Jul 7, 2011

Bekerja (dari rumah)

Gambar hiasan


Saya bekerja dari rumah. Mengajar tuisyen.

Orang selalu tanya saya, "Kerja apa?".

"Ajar kelas tuisyen." saya jawab.

"Ooo, cikgulah ni.."

"Err saya bukan cikgu sekolah. Mengajar dari rumah je.." saya jawab lagi.



Kenapa bekerja? Keperluan untuk anak istimewa memerlukan kos yang tinggi. Makanan tambahan, terapi, kelas intervensi dan macam-macam lagi. Kos-kos ini 3-4 kali ganda lebih mahal daripada keperluan anak bukan Autisme. Pada masa yang sama, anak istimewa perlukan lebih perhatian.Saya perlukan jadual bekerja yang fleksibel. Dengan bekerja dari rumah, saya dapat capai kedua-dua misi.

Nak cerita apa sebenarnya ni? haha.

Soalan yang sering ditanya oleh rakan dan kenalan, "Perlukah saya berhenti kerja?"



Pada saya, tanya diri sendiri. Anda lebih tahu apa yang anda perlukan. Berbincanglah dengan pasangan. Fikir jauh. Lihat kepada semua alternatif dan pilihan yang ada.

Samada anda bekerja atau tidak, di pejabat atau di rumah, yang penting, kebajikan anak-anak (terutamanya anak istimewa) terjaga dan tak terabai. Tepuk dada, tanya hati.

ok. Esok kena bangun awal pagi. Selamat malam! :D


8 comments:

Edi said...

syida,
ayah sy pun cikgu tusyen... dia naik moto pergi ke rumah student utk mengajar.. hujan, panas, snow (hehehe) pun dia pergi jugak.. dan dia pun ade studen yg dia ajar secara percuma sebab budak tu anak org miskin. ade sorang student dia sy ingat, rumah dia atas kubur sbb ayah dia buat rumah sendiri takde tanah (kire tanah haramla ni)

kesimpulannyer, i hv great respects for teachers... tusyen pun kire teachers jugak tu.. masih mencurah ilmu and at the same time bekerja keras utk dptkan RM..

Syahida said...

edi, terharunya dgr citer ayah awak. yes, RM ni bukan senang nak dapat. kadang2 bila murid tak bayar, redha ajelah..huhu

Nora said...

Ajar tuisyen pun cikgu juga. Ajar pra sekolah pun cikgu. Ajar agama pun cikgu ( dalam bahasa arab ustaz/ah). Bila yang dididik menunjukkan peningkatan... alangkah gembiranya rasa kannnn .. apatah lagi anak sendiri :)

Syahida said...

nora, betul betul betul :)

maya amir said...

cikgu pangkat tinggi ke rendah ke, tadek pusat tuisyen ke, hanya kat umah ke, ofis beso ke kecik ke, student anak org kaya ke, anak org miskin ke.. they're all teachers and i do respect them a lot.. a lot!!!! sebab nak jadik pengajar bukan senang..bukan sekadar curah ilmu lepas tu abis.. it's more more more than that.. syida, u're great.. walaupun pada awak, kerja tu bese2 aje tapi i do respect your patience.. ada abil & nak mengajar.. rezeki Allah bukan dari duit jek, tapi byk segi.. i'm sure there'll be great2 rewards for you:)

Syahida said...

maya, touching words. u r also one great person and i look up to u too! Semoga Allah murahkan rezeki kita semua.Amin :)))

ieda said...

jiran saya cikgu sekolah rendah..mula2 buat tuisyen utk anak murid dia yg lemah ja.tapi lama2 makin ramai..sekarang ni satu kelas cecah 30 org.sampai kena renovate rumah.nak masuk tuisyen dia la ni kena isi borang dulu...ada gak dia takleh terima sb ramai.permintaan tinggi sebab dia sgt dedicated.saya mmg respect org mcm ni..tuisyen buat betul2...kat sekolah pun pulun jugak.cuma katanya kdg2 terpaksa suruh anak sulung (13 thn) ajar budak2 kelas 1 utk tuisyen bacaan..

saya takleh la nak ngajar budak2 ni..kurang kesabaran...hehe.

Syahida said...

ieda, mmg permintaan tinggi utk tuisyen.nampak senang tapi ada cabarannya. kalau tak sabar memang dah lama pencen jadi cikgu..huhu