Apr 16, 2011

Nama susah nak Eja

Begini, Abil dah lama pandai tulis namanya. Tapi itu belum cukup. Harus pandai pula tulis nama ayah, mak, adik, kakak dan ramai lagi. Oleh sebab namanya berbinkan ayahnya, saya pun mulakan dengan nama encik suami dulu.

Selalunya, Abil salin dan tulis. Ada masanya saya hanya tulis 'Nama ayah:' dan minta dia tulis SENDIRI (tanpa menyalin). Tapi setakat ini dia masih mahu SALIN juga.. Marah-marah dia minta saya tuliskan dulu untuk dia salin kemudian. Saya pula mahu dia belajar menghafal ejaan nama ayahnya sebagaimana dia berjaya hafal namanya sendiri. Tak apa, pelan-pelan kayuh (bak kata orang sekarang). Maka, inilah aktiviti yang saya berikan 3-4 hari lepas untuk misi menghafal nama encik (susah nak eja) ni.....


Bak kata kak Dina, "Nama ayah ni nampak huruf R je!" Haha. Moralnya tuan-tuan dan puan-puan, kalau ada anak lelaki, bagi nama yang senang nak eja ya! hehe.

Dan lihatlah bagaimana khusyuknya Abil mewarna. Untuk aktiviti ini, selain objektif menghafal ejaan nama, saya juga mahu Abil tiru warna-warna yang digunakan pada setiap huruf. Ini supaya dia lebih fokus.



Hah! Dah siap pun. Oklah tu, nanti kita warna pakai cat air pulak. Saya rasa, perlu perbanyakkan latihan. Bila dah berjaya nanti , barulah terasa "Alangkah indahnya dunia........lalala" (ala-ala lagu kumpulan Hujan...hehe).

Sekian, Salam Sabtu :)

8 comments:

shogun_na said...

yelah...masa first time tahu nama abg iwan(masa tue sekolah kat JB) mmg terkejut besar...wah, nama panjangnye...dan pelik...hahahaha...nama tue special xde kat org lain... ;)

Syahida said...

ina, katanya ejaan nama ni ikut ejaan arab...kalau Nasrul Ridzwan mmg biasa gak dgr (tapi tak ikut ejaan arab)..bila bercantum, Nasrurridzwan, mmg JARANG nampak tp itu ejaan yang betul (katanya lah). special? kembang b****t incik iwan dengar...haha

Dila Si Mama Dzariff said...

Saje je Tuan Haji romli kasik nama yang susah nak eja nih...bagi tensen cikgu kelas tulis register tatiap bulan. Silap eja mesti tensen sebab register takleh liquid...hihihi

ariana's said...

Nampak menarik sangat bila ejaan nama tu diwarna macam tu..kreatif lah anak-anak..:)

Syahida said...

dila, tn hj romli nak bagi nama anaknya klasik cam nama dia jugak..haha. yelah, i pun rasa cikgu sekolah misti selalu tensen kalau tersilap tulis nama incik Nas ni :)

Syahida said...

kak, saja je suruh warna2 tu..kasik kelainan sket...idok le aktiviti menulis je spnjg masa...hehe.

Azma said...

ahaks... nama sedap tp betul la susah nak eja. Mesti cikgu2 kat sek 3 beradik tu pun pening2 lalat mengeja nama encik nas tu..

Anyway, satu latihan yang menyeronokkan buat abil bila syida buat camtu.. Lama kelamaan memang indahla duania dia nanti.. :D

Syahida said...

Azma, nak kasi sedap punya pasal sampai tak terkira huruf R nya..haha. takpelah, mencabar sket...jgn cikgu2 & anak2 ku pengsan nak tulis nama sudah la (melampau hehe)..