May 28, 2011

Lari Dari Rutin 2

dari google

Lari Dari Rutin

At last! Cuti pertengahan Tahun akhirnya kembali. Yeay!!

Seperti biasa, bila cuti dah hampir menjelang, hanya fizikal saya saja yang ada di sini. Minda saya entah dah melayang kemana-mana.
Kak Dina dan zarif sibuk bersorak. "Yay! cuti 14 hari...lamaaa!"

Saya pun jawab, "Lama ke? sekejap je...tup-tup nanti, dah habis dah cuti."

Ya, betul. Tengoklah nanti. Tak puas bercuti, rutin biasa dah kembali. Yang pastinya, adik Zarif dah tak sabar-sabar nak join program Reading di AlimKids Bookshop. Abil pula akan bersesi 4 hari dengan cikgu-cikgu EIPnya dulu.

Untuk anda, jumpa lagi 7-10 hari akan datang! hehe


May 23, 2011

s.h.r.e.k

gambar google

Masih ingat dengan shrek yusuf? hehe. Ya, Abil sangat sukakan Shrek.

Dia tak pernah bosan dengan makhluk HIJAU berbadan besar dan berperut buncit ni. Pernah juga dia usap-usap perut TukAyah yang bulat sambil sebut nama 'shrek'. Tergelak besar saya dibuatnya. Ada persamaan kot..hehe.

Lebih menghairankan lagi, dalam banyak-banyak adegan dalam filem shrek, Abil paling SUKA tengok bila Shrek menjerit marah. Sedap betul dengar dia ketawa terkekek-kekek setiap kali Shrek buka mulut sampai nak terkeluar anak tekak seluas-luasnya dengan suara marahnya. *tak jumpa pula di Youtube.

Orang lain dah berzaman dah 'tinggalkan' Shrek. Kalau tak silap, sekuel terakhir Shrek keluar tahun lepas (2010) Shrek Forever After. Untuk Abil, 'demam Shrek' masih ada. Sekuel Shrek kegemarannya, Shrek 1. Kalau di YouTube, memang seharian dia boleh menghadap video-video Shrek. Pause- rewind- pause- forward -repeat....fuhhh!! boleh muntah shrek dibuatnya..

Sampai bila la obsesi Shrek ni akan berakhir. Kita tunggu..

May 21, 2011

Lari Dari Rutin

Rutin? Lari? Apakah?
Rutin = Bosan
Lari dari Rutin = Lari dari kebiasaan



Hari persekolahan adalah hari-hari yang sibuk. Kadang-kadang bila tak sibuk pun, buat-buat sibuk haha. Sekolah. Pusat intervensi. Terapi. Piano. Renang. Hmm, macam-macam!

Bosan. Memang bosan. Sempena cuti wesak, kami semua lari daripada rutin-rutin ini. Sekejap sangat, bak kata adik Zarif. Cukuplah tu. Puas juga Abil, kak Dina dan adik zarif main dalam kolam sampai kulit dah jadi hitam berjam-jam. Bayangkanlah, 3 beradik ni yang terawal masuk kolam (sebelum pengunjung-pengunjung hotel yang lain) dan mereka jugalah yang terakhir keluar dari kolam (itu pun kerana nak check out). Saya yang duduk menunggu mereka di tepi kolam sudah jadi ketua 'geng budak itam'.

Siapa yang tak sukakan air? Ditambah dengan cuaca panas terik kebelakangan ni. Memang melompat-lompat masing-masing bila jumpa air. Apa pun, perlu hati-hati.

Alhamdulillah, obsesi Abil pada air sudah lebih terkawal berbanding dulu. Kalau dulu, pantang nampak kolam/sungai/laut, dia akan TERUS berlari ke arah air (tak toleh kiri kanan lagi). Sangat bahaya. Kalau dilarang,dia tunjuk perasaan.Bila dah mula berendam, terus lupa naik ke darat. Mengamuk-ngamuk pula bila disuruh naik dan berhenti main air.

Sekarang,Abil dah ok. Boleh tunggu. Boleh kawal obsesi. Boleh dengar arahan. Tapi kalau dia tahu anda 'beri muka' padanya, siap la dia cari helah untuk terus berendam dan berendam dan berendam.


Outing kami kali ini, saiz swimming pool-nya sederhana saja. Jadi senang la saya mengawal hero-hero dan heroin saya (tanpa encik suami). Abil pula, bila dipakaikan float di lengannya, saya tak risau lagi. Terjunlah celah mana pun, berenanglah di aras mana pun, insyAllah masih terapung.


ok. jom tengok gambar!


SPLASH!!

Zarif dengan 'boya'nya...lepas tu, kena 'cilok' dengan abang...uwaaa!!

Stail kegemaran Abil...rilek habisss..

Cari benda tersembunyi; kak Dina, Abil dan Zarif :)


'Jelmaan' Ian Thorpe (konon hehe)

T.A.M.A.T


May 20, 2011

Bila Abil berkata-kata

Gambar hiasan :google


Nurhan Nabil memang boleh berkata-kata. Cuma, perkembangan bahasanya belum lagi selancar dan seiring dengan rakan sebaya. Gaya dan intonasi percakapannya pun sedikit 'berbeza'. Kadang-kadang macam gaya pembaca berita TV pun ada hehe. Sehingga tahun lepas, dia semakin konsisten dengan 2-patah perkataan setiap kali bersuara.


"Nak air!"
"Nak nasi!"
"Nak buku!"
"Nak pensel!"
"Laju-laju!"

Hah, semua ada tanda seru (!). Sebab memang begitu gaya Abil menyebut. Suara yang tidak terlalu tinggi, tapi intonasinya seperti 'terkejut'. Menariknya, sejak mula menuturkan perkataan pertamanya (pada umur 4 tahun) dia TIDAK pelat. Cuma, jika dia terlalu gopoh ingin menyebut perkataan yang BANYAK sukukatanya, sebutannya akan jadi tunggang-langgang.

Setiap kali dia berkata-kata, saya WAJIB tersenyum. Senyum kerana saya rasa cukup susah mendengar suara comelnya itu. Ianya satu NIKMAT.

Melatih dan menggalakkan anak Autisme bercakap adalah satu proses yang PANJANG dan memakan masa. Tipsnya mudah saja, SABAR dan TERUS BERUSAHA. Setiap bunyi atau butiran perkataan yang keluar daripada mulut anak anda mesti dihargai, jangan sesekali menyebut "Salah!" atau "Tidak" atau "Bukan.." atau "No" dan yang sewaktu dengannya. Ini akan 'mematikan' semangat anak anda daripada terus 'berbunyi' dan bercakap.

Sebaliknya, jika mereka tidak menyebut dengan betul, anda hanya perlu menyebut perkataan (yang berkenaan) dengan betul dan puji mereka kerana MENCUBA.

Berbalik kisah Abil, daripada 2-patah perkataan, sekarang dia sudah semakin ringan mulut menyebut 3-patah perkataan.

"Abil nak air"
"Abil nak piano"
"Mari sini"
"Tak nak"
"Bye-bye"

Ok. Tiga dialog terakhir tu, hanya ada 2-patah perkataan. Kalau anda nak tahu, dia baru saja boleh menyebut frasa-frasa itu. Kalau dulu, bila nakkan sesuatu, hanya setakat tarik tangan kita. Bila tak mahukan sesuatu, dia hanya menepis atau memalingkan muka. Sekarang, ada kemajuan.

Kalau dulu, lambaiannya "bye-bye" nya tidak disertai dengan pandangan mata (eye contact). Kemudian, melambai pun stail 'huru-hara'. Entah sapa-sapa yang dilambainya..main sebut aje. Kebelakangan ini, stail melambainya sudah lebih teratur dan 'bermakna'.

Perkembangan-perkembangan positif ini (walaupun mungkin sebesar kuman) saya rasakan SANGAT besar. Dalam hati mak ada taman rama-rama, ok?

Apa pun, setakat ini masih belum betul-betul konsisten. Kadang-kadang, respon-respon baik daripada Abil hanya pada saya, tidak pada orang lain. Sekali sekala, ada juga yang ditunjukkan pada selain saya. Tak apalah, ini baru permulaan. Go Abil go!




May 16, 2011

Kisah si Nurhan

Muka mengantuk, belum mandi pagi dan baru sembuh dari siri demam panas 2 hari



Dalam hidup saya, ada dua Nurhan. Seorang, Nurhan Nabil. Yang seorang lagi, Nurhan Zarif. Apa erti NURHAN? Cahaya Raja.


Ok. Entri harijadi yang terlewat beberapa hari ini untuk memperingati betapa BERTUAHnya saya menjadi sebahagian daripada hidupnya.

He is such a blessing! Saya rasa, dia adalah antara kanak-kanak 5 tahun yang terkenit di dunia hehe. Memang 'darah' encik suami mengalir deras dalam tubuhnya haha. Tak apa. Janji sihat. Janji sempurna. Tiada cacat cela. Syukur.


Sebetulnya, bercerita tentang Nurhan Zarif tak cukup dengan satu entri. Tak cukup juga dengan sejam dua menaip di depan komputer. Terlalu banyak yang ingin saya katakan. Terlampau banyak yang ingin saya ceritakan. Lagi pun, saya ada seorang lagi hero dan heroin. Tak adil kalau fokus entri saya pada Zarif seorang. Nanti kak dina merajuk setahun hehe

Seorang adik yang setiap malam mendoakan abang dan kakaknya selepas mereka tidur. Dia tidur lewat. "Ya Allah, jadikan kakak/abang di kalangan yang sihat. Ya Allah, jadikanlah kakak/abang di kalangan yang rajin. Ya Allah, jadikanlah kakak/abang di kalangan yang pandai".

Berulang-ulang skrip ini dibacanya di hujung kepala abang dan kakak, sambil tangannya menyentuh ubun-ubun mereka. Tak pernah lupa. Tanpa jemu. Setiap malam juga saya memandang dia (ketika berdoa) dengan penuh rasa TERHARU.


Setiap malam juga (sebelum saya tidur), dia akan ingatkan saya "Mak dah solat ke?" Dah. "Bila mak solat? Adik tak nampak pun." Ya, dialah reminder alarm saya.

Setiap malam juga, jika saya terlena dulu sebelumnya, dialah yang akan 'on'kan bacaan ayat Quran di pc saya. Dia tahu, itu rutin kami setiap malam. Terapi untuk abang, biar abang tenang, biar abang patuh dan taat. Kami (yang turut 'mendengar' semasa tidur juga) tumpang mendapat tempias manfaat 'terapi' ini.

Seorang adik yang sangat teruja dan berbunga-bunga hatinya setiap kali dia berjaya bantu abang memakai seluar (selepas keluar tandas) dengan sempurna. "Mak, tadi adik tolong abang masukkan baju dalam seluar. Pandai kan adik?" memang pandai..

Pesanan saya juga setakat ini dia tak pernah lupa. "Dah besar nanti, adik kena jaga Mak, Ayah.." Lagi? soal saya. "Abang!" pendek jawapannya, tapi penuh makna.

Saya harap semua rutin dan skripnya sekarang tidak akan terhenti setakat ini. Saya harap dia akan terus membesar dengan baik.


"Ya Allah, jadikanlah Nurhan Zarif di kalangan yang Soleh."
Amin.


May 8, 2011

Sepetang di Hari Ibu

Agenda hari Ibu, lunch di Sedap Corner. Kemudian, jalan-jalan makan angin keluar asap di Padang Merdeka. "Dah lama tak jogging..." kak Dina mengeluh. Memang betul. Jom layan gambar !

suamiku yang 'comel'

Kesukaan anak-anak, berlari!

Cari benda tersembunyi; dimanakah Nur Syahdina? :)

'Father & Son' time
"Itu bunga teratai.." kata encik suami.

dan mereka terus berlari! fuhh

Dah puas berlari, memanjat pula.

Dah puas berlari, panjat, berjalan.Sekarang, sesi 'baling batu dalam kolam' beramai-ramai

"Mak, ada orang kahwin.." skrip adik Zarif.

Pulang, Marilah pulang..marilah pulang..bersama-sama...

Jom Balik :)


May 7, 2011

Bila bermasalah pembelajaran

Autisme adalah sejenis masalah pembelajaran. Hari ni, Autisme bukan topik perbincangan saya. Hari ni, saya nak cerita serba sikit tentang disleksia dan ADHD. Kedua-duanya adalah masalah pembelajaran juga.

Masalah pembelajaran tu apa? Silalah rajinkan diri untuk baca di sini kalau nak tahu lebih lanjut. Dipendekkan cerita, masalah pembelajaran ni ialah apabila seseorang individu itu sukar untuk belajar secara 'konvensional'. Seperti ada masalah 'wiring' pada struktur otak yang menyebabkan individu itu tak dapat/sukar memproses maklumat dengan cepat dan berkesan. Ala-ala ada 'traffic jam' dalam kepala.

Disleksia (Dyslexia) = Developmental Reading Disorder = DRD
ADHD = Attention Deficit Hyperactivity Disorder = ADD

Sedikit pengetahuan am untuk anda. Tidak ada ilmu yang sia-sia. Siapa tahu, satu hari nanti, mungkin anda akan bertemu dengan individu-individu yang mempunyai DRD/ADD dimana-mana.

Tak ada penyakit yang tak ada ubatnya. Tak ada masalah yang tak ada penyelesaiannya. Jadi, masalah-masalah pembelajaran ini juga ada cara menanganinya.

Oleh kerana saya pun seperti anda, bukan seorang doktor, bukan seorang pakar. Bolehlah baca tentang tips-tips membantu individu disleksia di sini. Untuk panduan bersama individu ADHD pula, silalah klik di sini.

SELAMAT HARI IBU!


May 3, 2011

Oopps!! Tiru?

Tiru bukan sebarang tiru. Meniru ni satu skill sebenarnya. Kalau tak tahu meniru, anak-anak kita susah nak belajar. Sejak dari bayi, anak-anak kita meniru, meniru dan meniru. Sebab itu, kita sebagai orang dewasa, kena jaga perbuatan. Kena jaga perbualan. Kena jaga tingkah laku. Kena jaga ini itu. Anak-anak hanya tahu meniru (di peringkat permulaan).


Paparan hari ini, Abil meniru tulisan di papan putih. Kemahiran yang penting, khususnya bila anak-anak melangkah ke sekolah. Hingga ke universiti nanti pun, kemahiran ini sangat penting dan perlu.

Meniru nampak senang. Tapi bagi anak-anak yang ada masalah pembelajaran (autisme, disleksia, ADHD, sindrom down dan lain-lain), meniru ada satu kemahiran 'mahal' yang perlu dilatih satu persatu sehingga anak-anak ini pandai. Untuk meniru, perlu ada fokus, konsentrasi, kordinasi mata dan tangan serta kemahiran motor halus (menulis) yang baik.


Sehingga tahun lepas, Abil masih belum pandai meniru daripada papan putih. Saya latih dia meniru tulisan daripada buku di depannya saja. Jarak yang dekat, tidak perlu fokus yang terlalu tinggi. Boleh asah kemahiran menulis dahulu. Orang sekarang kata, pelan-pelan kayuh. Sekarang kena kayuh laju sedikit. Bila saya tengok dia sudah agak mahir meniru tulisan daripada jarak yang dekat. Saya tambahkan jarak, bermula dengan 2-3 langkah daripada papan putih. ok, kita terus layan visual.


Macam-macam gaya.
Oklah. Patuh je arahan. Boleh duduk diam.
*mode bangga


Ini tugasannya. Lebih kurang 10 patah perkataan.
Tak boleh tamak. Sikit-sikit, lama-lama jadi gunung..hehe



Hasilnya: 9/10.
Tertinggal 1 perkataan, sepatutnya "Hari ini hujan".
Abil tulis, "H ini hujan" hehe.



Untuk pengetahuan, visual ini dah hampir sebulan saya simpan. Hari ini, Abil sudah boleh tiru sehingga 20 patah perkataan daripada papan putih. Ada peningkatan. Itu yang penting.

Dulu, duduk diam 5 minit pun mustahil. Sekarang, sudah boleh duduk diam (belajar) sehingga 1 jam. Kadang-kadang, sehingga sejam lebih. Dengan syarat, one-to-one.

Dulu, menulis 5 minit dah resah. Sekarang, boleh menulis sehingga 2-3 mukasurat dalam buku latihan. Tak ada masalah.

Dulu, bila dipanggil ada saja helah. Sekarang, bila dipanggil, dia rileks saja. Ada masa dia mengelak. Tapi sambil ketawa. Ada masa dia cuba lari. Tapi dengan muka 'nakalnya'. Yang penting, kena selalu puji. Kena bagi reward. Kena peluk-peluk dan cium bila sudah capai misi.

Kuncinya, jangan gopoh. Jangan tamak. Ada anak-anak yang 'laju'. Ada yang lambat. Kita kena sabar. Orang kata, belakang parang pun kalau diasah, tajam juga. Yang penting, asah selalu. Kalau tak 'diasah', sampai bila pun tumpul, kan?

May 1, 2011

Jom buat Kraf Gajah!

Dah lama juga tak buat kraf bertiga-tiga hehe..Si kakak nak buat playdoh sendiri. Adik nak kraf tiger. Saya pilih kraf gajah sebab semua alat-alatan dah ada. Cuma print template saja. Inspirasi daripada mama homeschool (psst..tq mahani!)

Senang saja. Asalkan ada toilet roll atau kitchen roll, template gajah dan anggota badannya boleh print dari sini. Seperti biasa, gam, gunting dan pensel warna (sebab saya pilih template hitam putih, sengaja bagi 'kerja' lebih sikit pada anak-anak, lagipun mereka boleh pilih warna gajah yang mereka suka).


Tengok gambar, Jom!!


Dah print template, kita colour dulu!

Kemudian, gunting dan gam.

Tampal bahagian telinga, badan, kepala, kaki dan ekor satu persatu.
Dah siap!

Close up.
Dina-Pink
, Abil-hijau, Zarif-biru

Ok. nak 'gali' kraf tiger pula.