May 20, 2011

Bila Abil berkata-kata

Gambar hiasan :google


Nurhan Nabil memang boleh berkata-kata. Cuma, perkembangan bahasanya belum lagi selancar dan seiring dengan rakan sebaya. Gaya dan intonasi percakapannya pun sedikit 'berbeza'. Kadang-kadang macam gaya pembaca berita TV pun ada hehe. Sehingga tahun lepas, dia semakin konsisten dengan 2-patah perkataan setiap kali bersuara.


"Nak air!"
"Nak nasi!"
"Nak buku!"
"Nak pensel!"
"Laju-laju!"

Hah, semua ada tanda seru (!). Sebab memang begitu gaya Abil menyebut. Suara yang tidak terlalu tinggi, tapi intonasinya seperti 'terkejut'. Menariknya, sejak mula menuturkan perkataan pertamanya (pada umur 4 tahun) dia TIDAK pelat. Cuma, jika dia terlalu gopoh ingin menyebut perkataan yang BANYAK sukukatanya, sebutannya akan jadi tunggang-langgang.

Setiap kali dia berkata-kata, saya WAJIB tersenyum. Senyum kerana saya rasa cukup susah mendengar suara comelnya itu. Ianya satu NIKMAT.

Melatih dan menggalakkan anak Autisme bercakap adalah satu proses yang PANJANG dan memakan masa. Tipsnya mudah saja, SABAR dan TERUS BERUSAHA. Setiap bunyi atau butiran perkataan yang keluar daripada mulut anak anda mesti dihargai, jangan sesekali menyebut "Salah!" atau "Tidak" atau "Bukan.." atau "No" dan yang sewaktu dengannya. Ini akan 'mematikan' semangat anak anda daripada terus 'berbunyi' dan bercakap.

Sebaliknya, jika mereka tidak menyebut dengan betul, anda hanya perlu menyebut perkataan (yang berkenaan) dengan betul dan puji mereka kerana MENCUBA.

Berbalik kisah Abil, daripada 2-patah perkataan, sekarang dia sudah semakin ringan mulut menyebut 3-patah perkataan.

"Abil nak air"
"Abil nak piano"
"Mari sini"
"Tak nak"
"Bye-bye"

Ok. Tiga dialog terakhir tu, hanya ada 2-patah perkataan. Kalau anda nak tahu, dia baru saja boleh menyebut frasa-frasa itu. Kalau dulu, bila nakkan sesuatu, hanya setakat tarik tangan kita. Bila tak mahukan sesuatu, dia hanya menepis atau memalingkan muka. Sekarang, ada kemajuan.

Kalau dulu, lambaiannya "bye-bye" nya tidak disertai dengan pandangan mata (eye contact). Kemudian, melambai pun stail 'huru-hara'. Entah sapa-sapa yang dilambainya..main sebut aje. Kebelakangan ini, stail melambainya sudah lebih teratur dan 'bermakna'.

Perkembangan-perkembangan positif ini (walaupun mungkin sebesar kuman) saya rasakan SANGAT besar. Dalam hati mak ada taman rama-rama, ok?

Apa pun, setakat ini masih belum betul-betul konsisten. Kadang-kadang, respon-respon baik daripada Abil hanya pada saya, tidak pada orang lain. Sekali sekala, ada juga yang ditunjukkan pada selain saya. Tak apalah, ini baru permulaan. Go Abil go!




4 comments:

Cikgu Sue [CS] said...

Tahniah Abil!

Syahida said...

Terima kasih CS! kena usaha lebih lagi ni :)

ICAZIESYIRA said...

not even mama :(

Syahida said...

ica, sabar. Usaha dan doa. InsyAllah