Jul 10, 2011

Hari ini hari Sabtu (episod 2)

Ada apa dengan hari Sabtu? Kami ber'hari keluarga' bersama geng Smart Reader. Tahun lepas, program Sehari bersama Nurhan Zarif di sini. Tahun ini, lokasinya bertukar. Agendanya tetap sama, ada acara Scavenger Hunt (aka Treasure Hunt).

Tahun lepas, kami pergi tanpa Abil. Dia sibuk berterapi setiap pagi Sabtu. Terpaksa kami tinggalkan dia. Tahun ini, rezeki Abil untuk join sekali. Saya pula, lebih dari senang hati nak bawa Abil bersama. Sesuatu yang tidak saya rasakan mudah 2-3 tahun dulu. Kenapa? Dulu, Abil sangat hiper. Boleh pengsan saya dan suami setiap kali kami bawa Abil ke mana-mana acara di luar. Selain hiper, moodnya tak menentu. Dia sangat mudah rimas bila berada di tempat awam, terutama jika ianya sesak dengan orang ramai, bunyi muzik yang kuat dan suasana hiruk pikuk.

Sensory overloaded. Ya, itulah cabaran untuk Abil. Cabaran untuk kami yang bersama-sama Abil juga. Bila terlalu banyak 'input' yang perlu diproses oleh otak berlaku serentak, Abil jadi tak keruan. Tidak tenang. Huru-hara. Tantrum.

Dulu, walaupun keberatan membawa Abil keluar dan menyertai aktiviti-aktiviti komuniti/keluarga, saya tetap teruskan juga. 'Simpan' di rumah? Tiada dalam 'kamus' saya. TIDAK patut ada dalam mana-mana 'kamus' keluarga yang ada insan istimewa.

Alah bisa tegal biasa. 3-4 tahun juga kami bertahan dengan karenahnya. Kadang-kadang sabar. Kadang-kadang hilang sabar. Setiap kali 'bersosial' dengan dunia luar, Abil belajar. Kami juga belajar.


Alhamdulillah. Fasa menyesuaikan diri itu sudah semakin stabil. Tabiat-tabiat autisme-nya masih ada. Tapi cukup terkawal dan saya sendiri sudah lali dengan pandangan pelik sekeliling. Bak kata mak saya, tak luak. Janji kami bahagia.

Berbalik kisah Scavenger Hunt. Menariknya kali ini, dibuat dalam hipermarket Giant. Ada empat checkpoint. Untuk menang, kami harus pilih samada menjawab soalan kuiz/teka-teki atau membuat tugasan. Gabungan akal saya dan suami. Ditambah kudrat lari pecut yang masih ada. Berbondong-bondong kami pecut lima beranak. Hasilnya; tempat ke-7. haha


Pada saya, no.7 sudah cukup cemerlang. Almaklumlah, pesertanya hampir 100 buah keluarga. Tahun lepas, dapat no.13. Hadiah hamper kami berjaya bawa pulang. Tapi air mata Zarif tetap bergenang. "Adik nak hadiah basikal..." Alahai adik, mak dah pecut habis tapi tak dapat Johan atau Naib Johan. Kasihan...Takpe dik, ada rezeki lain kali insyAllah.

Kawan-kawan, jom layan gambar. Tak ada gambar semasa Scavenger Hunt. Nak menang punya pasal! haha



10 minit pertama, Abil relaks. Tenang. Duduk diam.
10 minit kedua, dah mula 'renyah'.
Tak boleh tahan lagi la mak. aiyo


Budak yang kempunan hadiah basikal ;p

No comments: