Apr 1, 2011

Kisah Abil, Gorilla dan coklat


Saja nak share klip video ini, iklan coklat Cadbury sebenarnya. Entah kenapa, 2-3 hari ni, dah berulang kali Abil menonton klip ini, over and over and over again (bak kata orang putih). Saya dah rasa nak muntah gorilla...mana tidaknya, dia akan fast forward, rewind, pause dan play berkali-kali sebab dia hanya suka tengok part gorilla tu naik syeh main dram..hehe.

Oleh kerana saya sangat-sangat musykil, saya pun nak tengok jugaklah klip ni...sebab nak tahu apa yang menarik sangat sampai Abil boleh terpegun dan tak muak-muak tengok. Klip YouTube ni memang Abil yang discover sendiri. Masih ingat lagi entri ini? Ya, dia google. Dia klik Images, kemudian dia klik Videos. Yang ditaip di kotak search ialah, GORILLA. Jangan ditanya kenapa dia suka gorilla. Saya pun tak tahu. Tapi, dia ketawa bagai nak rak setiap kali tengok klip ni. Kemudian, mulutnya tak putus-putus sebut " Gorilla!...Gorilla!" haha.

Bila saya, encik Nas, kak Dina dan Zarif tengok sendiri, barulah kami tahu betapa kelakarnya bila lihat gorilla tu main dram sepenuh perasaan. Adoiii..tak tahan. Anda nak tengok jugak?? apalagi, layannnn...

2 comments:

Edi said...

lawak!!!!! hahahahhaaha

hm.. ade idea nak downlod video binatang2 pulakla utk faaeq! tq!

Syahida said...

haha edi, tau takpe...budak2 mmg suka binatang, ntah2 faeq pun berkenan kat gorilla ni nanti :)