Jul 8, 2011

Bertukar angin

Cukup-cukuplah dengan Shrek. Ya, itulah yang selalu saya beritahu Abil. Siang malam, pagi petang, Shrek tak habis-habis. Kebetulan rutin tandasnya yang terganggu 2-3 hari lepas, saya dan encik suami 'jatuhkan hukuman'. No more Shrek!

Cukup-cukuplah dengan dialog-dialog Shrek yang sering Abil sebut-sebut secara berulang-ulang. Saya rasa saya sendiri sudah boleh hafal beberapa dialog Shrek, macam kak Dina dan Zarif. Sah. Shrek overloaded.


Dendanya? Semua cerita Shrek di pc Abil dipadam. Kami mahu 'matikan' tabiat menonton Shrek berulang-ulang. Kami juga mahu kawal echolalia-nya.


"Someday, you'll be sorry!"
"Do the roar!'
"You're my best friend.."


Hah, itulah antara skrip-skripnya. Banyak lagi. Yang lain mak tak berapa nak faham.haha
Bye-bye
Shrek. Abil macamana? Dia ok. Sekarang dia layan Finding Nemo pulak. Adegan yang dia paling suka, bila Nemo ditangkap dan ayah Nemo menjerit-jerit panggil nama Nemo. Part 'jerit' jugak yang dia suka...haih..





8 comments:

Edi said...

syida,
faaeq punyer fav movie jugak tu... skrg dia mcm tak tak berapa excited dengan nemo. kalau nak tukar angin lagi, try Wallace and Grommit, Ratatoille (sp?).. faaeq suke citer tu mana tau kot2 abil pun suke?

Syahida said...

edi, we've tried ratatouille tapi Abil cam kureng berminat. W&G belum cuba. nak kena donlod ni..hehe. after nemo, abil likes ice age.i think sbb ada shouting scene jugak..haha

maya amir said...

baru nak ckp..sebab ade shouting scene, tu yg die excited suke tgk kot..hehehe

Syahida said...

kan, maya? tengok, awak pun da bole teka apa yg abil suka.i like! hehe

Azma said...

iskhh..kalau berkali2 diulang ayat2 tu mau maknya x sakit kpala & jiwa..hehe..

Sabar ye mak.. :)

Syahida said...

Azma, tau takpe. mmg jiwa kacau dibuatnya.haha la ni dok ulang2 skrip nemo pulak haih

keen said...

try toy story lak :D

Syahida said...

dulu dah prnh layan toy story. dia cam suka buzz lightyear. tapi sekejap je. i think in a few days time dah kna erase nemo. sangat overdose dah dengan nemo. we'll see what's next..