

Mengejar misi 'pandai membaca' untuk Abil dan Zarif, saya buat sedikit sesi ejaan untuk mereka berdua. Oh ya, saya buat sistem rotation malam tadi. Sangat sesuai untuk mereka yang kena layan anak hiperaktif dan bukan hiperaktif serentak. Setiap 5-10 minit, sesi bertukar di antara Abil, Zarif dan kakak. Seperti biasa, Abil dapat masa tambahan.

Tulisan Abil. Boleh tengok di sini dan sini. Masa tu, Abil lebih banyak menulis perkataan-perkataan yang dihafalnya. Kali ini, saya sebut perkataan/frasa dan dia TULIS. Seronok! Saya tahu dia sudah boleh menulis. Menariknya kali ini, dia sudah boleh mengeja dan membaca perkataan-perkataan yang mudah.



Ya, Abil sudah ada asas 3M. Bab mengira sedikit lambat berbanding yang lain (takpe, pelan-pelan kayuh). Bila membaca, memang dia boleh sebut (tapi suaranya masih agak perlahan).Tak apalah, kena terus bagi sokongan. InsyAllah, lama-lama nanti, dia akan lebih yakin dan selesa membaca. Kelancaran saya beri 7/10. Ejaan 10/10 (setakat ini). Sekarang sudah hampir khatam buku 4 (Set bacalah Anakku). Ada 4 lagi sebelum habis semuanya. Go Abil go!


Adik Zarif pun kena 'test' juga. Tapi yang senang sikit lah. Eja sukukata saja dulu. Tak jauh ketinggalan daripada abang. Sekarang di Buku 3 (Bacalah Anakku).

Kak Dina? Saya buat sedikit latihan karangan dan pemahaman. Kalau nak tahu, banyak-banyak subjek, subjek BM ni yang kak Dina agak 'perlahan'. Lain-lain ok.


Kak Dina: kan best kalau setiap malam mak ajar kitorang macam ni.
Saya: Mak ada kelas lah dina oi. Malam ni, boleh la.


Sekian melaporkan :)

4 comments:

YatieJay said...

Alahai....kan bagus kalau syahida ada dekat2 dgn rumah yatie. Boleh Naufal join the fun sebab umminya agak m.a.l.a.s nak buat benda2 mcm ni kat rumah. Bad me!

Syahida said...

alahai yatie, sekali sekala buat mmg la nampak macam r.a.j.i.n hehe..kalau dok rumah sebelah, anytime naufal leh join..hehe

maya amir said...

wahhh clap clap for abil:)) kalau syida dekat, buleh anto anak2 tusieyn..

Syahida said...

maya, meh kita semua pakat2 dok setaman..hehe