Jun 29, 2011

Jom Marathon!

jumpa di google

Saya suka tengok movie. Layan perasaan. Release stress. Tak ada genre tertentu. Saya 'layan' apa saja. Paling saya suka romantic comedy. Tapi filem fantasi pun boleh tahan juga. Tak sabar nak tunggu filem Harry Porter. Encik suami dah mula sebut-sebut filem Transformers-Dark of the Moon.

Semalam, saya berpeluang menonton filem korea, Marathon. Best. Bersungguh-sungguh saya menahan air mata sepanjang menonton. Itu pun saya hanya sempat menonton separuh cerita. Tamat saja kelas tuisyen, terus saya buka TV (selepas membaca sms sepupu saya).

jumpa di google juga


Rasa empati membuak-buak bila menonton filem ini. Masakan tidak, sangat banyak persamaan antara Cho-Won dengan Abil. Cho-Won sukakan zebra. Abil pula obses dengan gorilla dan shrek.

Gaya percakapan dan juga tona suara Cho-Won juga seperti Abil. Sangat monotonous. Sukar menjawab pertanyaan, sebaliknya akan mengulang-ulang skrip yang didengar. Cho-Won juga sangat PATUH. Anak saya 3 orang, memang Abil lah yang paling patuh. Anda hanya perlu ajar atau latih dia sehingga dia faham dan tahu. Selebihnya, anda TAK perlu bimbang samada dia akan melakukannya atau tidak apabila disuruh. Dia akan buat tanpa sebarang soal. Ya, inilah antara 'kekuatan' mereka.

Saya rasa sangat sentimental bila menonton filem ini. Emosi agak ekstra berbanding ketika menonton Rain Man, My Name is Khan, mahupun Temple Grandin. "Penangan cerita korea!" kata seorang kawan. Saya harus bersetuju.

Fokus utama filem ini, Cho-Won yang SUKA berlari. Dia masuk pertandingan marathon. Menang. Cipta rekod. Untuk pengetahuan anda, ini adalah kisah benar. Abil juga sangat suka berlari. Kalau dia diberi peluang dan latihan, saya rasa Abil juga boleh jadi seorang champion. Berlari sepantas kilat. Tanpa henti. Penuh energi.

Saya beritahu kawan-kawan di Facebook. Hanya anda yang mengetahui dan memahami sahaja dapat menghargai seorang insan autisme. Kalau anda mengenali insan autisme tapi masih tidak dapat melihat 'keindahan' mereka, itu bermakna anda masih belum cukup tahu dan mahu. Belum cukup tahu bermaksud masih kurang ilmu mengenai autisme. Belum cukup mahu bermaksud masih belum redha dan 'menerima' mereka sepenuhnya.

Saya tak mahu cerita panjang lebar lagi. Anda harus tonton sendiri untuk memahami mesej yang saya cuba sampaikan.

Ok. berhenti di sini. Jumpa lagi!

Jun 26, 2011

Terapi Malam minggu

Santai-santai ber'terapi' di kedai buku. Jom!

Sebaik masuk kedai, mata 3 'askar' kenit ni terus melekat di bahagian ini.
a.n.g.r.y b.i.r.d.s

"Ma, adik nak 3 macam ni boleh tak?" skrip Zarif.
Saya buat-buat tak dengar, lari!

Sesuka hati je main hoola hoop dalam kedai.Macam kedai sendiri. haih..

Layan diri sorang-sorang :)

sticker.
Adik suka spider sticker. Kak Dina suka yang bling-bling.

Bahagian buku kanak-kanak

Anak daraku yang dah mula berminat pada novel-novel remaja :)

Khusyuk. Nak tahu buku apa dia baca?
jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
Ini dia! Biasalah, Abil kan SUKA coklat.hehe

h.a.b.i.s

Bagi yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Terapi CaraKerja atau Occupational Therapy, sila klik sini.

Jun 25, 2011

Bila Abil menulis (episod 3)

Harap maaf, kualiti gambar ntah apa-apa tak seberapa. Sememangnya saya memerlukan sebiji kamera baru tapi tunggu bajet sedikit selesa. Buat masa ni, bajet ketat sokmo..hehe

Walaupun serba kabur dan kelam, saya nak juga paparkan untuk anda. Anak saya, Abil dah boleh menulis di atas garisan. Saiz tulisan pun dah ok, tak besar sangat. Tak juga kecil. Tapi, ini tulisannya dalam di bawah pengawasan cikgu. Kalau dibiarkan menulis sendiri, mungkin tak secantik ini.

Tulisan sebegini mungkin ala-ala tulisan murid tadika, sekitar umur 5-6 tahun. Abil dah pun 8 tahun. Saya pernah sebut sebelum ini, cikgu kata dia bijak. 'Bijak' untuk Abil ialah bijak seorang anak 6 tahun. Ya, sedikit lambat berbanding usia sebenar. Tapi masih pandai juga kan? Jangan tak pandai-pandai...hehe.

Saya tahu peluang untuk Abil menjadi sepandai rakan sebaya bukanlah perkara mustahil. Kalau saya gigih ajar di rumah, seiring dengan cikgu-cikgu yang berusaha di sekolah, dah tentu Abil akan lebih cepat pandai.

Buat masa ini, saya belum cukup gigih. Usaha bermusim. Kadang-kadang buat setiap hari, kadang-kadang tak buat berhari-hari.Itulah masalahnya, tak konsisten.Hmm..  


Saya tahu Abil boleh buat dengan LEBIH baik lagi. Syaratnya, saya kena lebih rajin. sigh

Nak tengok tulisannya sebelum ini, boleh klik sini.

Mahu tips mengajar anak menulis, boleh baca di sini.

Hari ini hari Sabtu

gambar google

Sabtu. Tiada yang luar biasa tentang hari Sabtu, melainkan yang biasa-biasa saja. Pagi tadi, saya hantar kak Dina untuk aktiviti ko-kurikulumnya di sekolah. Kemudian, saya terus ke sekolah Abil untuk sesi perjumpaan Ibubapa dan Guru.

Masih ingat lagi dengan entri ini? Ya, entri emosi yang saya coretkan sewaktu Abil mula-mula berpindah ke sekolah baru. Masih di dalam kelas pendidikan khas tetapi di sekolah yang berlainan.

Untuk pengetahuan anda, cerita mengenai kelas pendidikan khas di Malaysia tidak pernah habis. Macam-macam pendapat. Macam-macam versi.

Kelas pendidikan khas yang baik (di mata saya) mencakupi beberapa keperluan. Antaranya termasuklah cikgu-cikgu yang berdedikasi,rajin dan faham karenah murid-murid khas, sistem pembelajaran yang tersusun, kemudahan pembelajaran yang lengkap, staf Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang sentiasa bekerjasama baik dengan cikgu dan ibubapa dan bilangan murid khas yang tidak terlalu ramai.

Tahun ini, keadaan Abil di kelas pendidikan khas lebih baik daripada dulu (walaupun masih belum yang terbaik).

Saya melihat hasil-hasil kerjanya di sekolah. Pandai, boleh ikut arahan dengan baik. Antara komen yang diberikan oleh cikgunya. Masalah utamanya, mood dan emosi. Masih belum dapat dikawal dengan baik.
Sekarang Abil di dalam kumpulan 1. Level 1 lah kiranya. Kalau semua berjalan baik dan Abil terus maju, dia akan 'dinaikkan' ke kumpulan 2, 3,4 dan seterusnya.

Ramai yang berpendapat, kalau anak autisme(spektrum ringan ke sederhana) diserapkan ke kelas Pendidikan Khas, mereka sukar untuk progress. Mungkin ya, mungkin tidak. Entahlah.

Saya tahu, ramai anak autisme yang memasuki kelas perdana (mainstream) dan menunjukkan kemajuan yang seiring (sesetengahnya, lebih baik) daripada murid-murid normal. Saya tumpang bangga dan gembira. Kalau boleh, saya juga mahu Abil menjadi seperti mereka. Bagaimanapun, memasukkan anak autisme ke mainstream memerlukan komitmen luar biasa, kerjasama padu daripada SEMUA pihak (khususnya ibubapa/guru) dan juga kemudahan teacher aide (guru pendamping, jika ada).

Setakat ini, rezeki Abil di kelas pendidikan khas. Perkembangannya baik. Namun, saya tahu masih BANYAK yang boleh diperbaiki dan dimajukan lagi. Kalaupun tidak ada rezeki ke kelas mainstream, dunia masih belum berakhir. Saya akan pastikan anak saya mendapat haknya untuk belajar dengan baik dan berkesan, tak kiralah samada di mainstream atau
pendidikan khas.

Bagi saya, tidak ada jawapan muktamad tentang pilihan yang TERBAIK untuk anak-anak istimewa (khususnya Autisme). Setiap anak harus dinilai secara berbeza, tidak boleh dipukul rata sama macam anak-anak lain, walaupun sesama anak autisme. Kekuatan, kekurangan, persekitaran, peluang dan kemudahan yang ada di sekeliling anak autisme juga TIDAK serupa. Apa yang lebih penting, peranan ibubapa dan guru. Walau dimana saja pun anak ini diletakkan, ibubapa dan guru yang komited dan prihatin adalah FAKTOR utama yang akan melonjakkan anak-anak ini terus maju dan maju.

Saya sudah memilih aliran pendidikan khas untuk Abil. Sampai bila? Saya sendiri tak tahu. Bergantung pada rezekinya. Buat masa ini, saya hanya mahu buat yang TERBAIK untuknya menggunakan kemudahan-kemudahan yang sedia ada. Kalau ada 'rezeki' yang lebih baik, pasti saya akan pilih yang itu. Hidup tidak boleh statik. Dari semasa ke semasa, perubahan itu perlu.

Kalau saya sibuk memikirkan tentang pendapat-pendapat negatif mengenai kelas Pendidikan Khas dan lain-lain yang berkaitan, saya akan jadi 'kusut' terus-terusan.

Sebagai ibubapa, anda harus jadi 'juri' dan buat pilihan sendiri.

Sekarang, saya mahu enjoy hari Sabtu saya yang 'luar biasa'.

Selamat berhujung minggu.


Jun 24, 2011

IKEA lagi dan lagi

Tak sah ke KL kalau tidak ke IKEA.

Dah hampir 3 minggu saya peram entri ini. Cerita yang dah hampir basi.
Kami ke IKEA buat kali ke berapa ntah. Meronda-ronda di IKEA adalah terapi minda untuk saya. Untuk anak-anak, pergi ke IKEA adalah terapi makan aiskrim dan terapi lari sana sini dengan suka hati.

Di IKEA, anda bebas memperlakukan apa saja pada perabot-perabot yang ada di ruang pameran. Nak duduk, berdiri, baring, pegang, ketuk, boleh saja! asalkan bukan dengan niat vandalisme.

jumpa di google

Di dalam IKEA, saya lepaskan tangan anak-anak dan biarkan mereka bebas melayan diri. Abil sangat tertarik pada gambar-gambar pemandangan. Jom tengok aksinya.

Siap lentok-lentok pada gambar :)

Rambang mata. Kiri kanan, depan belakang ada gambar.

Tekun.

Berpimpin tangan dengan guardian angel sepanjang hayat, Kak Dina.

Bagus anak-anak mak.
Sebelum balik, terapi makan aiskrim.
Terbaik!


Jun 17, 2011

We love playground


Kids love play. Kids love playground too. Playground helps to get rid of those EXTRA energy in their bodies. Playgrounds are also good for sensory. They feel, they touch, they look, they hear, they shout. It is ALL in one. In conclusion, playground spells F.U.N.


Dear parents, bring your child out for play. Have a great weekend!! :D

L.O.V.E


A truly rich man is one whose children run into his arms
when his hands are empty.

~Author unknown

Jun 12, 2011

Yang Autisme dan Bukan, 2 x 5 !


Apa yang 2 x 5 ni?? Hah, ni kisahnya. Anak Autisme saya, Nurhan Nabil memang hiper. Graf hipernya 'memuncak' sekitar umurnya 2-4 tahun. Semakin dia membesar (sehingga sekarang dah pun 8 tahun), hiperaktifnya semakin berkurang dan terkawal. Masih ada saki baki tapi dah boleh duduk diam lebih dari 10 saat. Tak macam dulu. Sesaat pun saya tak boleh duduk sebab mengejarnya.

Sebenarnya, anak-anak BUKAN autisme pun 'hiper' juga. Saya lihat sendiri pada anak-anak saya. Selalu saya perhatikan. Kelmarin sempat saya snap gambar kak Dina dan Zarif 'ligat' semasa kami berbelanja barang dapur. Notis: Kecuali 1-2 gambar, selebihnya adalah gambar candid.

Saya risau sebenarnya bila mereka berdua ni lari sana sini dalam pasaraya ni. Maklum sajalah, zaman sekarang ni, dalam hipermarket pun boleh hilang. Leka sesaat, menyesal tak sudah nanti. Penat juga saya panggil. Letih juga mengejar. Tapi, mereka tak makan saman. Sesuka hati berkeliaran. Bila dah ke depan, langsung tak toleh belakang. Adoiiii.........

Kesimpulannya, kebanyakan anak-anak memang semulajadi AKTIF ye, tuan-tuan dan puan-puan. Yang terlebih aktif tu, kenalah ibubapa cari jalan untuk mengawalnya. Yang berminat, boleh BACA di sini. Kadang-kadang, saya pun hairan bin ajaib bila tengok atuk-atuk jalan-jalan dengan cucu. Saya rasa lebih KAGUM lagi bila tengok atuk-atuk 'bela' cucu hari-hari. Saya yang 30an ni pun tercungap, inikan pulak atuk-atuk ni kan? 


Salam Ahad 

Abil pun BOLEH!




Saya seronok melihat gambar-gambar ini. SEJUK hati. Selama ini, hanya melihat gambar-gambar anak-anak lain bersolat atau duduk di tikar sejadah. Risau. Bimbang. Takut. Ya, itulah yang saya rasa. Kenapa? Sebab saya selalu rasa 'mustahil' untuk mengajar Abil bersolat. Selalu rasa susah melatihnya bersolat. Tapi melatihnya solat adalah satu TANGGUNGJAWAB. Susah, senang, cepat, lambat, mesti diajar juga.

Tahun ini Abil 8 tahun. Saya tahu ramai ibubapa muslim di luar sana melatih anak mereka lebih AWAL. Sesetengahnya, seawal 4-5 tahun. Lebih awal, lebih baik. Bagi Abil, walaupun umurnya 8 tahun, perkembangannya setara dengan anak-anak berumur 5-6 tahun. Saya rasakan tahun ini adalah tahun yang sesuai memulakan latihan kerana saya lihat kemahiran menirunya (imitation skill) semakin bertambah baik. Selain saya sendiri sudah rasa agak 'terdesak' kerana tak lama lagi Abil akan jadi 'anak bujang'. Orang kata, melentur buluh biar dari rebungnya.

Pergerakannya ketika solat masih belum sempurna. Tapi dia sudah mula melakukan dengan 'rela hati'. Sudah boleh menjadi 'makmum' tanpa kami memberinya arahan di sebelah. Bermula dengan 1 rakaat, 2 rakaat dan akhirnya 4 rakaat, Abil sudah ok.

Tapi adatlah, ala-ala anak 4-5 tahun bersolat. Orang lain membaca surah, dia menyanyi. Lagu-lagu dalam cerita Shrek, lagu-lagu yang dipelajarinya di sekolah, semua kedengaran ketika dia bersolat. Bila berdiri juga, kadang-kadang tegak, kadang-kadang macam ulat bulu (tapi masih di dalam saf). Kepalanya kadang-kadang toleh kiri, toleh kanan, tapi masih mengikut setiap pergerakan imam. Bukan senang untuk sampai ke tahap ini.

Fasa 'main-main dan keluar daripada saf' ketika jemaah lain masih bersolat biasa berlaku(sebelum ini). Hukumannya (ya, kami akan denda dia), dia KENA bersolat semula dari A-Z dengan kami (saya dan ayahnya) duduk jadi 'pengawas' di tepi. Sambil marah, sambil menangis dia 'dihukum'. Tapi denda TETAP denda. Sekarang, kami sudah mula ajar dia berwuduk. Tapi, kami bantu Abil sepenuhnya. Masih belum boleh meniru pergerakan wudhu dengan baik. Pelan-pelan kayuh, betul tak?

Banyak lagi yang perlu diajar. Bacaan-bacaan wajib dalam solat juga mesti diperkenalkan. Kemudian, kalau sekarang dia hanya solat 1 atau 2 waktu dalam sehari. Akhirnya nanti, mesti 5 waktu sehari. Target kami, Abil boleh dibawa bersolat Jumaat di masjid dalam masa setahun dua akan datang. Tips untuk ibubapa anak istimewa, anak anda BOLEH buat apa saja! (sama seperti kanak-kanak normal yang lain). Kuncinya, Latih, latih dan LATIH. Kemudian, beri mereka ruang. Beri mereka MASA. Abil dan saya bukanlah contoh terbaik. Ramai lagi anak-anak Autisme dan ibubapa HEBAT di luar sana, sumber inspirasi saya :)



Sekian, jumpa lagi!

Jun 8, 2011

Jom berenang!

Benefits of Swimming

Pergi ke kolam renang adalah rutin 'wajib' bagi anak-anak saya. Samada untuk kelas renang atau saja-saja suka-suka nak berendam dalam kolam, rutinnya adalah sekali setiap minggu.

Seminggu di luar JB, kami tetap mencari kolam renang berdekatan. Paling dekat, Pusat Akuatik Shah Alam. Bayaran masuknya sangat murah (berbanding di JB). Saya cukup suka hati. Dua kali saya bawa anak-anak ke sana. Pertama kali kami pergi di sebelah pagi. Kali kedua, kami pergi di sebelah petang. Waktu petang lebih sesak berbanding pagi. Disebabkan encik suami saya tak ada, saya minta tolong adik saya jadi lifeguard cum bodyguard 'sementara'.


h.a.b.i.s