May 3, 2011

Oopps!! Tiru?

Tiru bukan sebarang tiru. Meniru ni satu skill sebenarnya. Kalau tak tahu meniru, anak-anak kita susah nak belajar. Sejak dari bayi, anak-anak kita meniru, meniru dan meniru. Sebab itu, kita sebagai orang dewasa, kena jaga perbuatan. Kena jaga perbualan. Kena jaga tingkah laku. Kena jaga ini itu. Anak-anak hanya tahu meniru (di peringkat permulaan).


Paparan hari ini, Abil meniru tulisan di papan putih. Kemahiran yang penting, khususnya bila anak-anak melangkah ke sekolah. Hingga ke universiti nanti pun, kemahiran ini sangat penting dan perlu.

Meniru nampak senang. Tapi bagi anak-anak yang ada masalah pembelajaran (autisme, disleksia, ADHD, sindrom down dan lain-lain), meniru ada satu kemahiran 'mahal' yang perlu dilatih satu persatu sehingga anak-anak ini pandai. Untuk meniru, perlu ada fokus, konsentrasi, kordinasi mata dan tangan serta kemahiran motor halus (menulis) yang baik.


Sehingga tahun lepas, Abil masih belum pandai meniru daripada papan putih. Saya latih dia meniru tulisan daripada buku di depannya saja. Jarak yang dekat, tidak perlu fokus yang terlalu tinggi. Boleh asah kemahiran menulis dahulu. Orang sekarang kata, pelan-pelan kayuh. Sekarang kena kayuh laju sedikit. Bila saya tengok dia sudah agak mahir meniru tulisan daripada jarak yang dekat. Saya tambahkan jarak, bermula dengan 2-3 langkah daripada papan putih. ok, kita terus layan visual.


Macam-macam gaya.
Oklah. Patuh je arahan. Boleh duduk diam.
*mode bangga


Ini tugasannya. Lebih kurang 10 patah perkataan.
Tak boleh tamak. Sikit-sikit, lama-lama jadi gunung..hehe



Hasilnya: 9/10.
Tertinggal 1 perkataan, sepatutnya "Hari ini hujan".
Abil tulis, "H ini hujan" hehe.



Untuk pengetahuan, visual ini dah hampir sebulan saya simpan. Hari ini, Abil sudah boleh tiru sehingga 20 patah perkataan daripada papan putih. Ada peningkatan. Itu yang penting.

Dulu, duduk diam 5 minit pun mustahil. Sekarang, sudah boleh duduk diam (belajar) sehingga 1 jam. Kadang-kadang, sehingga sejam lebih. Dengan syarat, one-to-one.

Dulu, menulis 5 minit dah resah. Sekarang, boleh menulis sehingga 2-3 mukasurat dalam buku latihan. Tak ada masalah.

Dulu, bila dipanggil ada saja helah. Sekarang, bila dipanggil, dia rileks saja. Ada masa dia mengelak. Tapi sambil ketawa. Ada masa dia cuba lari. Tapi dengan muka 'nakalnya'. Yang penting, kena selalu puji. Kena bagi reward. Kena peluk-peluk dan cium bila sudah capai misi.

Kuncinya, jangan gopoh. Jangan tamak. Ada anak-anak yang 'laju'. Ada yang lambat. Kita kena sabar. Orang kata, belakang parang pun kalau diasah, tajam juga. Yang penting, asah selalu. Kalau tak 'diasah', sampai bila pun tumpul, kan?

8 comments:

Azma said...

Sokonggg!!

*saya - sentiasa meniru syida dlm mengajar si kecik tuh!!

Macihhhh...

Syahida said...

Azma, saya tengok awak pun, saya jadi bersemangat. kita BOLEH! :)

Anonymous said...

Alhamdulillaah,syabas Abil!

Syahida said...

Terima kasih. Alhamdulillah. banyak lagi nak kejar insyAllah :)

ibuhebat said...

Alhamdulillah... mesti Abil jadi seorang yg hebat sebab dapat mak yang hebat juga :)

Syahida said...

hohoho...masih belum cukup hebat ni. insyAllah..usaha harus lah hebat (walaupun maknya tak berapa nak hebat). doa2kan Abil ye! :)

Edi said...

baca entry u yg ni buat i semangat balik nak terapi faaeq! thks my friend.

Syahida said...

no problem edi, u r most welcome ;)