Jul 31, 2011

Bila Abil berkata-kata (Episod 2)

Jumpa di google

Dia belum cukup petah berkata-kata. Dia juga belum cukup ramah berbual mesra. Dalam banyak perkara, bercakap dan berkomunikasi antara yang masih belum dia kuasai. Bermula dengan perkataan pertama pada umur 4 tahun, bertambah sepatah lagi pada umur 7 tahun dan kini, tiga patah perkataan pada umur 8 tahun, subjek komunikasinya masih perlu di-polish lagi dan lagi.

Bila Abil berkata-kata. Tak cukup perkataan, tapi penuh RASA. Setiap kali dia cuba bersuara, saya cukup hargai 'suara emas'nya. Biar dia terus mencuba, biar dia terus berkata-kata. Suara comel dan sebutan yang tidak pernah pelat itu, tak pernah gagal menarik perhatian saya. Ada orang kata, mungkin dia 'lambat' kerana saya tak cukup melayan. Mungkin dia 'lambat' sebab saya tak cukup memberi stimulasi.

Tuan-tuan dan puan-puan, bila bersamanya, saya selalu bercakap seorang diri. Bukan tak siuman. Gila pun bukan. Tapi kerana dia lebih banyak diam. Bila saya menyoal, saya jugalah yang memberi jawapan. Bila ada mood, dia mengikut. Bila tak ada mood, dia tak mahu sebut. Tapi saya tetap bersuara. Tidak putus asa. Dengan ayat-ayat dan skrip yang pendek dan mudah, saya memberikan input. Mungkin dia tak memandang, tapi saya yakin dia mendengar. Mungkin dia tak layan, tapi saya yakin otaknya terus menerus menyerap dan menyerap perkataan-perkataan yang saya sebut dan ucapkan.

Belum cukup intensif? Mungkin. Tapi tidak ada sehari pun yang saya biarkan Abil membisu tanpa sebarang bunyi dan ucapan. Biar sedikit, lama-lama jadi bukit, tak gitu?


Kebelakangan ini, dia suka menyebut "Tak Nak!". Dulu, dia hanya tepis tangannya tanda tidak mahu. Dulu, dia cuma menolak (dengan tangan atau badan) tanda tak suka dipelawa. Sekarang, segala-galanya "Tak Nak!"

Saya: Abil, sekejap lagi kita belajar ya?
Abil: Tak Nak! (dengan sepenuh perasaan)

Saya: Abil, dah ngantuk ni, sebelum tidur pergi tandas dulu, kencing?
Abil: Tak Nak! (sambil tersengih-sengih)

Saya: Abil, tolong tutup pintu.
Abil: Tak Nak! (sambil lari meninggalkan saya)

Saya: Abil, jom turun pergi Happyland. (dalam kereta, di depan pusat intervensinya)Abil: Tak Nak! (sambil tersenyum-senyum, cuba lari daripada pintu kereta)

Hah! berapa punya "Tak Nak!" tu. Setiap kali kena reject, saya tersenyum pahit. Saya suka bila dia mengekspresi dirinya. Tapi kalau sudah hampir setiap kali berkata Tak Nak, dah ala-ala iklan anti-merokok pun ada.hahahaha

Menariknya, walaupun mulutnya berkata "Tak Nak!", dia masih patuh. Dengan syarat, anda tidak terus menyerah selepas menerima jawapannya. Biasanya selepas 3 kali mengulang arahan atau soalan, dia akan buat apa yang disuruh tanpa tantrum, tanpa banyak karenah. Di situlah istimewanya Abil. Saya tak perlu naik suara. Saya tak perlu pujuk-pujuk over. Sangat taat. Dengan syarat, dilatih.

Sekarang ini, tak lengkap hari-hari saya tanpa dialog "Tak Nak!" daripada Abil.

Semoga Tuhan 'memberi'nya lebih lagi. Amin.




Jul 24, 2011

Perjalanan seminggu

Cinematherapy bersama Harry Porter sudah. Sibling therapy pun sudah. Untung saya bersuamikan encik Nas yang super understanding. Dia tahu, kalau saya perlu de-stress, harus SEGERA! Kalau tidak,lambat laun dia akan jadi mangsanya huhu.

Seminggu yang lepas berjalan lancar Alhamdulillah. Kecuali Zarif yang agak kerap demam, batuk dan selsema 2-3 minggu kebelakangan ini, yang lain semuanya ok. Ramadhan dah hampir tiba. Saya harap Zarif akan terus pulih kerana anak 5 tahun ini juga bakal berpuasa, sekalipun cuma separuh hari. Kawan-kawan, la ni dah ramai anak yang mula berpuasa penuh seawal 4 tahun. Saya kagum.



Semalam, sempat saya pergi menyibuk-nyibuk di seminar ini A Journey to Understanding Your Child's Handwriting, anjuran Inde Brain, kelolaan Syikin (Occupational therapist Abil).


Seronok. Jumpa kawan baru. Belajar ilmu baru. Saya suka. Rasanya kali terakhir saya hadir program sebegini ialah hujung tahun lepas sehingga awal tahun ini. Saya hampir-hampir tak dapat pergi. Sekali lagi encik Nas jadi 'hero'. Walaupun dia bekerja shif malam dan biasanya tidur di sebelah pagi. Semalam, dia korbankan tidurnya untuk jadi babysitter saya. Saya pula terpaksa korbankan hasrat untuk hadir program sepanjang hari sebaliknya cuma datang di sebelah pagi saja. Kebetulan, zarif tak berapa sihat. Tak apalah, yang penting dapat juga belajar sedikit. Taklah rugi 100%.

Terlalu banyak yang saya nak cerita pasal seminar semalam. Dipendekkan cerita, tajuknya mungkin kelihatan remeh. Tentang Handwriting. Tulisan. Tapi pengisiannya jauh lebih BESAR dan PADAT daripada yang kita sangkakan.

Kepada anda dan anak-anak yang pandai dan boleh menulis. Samada tulisan cantik mahupun buruk. Ketahuilah bahawa sesungguhnya kebolehan menulis itu satu NIKMAT. Ia bukan satu kemahiran remeh. Sebaliknya, di sebalik kemahiran dan kebolehan itu, ada 1001 punca, kesan dan alasan tersembunyi.

Tidak mahir dan tidak pandai menulis mungkin satu petanda kepada kekurangan-kekurangan lain di dalam sistem otot, sensori dan juga otak. Yang kita nampak pada mata kasar hanyalah sekadar jari-jari dan pen atau pensel yang dipegang. Sekali lagi saya kagum. Rasa sangat teruja.

Sambil mendengar ceramah dari speaker, sempat saya berangan-angan. Biasala saya hehehe. Kalaulah saya yang menjadi speaker-nya...hahaha. Ya, manalah tahu kan? Yang pasti, saya semakin 'sayang' dengan OT. Kalau boleh mahu ada degree in OT. Kalau boleh mahu ada masters in psychology. Kalau boleh mahu ada phD in special education. Hah! Jauh sangat dah saya ni. Confirm mat jenin. hehehe


Di bilik seminar yang sederhana ini juga saya bergenang air mata bila mendengar kata-kata dari puan speaker. Sentimental la pulak haha.


"A round of applause for all the parents of special children who are here today. It takes a special parent to raise a special child. Only Allah knows the pressure, the pain and the challenges that you go through each and every single day."


Clap clap clap. Ahli seminar yang seramai lebih kurang 20 orang bertepuk tangan. Bunyi tepukan yang tidak gemuruh tapi sudah cukup buat saya sebak dan terharu. Selama ini saya cuba berlagak macho. Selalu saya ingatkan diri. Ada anak istimewa sama saja. Kalau saya diduga, yang ada anak bukan autisme pun diduga juga. Kalau saya susah, yang tiada anak autisme pun susah juga.Kalau saya risau dan tension, yang anak-anaknya normal pun rasa begitu juga. Cuma, mungkin pada tahap yang berbeza. Lebih di situ, kurang di sini. Kurang di sana, lebih di sinun. Saya cuba untuk tidak terlalu membanding-bandingkan keadaan sendiri dengan orang lain. Cuba untuk positif. Cuba untuk kelihatan kuat dan tahan diuji.


Susah juga menahan air mata yang bergenang daripada jatuh berlinang. Kalau puan speaker itu datang memeluk saya, confirm saya terus menangis di bahunya. hehe

Lepas ini, ada Special Education conference pula bakal berlangsung di UM pada bulan September. Saya belum terima info lanjut dari Syikin. Dia tahu saya berminat nak pergi. Tapi itulah, majlis-majlis ilmu sebegini memerlukan modal. Nampaknya saya kena korek tabung lagi. Jadual persekolahan anak-anak juga mungkin akan terganggu. Mudah-mudahan ada rezeki dan peluang untuk saya.

Sedikit bahan bacaan untuk yang berminat, Autism & Handwriting , Handwriting Tips for Kids.


Untuk anda, selamat berhari minggu!!

Jul 15, 2011

Perlu de-stress!

Saya sangat-sangat perlukan sesi terapi saya. Bukan terapi membeli-belah sebab nanti poket terbelah. Bukan juga terapi jalan-jalan bercuti sebab tugasan harian dan persekolahan anak-anak berjalan setiap hari. Saya hanya perlukan terapi yang ini (sila jenguk ke bawah). Ya, Harry Porter. Yang terakhir. Tidak ada lagi selepas ini. Saya 'kenal' Harry Porter hanya dalam movie. Bukan genre kesukaan saya. Tapi kerana encik suami, saya terjebak haha.


Semalam, kami sudah mula merancang untuk pergi menonton. Malangnya, waktu tayangan semuanya 'tak kena' dengan jadual harian kami. Kalau biasanya kami menonton tayangan tengah malam, tidak untuk kali ini sebab suami bekerja shif malam tanpa henti. 7 hari seminggu. huhuhu

Kami cuba memilih tayangan waktu pagi. Paling awal jam 10.30 pagi. Movie Harry Porter tidak ada yang kurang dari 2 jam setengah. Kalau bermula jam 10.30, jam 12.30 tengahari belum habis lagi. Sekali lagi kami gagal buat booking sebab Abil harus diambil di sekolah tepat jam 12.30 tengahari.

Waktu petang pun sama. Tak ada masa tayangan yang sesuai. Kami perlu berkejar-kejar ke pusat intervensi dan juga terapi Abil. Aduhh, adakah saya akan terlepas menontonnya di panggung. Tidaaakkk! dah lama saya tunggu. Menonton di DVD? Untuk saya, menonton Harry Porter melalui DVD bermakna akhirnya, Harry Porter yang 'menonton' saya nanti. Ya, tidurlah jawabnya. Nak menunggu DVD keluar satu perkara lagi. Saya tak bisa tunggu lagi haihh..

Selain cinematherapy, sibling therapy pun ok juga. Cuma, pulang ke rumah mak dan berjumpa adik beradik saya tak dapat saya lakukan dalam masa terdekat ni.Fikiran sudah agak kusut. Bak kata suami, "Cikgu syida dah semakin garang nampaknya kebelakangan ni..". Ya, saya mengaku. Seminggu dua ni, kerap juga saya tinggi suara dalam kelas tuisyen saya. Emosi yang semakin di luar kawalan. Tanda-tanda perlu de-stres cepat!!

Isu-isu berkaitan Abil juga tak pernah habis. Selesai 1 perkara, timbul lagi 1 perkara. Memang anak istimewa ini Tuhan jadikan supaya ibubapa sentiasa berusaha menjadi yang terbaik. Usaha dan perhatian terhadap anak perlu konsisten dan sistematik. Saya hanya seorang ibu biasa. Selalu dilanda angin m.a.l.a.s. Ditambah faktor-faktor lain menambah perisa haihhh...

Tuan-tuan dan puan-puan, bagaimana ye?

Anda ada cadangan lain untuk saya? :)

Yang rajin membaca dan cintakan ilmu, boleh baca link di bawah. Sekian, terima kasih.


Kasut oh! kasut




Ni kenapa berdukung ni? Hah, nak tahu cerita?

Sandal Abil terputus. Di Jusco. Sementara tunggu kak Dina habis kelas piano minggu lepas. Sandalnya itu memang sudah 'uzur'. Tapi saya sangkakan hayatnya masih ada sekurang-kurangnya sehingga raya. Rupa-rupanya dah tak dapat diselamatkan lagi. Almaklum sajalah, sandal second hand. Warisan daripada kak Dina hehe.


Hampir bengkok juga pinggang encik suami mendukung Abil. Lebih kurang 100m juga berjalan mencari sandal baru untuk Abil. Dari satu pintu kedai ke satu pintu kedai. Fuhhh nampak saja kurus. Kalau montel, tak terangkatlah jawabnya..

Mungkin juga sudah rezeki anak-anak minggu lepas. Beli sandal baru Abil, beli untuk kak Dina dan Zarif juga. Alhamdulillah. Sandal raya dah ready, baju raya habuk pun tak ada lagi haha.


Tak apa. Jangan terburu-buru. Ramadhan harus kita 'jumpa' dulu.

Bercakap tentang Ramadhan, tahun ini saya berharap Abil dapat belajar berpuasa sepenuh hari. Tahun lepas, cukup 30. Tapi hanya separuh hari. Dia belajar bangkit sahur. Belajar berlapar. Belajar dahaga.


Tahun ini, Abil sudah 8 tahun. Autisme atau tidak, bukan alasan untuk tidak belajar berpuasa. Cuma, saya rasakan melatihnya berpuasa lebih mencabar daripada melatihnya bersolat. Belajar solat hanya memerlukan Abil untuk memberi tumpuan (walaupun sekejap) dan meniru gerak laku (tak perlu bacaan untuk permulaan).


Berpuasa? Aduh, sukar untuk saya menjelaskan kenapa dia perlu berlapar dan dahaga sepanjang hari. Susah juga untuk mengajarnya mengawal emosi dan bersabar sehingga waktu berbuka tiba. Prosesnya harus dibuat secara perlahan-lahan. Mula-mula separuh hari. Kemudian, tiga perempat hari. Kemudian, sehari penuh. InsyAllah.


Mungkin saya boleh tunjukkan video dan gambar-gambar berkaitan Ramadhan dan Syawal. Main bunga api, membuat biskut raya, baju dan songkok raya. Tapi ini semua berkaitan Syawal. Ramadhan? hmmm...gambar-gambar orang bersahur dan berbuka mungkin. Ya tuhan, permudahkanlah. Amin

Lebih baik lagi, bagi setiap tambahan jam Abil berpuasa setiap hari, reward akan diberi. Saya harus cuba. Doakan saya dan Abil berjaya ye kawan-kawan!


Muka-muka teruja, mencuba sandal baru.


Jul 11, 2011

Kalaulah setiap hari ialah hari Ahad

Itulah wish kak Dina semalam. Memang seronok. Tapi kalau setiap hari adalah hari Ahad, maka nikmatnya akan hilang. Tak best. Hari Ahad adalah hari riadah kami. Tak lengkap seminggu tanpa hari untuk mengeluarkan peluh walau sehari.

Untuk mengelakkan Ahad kami menjadi hambar, hampir setiap minggu kami akan tukar-tukar aktiviti.Kami pernah ke sini. Sebelum ini kami pergi di sebelah petang. Semalam, kami berpagi-pagi ke sana. Tak adalah pagi sangat pun. Hampir jam 9 baru kami sampai. hehe

Lokasi biasa. Aktiviti berbeza. Kali ini, anak-anak berbasikal. Yang tua dewasa santai-santai bersarapan atas tikar. Seperti biasa, saya bertugas menyuap anak-anak makan sambil mereka berbasikal. Seronok. Puas hati tengok anak-anak main sampai berpeluh. Geng tua dewasa pun berpeluh juga. Segala toksin dan 'racun' dalam badan harus dikeluarkan!! hehe over pulak.



Jangan buang masa lagi. Jom tengok gambar!


Atas batu pun boleh main :)


Anak-anak main atas batu.
Ayahnya jalan-jalan atas batu dengan kelajuan 2cm/min. haha
Siput pun boleh menang kalau lumba jalan
dengan encik suami saya ni.
Sangat 'alergi' dengan batu-batu refleksologi. hehe


Jauh mak ditinggalkan. huhu

Kayuh!

..dan kayuh..


dan kayuh lagi...


sampai penat. Tak larat nak kayuh. haha


Muka budak comel yang dah berpeluh sakan. haih..
Mana Abil??


Tu dia! Yeehaaa~


Ya, masih empat roda. 2 roda kecil di belakang bakal dicabut tak lama lagi. hehe


Turun bukit. weeeeee~
Mak berlari di sebelah, takut Abil tak pandai brek. haha

Cycling & Autism

Jul 10, 2011

Hari ini hari Sabtu (episod 2)

Ada apa dengan hari Sabtu? Kami ber'hari keluarga' bersama geng Smart Reader. Tahun lepas, program Sehari bersama Nurhan Zarif di sini. Tahun ini, lokasinya bertukar. Agendanya tetap sama, ada acara Scavenger Hunt (aka Treasure Hunt).

Tahun lepas, kami pergi tanpa Abil. Dia sibuk berterapi setiap pagi Sabtu. Terpaksa kami tinggalkan dia. Tahun ini, rezeki Abil untuk join sekali. Saya pula, lebih dari senang hati nak bawa Abil bersama. Sesuatu yang tidak saya rasakan mudah 2-3 tahun dulu. Kenapa? Dulu, Abil sangat hiper. Boleh pengsan saya dan suami setiap kali kami bawa Abil ke mana-mana acara di luar. Selain hiper, moodnya tak menentu. Dia sangat mudah rimas bila berada di tempat awam, terutama jika ianya sesak dengan orang ramai, bunyi muzik yang kuat dan suasana hiruk pikuk.

Sensory overloaded. Ya, itulah cabaran untuk Abil. Cabaran untuk kami yang bersama-sama Abil juga. Bila terlalu banyak 'input' yang perlu diproses oleh otak berlaku serentak, Abil jadi tak keruan. Tidak tenang. Huru-hara. Tantrum.

Dulu, walaupun keberatan membawa Abil keluar dan menyertai aktiviti-aktiviti komuniti/keluarga, saya tetap teruskan juga. 'Simpan' di rumah? Tiada dalam 'kamus' saya. TIDAK patut ada dalam mana-mana 'kamus' keluarga yang ada insan istimewa.

Alah bisa tegal biasa. 3-4 tahun juga kami bertahan dengan karenahnya. Kadang-kadang sabar. Kadang-kadang hilang sabar. Setiap kali 'bersosial' dengan dunia luar, Abil belajar. Kami juga belajar.


Alhamdulillah. Fasa menyesuaikan diri itu sudah semakin stabil. Tabiat-tabiat autisme-nya masih ada. Tapi cukup terkawal dan saya sendiri sudah lali dengan pandangan pelik sekeliling. Bak kata mak saya, tak luak. Janji kami bahagia.

Berbalik kisah Scavenger Hunt. Menariknya kali ini, dibuat dalam hipermarket Giant. Ada empat checkpoint. Untuk menang, kami harus pilih samada menjawab soalan kuiz/teka-teki atau membuat tugasan. Gabungan akal saya dan suami. Ditambah kudrat lari pecut yang masih ada. Berbondong-bondong kami pecut lima beranak. Hasilnya; tempat ke-7. haha


Pada saya, no.7 sudah cukup cemerlang. Almaklumlah, pesertanya hampir 100 buah keluarga. Tahun lepas, dapat no.13. Hadiah hamper kami berjaya bawa pulang. Tapi air mata Zarif tetap bergenang. "Adik nak hadiah basikal..." Alahai adik, mak dah pecut habis tapi tak dapat Johan atau Naib Johan. Kasihan...Takpe dik, ada rezeki lain kali insyAllah.

Kawan-kawan, jom layan gambar. Tak ada gambar semasa Scavenger Hunt. Nak menang punya pasal! haha



10 minit pertama, Abil relaks. Tenang. Duduk diam.
10 minit kedua, dah mula 'renyah'.
Tak boleh tahan lagi la mak. aiyo


Budak yang kempunan hadiah basikal ;p

Jul 8, 2011

Bertukar angin

Cukup-cukuplah dengan Shrek. Ya, itulah yang selalu saya beritahu Abil. Siang malam, pagi petang, Shrek tak habis-habis. Kebetulan rutin tandasnya yang terganggu 2-3 hari lepas, saya dan encik suami 'jatuhkan hukuman'. No more Shrek!

Cukup-cukuplah dengan dialog-dialog Shrek yang sering Abil sebut-sebut secara berulang-ulang. Saya rasa saya sendiri sudah boleh hafal beberapa dialog Shrek, macam kak Dina dan Zarif. Sah. Shrek overloaded.


Dendanya? Semua cerita Shrek di pc Abil dipadam. Kami mahu 'matikan' tabiat menonton Shrek berulang-ulang. Kami juga mahu kawal echolalia-nya.


"Someday, you'll be sorry!"
"Do the roar!'
"You're my best friend.."


Hah, itulah antara skrip-skripnya. Banyak lagi. Yang lain mak tak berapa nak faham.haha
Bye-bye
Shrek. Abil macamana? Dia ok. Sekarang dia layan Finding Nemo pulak. Adegan yang dia paling suka, bila Nemo ditangkap dan ayah Nemo menjerit-jerit panggil nama Nemo. Part 'jerit' jugak yang dia suka...haih..





Jul 7, 2011

Bekerja (dari rumah)

Gambar hiasan


Saya bekerja dari rumah. Mengajar tuisyen.

Orang selalu tanya saya, "Kerja apa?".

"Ajar kelas tuisyen." saya jawab.

"Ooo, cikgulah ni.."

"Err saya bukan cikgu sekolah. Mengajar dari rumah je.." saya jawab lagi.



Kenapa bekerja? Keperluan untuk anak istimewa memerlukan kos yang tinggi. Makanan tambahan, terapi, kelas intervensi dan macam-macam lagi. Kos-kos ini 3-4 kali ganda lebih mahal daripada keperluan anak bukan Autisme. Pada masa yang sama, anak istimewa perlukan lebih perhatian.Saya perlukan jadual bekerja yang fleksibel. Dengan bekerja dari rumah, saya dapat capai kedua-dua misi.

Nak cerita apa sebenarnya ni? haha.

Soalan yang sering ditanya oleh rakan dan kenalan, "Perlukah saya berhenti kerja?"



Pada saya, tanya diri sendiri. Anda lebih tahu apa yang anda perlukan. Berbincanglah dengan pasangan. Fikir jauh. Lihat kepada semua alternatif dan pilihan yang ada.

Samada anda bekerja atau tidak, di pejabat atau di rumah, yang penting, kebajikan anak-anak (terutamanya anak istimewa) terjaga dan tak terabai. Tepuk dada, tanya hati.

ok. Esok kena bangun awal pagi. Selamat malam! :D


Jul 4, 2011

We love playground (episode 2)

Playgrounds are great.

I discovered a new skill on Abil. He can now swing on the monkey bars on his own. Yeay!! v.i.c.t.o.r.y.

It was a simple yet enjoyable Sunday! We love it!

Enjoy the photos :)

Spin! Spin! Spin!

At children's corner, swinging all the way. Woohoo!!

Trying out the foot reflexology section.

The kids wanna try too."Adoiii...adoiiii....sakit la ma."

Trying the monkey bar (adult version).
Needed help at first, then he swings all the way on his own. yippie!!

Kakak's turn. She is the Defending (monkey bar) champion! hehe


Our very own 'sensory integration' session.

Watching the fish and tortoise

'freestyler' hehe

We will definitely come here again.
See ya!