Aug 26, 2011

Mode Syawal

 dari google


Seronok menunggu Syawal. Tapi sedih Ramadhan pergi.

Persiapan raya anak-anak sudah siap semuanya. Persiapan mak dan ayah serba sederhana seperti biasa. Yang penting bukan baju baru, kasut baru mahupun duit raya, menyambut raya bersama yang tersayang walau di mana jua pasti lebih bermakna.

Visual biskut London Almond sengaja saya paparkan untuk entri ini. Inilah 'cabaran' untuk Abil setiap kali menyambut Aidilfitri. Kuih, kerepek dan biskut raya lain tak dipeduli kecuali yang satu ini. Setiap kali bertandang raya, saya terus jeling-jeling kalau ada yang ini di atas meja. Kalau tuan rumahnya sporting, memang saya minta izin balang kuih ini dialih buat sementara. Bukan apa, nanti yang dimakan Abil hanya coklatnya, segala kacang yang ada hanya dibuang dan disepah-sepahkan. Bukan mata saja yang sakit melihat, silap haribulan ada yang tension dan makan hati dengan karenahnya. Segala pantang dan diet pun ke lautttt.....huhu.

Aidilfitri kali ini, saya pasang macam-macam niat. Niat paling utama, nak bawa Abil bersolat hari raya di masjid. Dia dah biasa ke masjid. Tapi dalam keadaan yang ramai manusia, sambil bersolat jemaah bersama, belum pernah lagi. Harapan saya, pendedahan bersolat jemaah di rumah dapat membantunya. Mudah-mudahan dipermudahkan. Kalau berjaya bersolat raya, boleh la bersolat Jumaat pula lepas ni.

Adakah pengalaman raya kali ini akan lebih baik daripada tahun lepas?

Kita tunggu dan lihat.

Sekian, Salam Aidilfitri! Berhati-hati di jalanraya.


Aug 22, 2011

Gotong-royong di dapur (episod 4)

Hasil gotong-royong di dapur Jumaat lepas. Roti lapis baryani. Tukang masak: encik Nas. Tukang sedia bahan: saya. Sedap. Resepi warisan. Bahan-bahannya agak simple. Tapi cara menyediakannya ala-ala nak buat kuih/kek lapis. Kena tunggu dan masak selapis demi selapis. Hanya mereka yang gigih dan rajin (macam encik Nas) saja boleh buat. Kalau suruh saya, surrender! hehe
5 bintang untuk Chef Nas.

Tahukah anda, diet GFCF sangat disyorkan untuk kanak-kanak autisme?
Nak tahu lebih lanjut, boleh baca sini.


Diet GFCF (Gluten Free, Casein Free) ini bukan mudah untuk diaplikasikan. Ia melibatkan kos dan komitmen yang agak tinggi. Saya sendiri tak pernah berjaya melakukannya secara sepenuhnya pada Abil. Cukup susah. Tapi ia bukan satu misi mustahil.

Keberkesanan diet ini juga bergantung pada individu. Majoriti yang berjaya melaksanakan diet ini 100% mendapati simptom-simptom autisme pada anak mereka berjaya dikurangkan dan 'dipulihkan'. Sebahagian kecil pula mendapati ianya tidak meninggalkan impak seperti yang diharapkan. Bagi saya, kalau mampu, tak salah mencuba. Belum cuba, belum tahu.

Antara kisah kejayaan berkaitan diet ini, boleh baca di sini dan sini. Saya salute dengan ibu-ibu yang berjaya melaksanakan diet ini pada anak-anak autisme mereka.


Ok. Selamat bergotong royong di dapur :)

Kisah Abil, Bolt dan Ramadhan

dari google

Selepas kegilaan pada gorilla, Shrek dan Nemo, sekarang giliran Bolt pula. Sebenarnya ini bukan obsesi baru. Obsesi pada bolt pernah 'singgah' sekejap sekitar tahun lepas. Kemudian ia reda sendiri. Sejak seminggu lepas, Bolt 'menjengah' kembali. Rasanya Abil sudah muak dengan gorilla, Shrek dan Nemo. Saya padamkan segala movie berkaitan yang ada dalam komputernya. Dia mencari di YouTube pula. Sampai satu tahap, dia pun muak juga. Legaaa...

Tapi sekarang saya sudah mula sakit otak sakit kepala mendengar dialog-dialog Bolt. Yang dia paling SUKA ialah Rhino, watak
hamster dalam cerita ini. Kebetulannya, si Rhino ni memang sangat comel dan menggelejat kelakar. Paling kami tak tahan bila Abil meniru gaya dan skrip-skrip Rhino tak kira masa, tak kira waktu. Bagi kami yang faham ni, memangla kami layankan saja. Sambil senyum, sambil ketawa kami tengok Abil 'berlakon'. Kadang-kadang dengan bahasa-bahasa yang kami tak berapa nak faham tu, kami join sekaki. Ini salah satu cara berkesan untuk connect dan bergurau senda dengan Abil.

Ada masanya juga, kami tak galakkan Abil terus-terus berada dalam 'dunia' Bolt. Bukan apa, kalau dibiarkan tanpa kawalan, kami takut tabiat ni makin menjadi-jadi. Sekali sekala tengok memang la lawak dan comel. Tapi kalau dah selalu sangat, menyampah makin hilang comel itu. Apa lagi kalau Abil 'menjadi' Rhino di tempat awam, mesti orang sekeliling rasa 'pelik' dan pandang semacam. Saya memang dah lali. Abil sendiri pun tak kisah. Tapi situasi ni kurang sihat dan tak boleh dibiarkan.


jumpa di google

Ubatnya? Kena distract Abil selalu. Perlu sentiasa ada aktiviti selain membiarkan Abil menonton Bolt setiap saat. Nampak senang tapi susah. Cabarannya ialah, selain melayan Abil, saya dan suami ada 1001 aktiviti lain yang juga perlu priority. Biasanya sayalah yang kena jadi tukang layan. Sampai tak terlayan.hehe

Sepanjang Ramadhan juga, saya naik buntu memikirkan cara membuat Abil leka dan terus berpuasa. Terutamanya bila sudah keluar skrip-skrip ini, "Nak roti!". "Nak biskut!". "Nak air!". "Nak nasi!",. Ya, semuanya ada tanda !. Maklumlah, orang dah lapar. Selagi dia boleh tunggu sehingga had masanya, saya minta dia tunggu. Biasanya, dia cool sehingga jam 2 petang. Selepas jam 2, skrip-skrip ini akan kedengaran bertubi-tubi...haihh..

Komputer dan handphone saya juga sudah puas digodam. Ini juga antara sebab encik suami tak mahu tugas melayan Abil. Bimbang 'harta-harta'nya digodam juga. Kalau tak sabar, boleh migrain dan tak cukup stamina dibuatnya.

Mujurlah Ramadhan hanya sebulan. Bila bertugas menjaga dan melatih Abil berpuasa, sebulan itu satu cabaran. Tapi, hati kecil rasa sayu kerana Ramadhan akan 'pergi' tak lama lagi. Sebetulnya, saya masih belum puas dengan prestasi Ramadhan kali ini.

Mood menulis di blog pada hari-hari terakhir Ramadhan juga nampaknya makin tipis. Minggu ini, cuma fizikal saja masih di JB. Minda dan emosi saya sudah terbang jauhhhhhhh....hehehe.

Ok kawan-kawan. Selamat 'meredah' 7 hari terakhir. Saya lihat dah makin ramai yang ponteng puasa dan berhari raya lebih awal dari yang sepatutnya. Mudah-mudahan anda tak termasuk dalam statistik ini.

Salam hari Isnin! :) 


Aug 15, 2011

Gotong-royong di dapur (episod 3)

Nampaknya siri gotong-royong di dapur bersambung lagi. Sempena bulan puasa, memang seronok bergotong-royong di dapur. Seronok juga melihat-lihat gambar makanan di skrin komputer. Maka, seronok jugalah saya menepek berkongsi gambar-gambar menu saya dan famili. Tak ada kamera DSLR, kamera cap ayam pun berguna ya! hehe

Kalau anda nak tahu, saya ni seorang yang 'autistik' apabila ke dapur. Skill memasak saya agak terhad. Tapi skill yang ada, boleh tahan bagus tau haha *ini encik suami yang cakap, bukan saya. Saya juga cukup malas susah mencuba resepi baru. Bila dikelilingi oleh pakar memasak di rumah saya (a.k.a Chef Nas, encik suami dan Chef Romli, pak mertuaku), automatik saya akan jadi 'keras', 'kaku' dan 'lesu' ke dapur. *Segannn daa...

Yang pastinya, sesekali saya ke dapur, kalau kena dengan menunya, memang bertambah-tambah encik suami saya makan. Anak-anak memang peminat no 1 saya, walaupun maknya cuma pandai masak tak lebih dari 10 menu. hehe

Sesi gotong-royong Sabtu lepas, saya masak mee hailam (konon). Saya gantikan mee kuning dengan spageti. Saja suka-suka. Lagi pun, saya sefamili memang lebih gemar spageti berbanding mee kuning. Kalau tak ada rupa mee hailam tu, redhakan sajalah ya. Janji kami kenyang makan. Encik suami pun bertambah-tambah makannya. hehe

Chef Nas pulak, buat kek + puding karamel. Sila lah google resepinya sendiri ya, sebab blog saya bukan blog masakan. hehe. Adik Zarif kata, "Terbaekkkk.." ala-ala Boboi Boy. Saya pun suka. Saya bagi 5 Bintang. hehehe


Gambar bawang goreng pun nak letak jugak. hehe
Kesukaan encik suami ni.
Enak dimakan begitu saja. hehe

Amacam? Chef Nas saya ni memang rajin memasak. I like! hehe


Tahukah anda, individu autisme selalu dikatakan terlalu 'memilih' makanan? Sebenarnya masalah 'cerewet' bab makanan ini, ada kaitannya dengan masalah sensori. Mungkin juga kerana sikap mereka yang terlalu rigid dan sukar mengubah rutin.


Untuk info lanjut, sila klik di bawah:

Fussy Eaters and Autism
Picky Eaters and Autism


Aug 13, 2011

Jumaat yang gembira!

Hari ini hari Sabtu. Semalam hari Jumaat.

Apa ceritanya?

Gigi tunggul Abil akhirnya berjaya dicabut. Tanpa bius. Tanpa suntikan. Tetapi hanya selepas 4 kali lawatan ke dentist. 4 orang untuk memegang abil di kerusi dentist dan RM10.

Gembira. Kalau ada perkataan lain yang LEBIH gembira daripada GEMBIRA, maka itulah apa yang saya rasa semalam. Suka. Lega. Syukur. Ceria.

Sebelum gigi tunggul itu berjaya dicabut, saya rimas. Lemas. Melihat Abil yang sentiasa mengorek gigi tunggulnya itu dengan jari. Melihat Abil yang selalu menolak-nolak gigi tunggulnya itu dengan lidah. Melihat Abil yang kurang comel dengan gigi tunggul yang sudah hitam, rosak dan tajam. Melayan pula pertanyaan dan komen-komen orang sekeliling tentang giginya itu setiap kali mereka melihat Abil. Saya cukup rimas. Kalau saya rimas, Abil apatah lagi.

Semalam, saya bersyukur ditemukan dengan doktor gigi (yang saya sendiri tak sempat bertanyakan namanya kerana terlalu teruja). Nama kliniknya, Klinik Gigi Aspalela. Mungkin nama doktornya Aspalela, mungkin bukan.

Kagum. Doktornya cukup mesra. Child-friendly. Bila saya sebut anak saya autisme. Tenang saja jawapannya, "Tak apa. Saya tahu." Saya tak perlu bercerita panjang lebar. Cukup cool.

Proses menunggu masuk ke bilik rawatan lebih lama daripada proses mencabut gigi. Menunggu sejam. Memujuk lebih kurang 10 minit. Macam-macam 'umpan'. Macam-macam cara. Saya berdoa dalam hati, "Tolonglah jangan give up, wahai doktor."

Akhirnya, kami buat keputusan untuk paksa(secara berhemah). Saya dan encik suami pegang kaki. Dua orang pembantu doktor pegang di bahagian kepala dan tangan. Abil nampak seperti terpaksa redha. Tidak meronta. Hanya cuba angkat kepala. Saya tahu dia takut. Saya tunduk. Tak berani tengok. Tak sampai 10 saat gigi tunggul itu selesai dicabut. Hanya sebatang gigi tunggul, tapi sudah cukup buat saya stres hampir setahun memikirkan bagaimana saya mahu pujuk Abil supaya bekerjasama dengan dentist.

Sejurus selepas gigi dicabut, saya terus peluk Abil. Dia tak menangis pun. Saya yang struggle menahan air mata daripada jatuh. Cabut gigi tunggul je pun, kenalah cover emosi. hehe

Balik ke rumah, TukMi, TukAyah sibuk bertanya. Adik Zarif tumpang hairan dan gembira. Kak Dina pun peluk-peluk Abil dengan bangga. Gigi Abil yang hodoh itu sudah tiada. Yeay!!

Terima Kasih ya Tuhan. Walaupun setakat berjaya mencabut sebatang gigi tunggul, tapi ia satu KEMUDAHAN yang tak ternilai buat Abil dan saya.

Ini bukan lawatan terakhir ke dentist. Pastinya Abil perlu ke dentist lagi selepas ini. Buat masa ini, saya hanya mahu enjoy 'kemenangan' kecil ini. *mode senyum sampai ke dahi hihihihihi




Anda nampak gigi yang sudah renggang itu?
gara-gara gigi tunggul.
Gambar sebelum Ops cabut gigi?
Tak ada. Sangat tak cantik. Malu nak kongsi di sini. hehe
Gambar semasa Ops cabut gigi?
Lagi tak ada. Tengah kalut hahaha



Dapat upah aiskrim.
Ops bodek Abil. Nanti-nanti kita ke dentist lagi ye. hehe

Untuk Tips membawa anak autisme ke dentist, sila klik sini.
(sesuai untuk anak bukan autisme juga).
Selamat berhujung minggu! :D 


Aug 8, 2011

Cerita dari airport

Masih ingat lagikah anda pada entri ini?

Ya, perihal saya bertemu mesra dengan kawan-kawan,' se-autisme'. hehe

Sengaja saya 'peram' entri ini.

Seronok. Puas.
Walaupun sekejap saja.

Kebetulan anak ini dapat jemputan ke JB. Haruslah kami berjumpa.


Kita terus tengok visual.

Perhatikan bagaimana masing-masing cukup susah memandang tepat pada kamera.



The Fantastic Four
bak kata aunty Dila ;)
Pertemuan ringkas tapi penuh mesra. Jom tengok Abil layan diri di airport.


Nak jadi duta fireflyz boleh?
Senang sikit nak ulang alik JB-KL. hehe


Bila Abil berpuasa (di belakang tabir)

20 minit untuk entri ini. Julung-julung kalinya juga, tidak akan ada sebarang gambar atau visual bersama 'celoteh' saya. hehe

Bila Abil berpuasa, macam-macam cerita. Antaranya;
  • Saya harus selalu 'berkepit' dengannya. Sejak dia celik (bangun sahur) sehinggalah ke waktu dia 'berbuka'. Nak tahu kenapa? Kalau tidak, diam-diam dia akan pergi ambil apa saja yang boleh dimakan sebelum tiba waktunya. Biskut dan roti adalah favourite item. Encik suami kata, sorokkan saja dalam bilik stor. Saya tak mahu. Abil kena belajar. Tunggu dan sabar. Makanan ada depan mata, tapi kena tahan nafsu. Mujurla skill menunggunya dah banyak kemajuan. Boleh juga dia dengar arahan. Dengan syarat, saya sentiasa ada di sebelah untuk melekakan dan alih perhatiannya.
  • Segala gajet (kepunyaan saya dan suami) yang Abil suka digunakan sebagai umpan. Di waktu-waktu perutnya rancak berkeroncong, Nemo dan Shrek pun dah 'tak jalan'.haha Terpaksalah kami redhakan gajet-gajet kami di'godeh' oleh Abil. Selalunya handphone sayalah yang jadi mangsa. Tak canggih mana pun. Setakat Abil layan dengar lagu pun jadilah. Selebihnya, dia main tekan ikut suka. Paling saya risau kalau-kalau dia buat panggilan palsu. haih
  • Daripada entri yang lepas, rasanya anda pun dah tahu yang Abil bersahur dari bawah selimut. Bila mood dia ok, dia bersahur di meja makan. Tapi yang ini jarang-jarang berlaku. Biasanya memang breakfast in bed. Nasi bukanlah menu kegemarannya di waktu pagi. Kalau pasta atau spageti, memang cepat saja dia menelan.
  • Bila menerangkan tentang waktu berbuka, saya gunakan model jam supaya Abil lebih faham. Untuk anak autisme seperti Abil, adalah sangat elok kalau anda memberitahu mereka awal-awal kemana hala tuju puasa mereka. Pukul berapa kah berbuka? Berapa lama kah mereka perlu bertahan? Ini penting. Mereka tak suka uncertainty. Rasanya kita pun macam tu kan? Setiap perkara yang ingin anda lakukan dengan mereka, mesti diterangkan dimana A dan Z -nya. Kalau tak, mereka akan mudah 'kusut' dan tak menentu. Dengan Abil, memang sejak bersahur, saya sudah beritahu had puasanya, jam 12-kah, 2-kah atau 5-kah? sebab dia belum pandai tengok dan baca waktu di jam, di situlah peranan jam model.
  • Reward. Hadiah. Ganjaran. Apa saja yang sewaktu dengannya. Untuk Abil, tawaran RM1 sehari tak sesuai. Hatta RM10 sehari pun, dia tak akan tertarik langsung. Hadiah mainan? Ben10? Transformers? Boboi boy?Juga tak relevan untuk Abil. Yang best bagi Abil ialah biskut Oreo. Bagus juga. Jimat. Tak perlu yang mahal. Cukup suka bila diberi biskut Oreo selepas berbuka. Selain biskut, peluk, cium, sorak, tepuk tangan dari semua. Kakak, adik, ayah dan mak juga. Sengih-sengih Abil bila diumumkan champion sebab dapat bertahan puasa. hehe
  • Menahan lapar hingga berjalan pun terbongkok-bongkok. haha Kesian mak nengok. Tapi muka masih boleh senyum-senyum lagi. Sesekali masih bertenaga main lompat-lompat atas trampoline, main skuter dalam rumah pun ok.

Ok tuan-tuan dan puan-puan, masa dah tamat. Cerita pun dah habis. Esok lusa kita 'jumpa' lagi! ;D

Aug 7, 2011

Gotong-royong di dapur (episod 2)

Kalau anda mempunyai suami yang boleh, tahu, pandai dan rajin (tak kisah) memasak, hidup ini memang sangat bermakna. Tapi, kalau anda ada ayah mertua yang juga boleh, tahu, pandai dan rajin ke dapur, hidup ini berganda-ganda NIKMATnya. hehe

Rezeki saya. Punya suami dan ayah mertua yang ada ciri-ciri di atas. #Alhamdulillah

Gambar-gambar di bawah diambil menggunakan kamera BUKAN dslr. Kualitinya pun dah tentu bukan kualiti dslr juga ye. hehe Apa pun, sudi-sudikan lah melayan gambar-gambar di bawah. Sila jangan tanya resepi daripada saya. Saya hanya tukang masak pasta goreng (bukan piza) dan juga tukang cuci pinggan mangkuk dan dapur. Tagline saya, hidup untuk mencuci dan membersih. hahaha

Memang seronok bergotong-royong di dapur. Kena buat selalu! hehe


sesi membuat toppings oleh chef Nas Romli.

Piza (sebelum dibakar)

Piza (sedang dibakar)
Pasta goreng sempoi
p/s: sedap ok, berkali-kali chef Nas Romli makan. hehe




Kalau anda nak tahu, memasak adalah satu skill yang mudah dipelajari oleh sesetengah individu autisme. Mungkin kerana faktor penyediaan makanan yang sistematik. Disediakan mengikut resepi, ada teknik dan cara tertentu yang perlu diikut satu persatu. Ciri-ciri ini memudahkan individu autisme untuk melakukannya sendiri. Bagi kanak-kanak, sudah tentu kemahiran ini perlu diajar dan dilatih terlebih dahulu,

Menariknya juga, saya biasa mendengar cerita tentang anak-anak autisme yang suka berada di dapur, selalu mahu menolong di dapur dan sangat tertarik dengan aktiviti memasak. Abil tidak terkecuali.


Hmmm...akan bertambah kah seorang lagi hero yang suka ke dapur? hehe

Hadiah 13 tahun

dari google



Time Flies. Dah masuk 13 tahun umur perkahwinan saya. Tapi saya muda lagi ok?hehe . Dua bulan lagi baru cecah 34 tahun tau ;p

Ulangtahun perkahwinan saya, akan tiba lebih kurang 4 minggu saja lagi. Saya tak merancang apa-apa. Sambut seadanya. Yang penting, tetap happy. Tetap bahagia. Setiap hari. Setiap masa.

Dua hari lepas, saya menerima e-mel daripada Intan, rakan saya dari ANDI Initiative. E-melnya berbau good news. Betul tekaan saya. Ini info daripada Intan;



AUTISM WORKSHOP


Date: Tuesday, 6th September, 2011




Venue: Medical Academies of Malaysia, 210 Jalan Tun Razak, 50400 KL.


Registration Fee: RM200







Organiser:
Child Development Centre, UKMMC


Chapter of Child Neurology and Developmental Paediatrics,
Malaysian Society of Neurosciences.





Speaker-nya hebat-hebat belaka. Anda berminat? Silalah email ke norazlinabouzid@yahoo.com


Berbalik pada kisah Hadiah 13 tahun, inilah yang saya minta daripada encik suami.

"Saya cuma minta 1 je untuk hadiah anniversary kita tahun ni. Saya mahu yang ini (merujuk kepada e-mel Intan). Tapi kalau awak tak bagi, saya redha jelah."

Encik suami hanya diam. Tiada jawapan.

Saya tahu.Tarikhnya, 6 September. Anak-anak bercuti sekolah (sempena raya) hanya sehingga 4 September. Kami memang akan melanjutkan 'cuti' ke 5 September sebab Abil ada temujanji di PPUM pada tarikh itu. Kalau saya mahu hadir workshop ini, kami terpaksa tambah lagi 'cuti' anak-anak ke 6 September sebelum pulang ke JB.

Hmmm...agak-agak suami saya setuju ke?

Mestilah setuju! sayang maa... ;p

Aug 6, 2011

Yang Autisme dan Bukan, 2 x 5! (episod 2)

Episod pertama sudah disiarkan di sini.

Kali ini, fokusnya kepada adik Zarif. Bukan autisme. Tapi kadang-kadang 2 x 5!

Apa kisahnya?

Dia lambat bercakap. Sehingga umurnya 4 tahun, dia hanya babbling. Nyaris-nyaris saya hantar dia ke speech therapy/integrasi sensori/occupational therapy. Alhamdulillah. Sebaik saja masuk sekolah, pertuturannya terus berkembang. Daripada babbling ke pelat. Daripada pelat, terus lancar hingga tak tahu berhenti.

Ya, speech delay memang biasa di kalangan anak autisme. Tapi speech delay juga berlaku di kalangan yang bukan autisme. Walaupun bermasalah dari segi bahasa dan percakapan, Zarif tiada masalah komunikasi. Sentiasa respon. Selalu memberi eye contact. Datang apabila dipanggil. Bermain dan berimaginasi dengan baik. Faktor-faktor ini membuatkan saya tidak terlalu risau. Hanya lambat bercakap.


Nota:
Objek-objek ini sebenarnya disusun secara MELINTANG. Oleh kerana had ruangan, saya terpaksa tunjuk visual dalam bentuk begini (susunan menurun ke bawah).


Lihat bagaimana Zarif menyusun objek-objek di atas. Salah satu ciri tipikal kanak-kanak autisme, suka menyusun objek secara melintang begini (lihat gambar bawah).

jumpa di google


Bukan sekali dua zarif menyusun objek begini. Selalu juga. Malah lebih kerap daripada Abil. Saya pernah lihat situasi yang sama pada Abil. Waktu dia berumur 2-3 tahun dulu. Sekarang, dah lama saya tak tengok Abil buat begini. Yang selalu susun-susun objek, si Nurhan Zarif. Menariknya, untuk Zarif, setiap susunan ada jalan ceritanya. Macam-macam versi, tak larat nak cerita di sini. 

Masihkah anda ingat lagi, kegilaan Abil pada Shrek dan Nemo? Kalau tak ingat, boleh baca sini. Itu obsesi Nurhan Nabil. Zarif pula obses pada filem animasi ini.


dari google juga


Zarif sangat SUKA A Bug's Life. Kalau Abil tonton Shrek dan Nemo setiap hari, Zarif pun 2x5. Serangga-serangga comel dalam dunia Bug's Life cukup diminatinya. Cuma mungkin obsesinya kurang sikit sebab aktiviti Zarif di rumah lebih variasi. Kalau Abil, kalau dah suka, memang itu saja yang dihadapnya pagi, petang, siang, malam kecuali bila ada campur tangan kami supaya dia beralih ke aktiviti lain.

Kesimpulannya, Yang Autisme dan Bukan, 2 x 5! hehe

Selamat berhujung minggu.


Aug 3, 2011

Bila Abil berpuasa

"Anak autisme saya belum faham erti puasa."


Skrip yang biasa saya dengar dari kalangan ibubapa. Saya juga pernah ada masalah itu. Tapi, jangan biarkan ia terus membelenggu diri anda. Anak autisme pun macam anak-anak lain juga. Kalau anak-anak bukan autisme boleh dan mampu berpuasa, anak autisme pun boleh! Cuma, mereka harus dilatih. Berterusan. Tanpa letih. Tanpa jemu.

Mengharapkan kefahaman tentang puasa, ramadhan dan kewajipan kepada Tuhan datang sendiri pada mereka, ibarat menunggu kucing bertanduk. Umpama menunggu buah tak jatuh-jatuh. Ibubapa harus kreatif. Mak ayah kena proaktif, inovatif, positif.

Ya, memang susah. Bukan senang. Kalau anak bukan autisme boleh faham dan berpuasa sekadar kita menerangkan sekali dua, mereka perlu diterangkan berkali-kali dengan pelbagai cara. Tidak ada visual untuk mengungkap makna puasa itu. Tidak ada gambar yang boleh menerangkan apakah Ramadhan itu. Tetapi, jangan biarkan ini membantutkan usaha anda untuk melatih anak autisme anda berpuasa. Mereka akan terus menerus membesar.

Satu hari nanti, Abil akan jadi orang bujang. Akil baligh dalam erti kata Islam. Tanggungjawab seorang Muslim, bersolat dan berpuasa antaranya, kalau tidak diterapkan sedari sekarang, bila lagi?

Ya, hari ini rekodnya berpuasa mungkin sekadar mencecah jam 4-5 petang. Umurnya sudah 8 tahun. Kalau anak-anak lain, berpuasa penuh cukup 30 hari pada umur 5-6 tahun mungkin semudah memetik jari. Tak apa. Yang penting, ada usaha. Yang mustahak, ada inisiatif. Latih tetap latih. Saya yakin dan percaya, bila tiba saatnya nanti, Abil berpuasa sehari penuh bukan misi mustahil lagi. Mak tunggu Abil. Mak tunggu...

Tahun ini, saya rasa sedikit lega. Anak autisme saya sudah mula faham konsep puasa. Tahun lepas hanya separuh hari. Masuk jam tengahari, sudah mengamuk-ngamuk lapar dan haus. Tahun ini Abil lebih steady. Walaupun tidak kedengaran skrip ini, "Ma, sekarang dah pukul berapa?" atau "Ma, lambat lagi ke?" tapi dia tetap bersuara. Seawal jam 10-11 pagi, "Abil nak biskut." atau "Abil nak nasi.". Tunggu. Abil berpuasa. Tak boleh makan dan minum. Itulah jawapan saya. Dia hanya diam. Sesekali senyum sengih. Fahamkah dia? Saya dapat rasakan dia faham sebab dia tidak membantah sebaliknya diam, tanda redha dan boleh menerima.

Self-modelling. Sejak dia mula belajar berpuasa tahun lepas, saya jadikan kakak, ayah dan saya sendiri sebagai contoh. Tak makan dan minum di waktu siang. Bila azan maghrib berkumandang, barulah masing-masing berbuka. Maksud sahur dan berbuka memang sukar diterangkan secara detail kepada Abil. Tapi saya tahu. Tuhan itu maha adil. Kalau anda ikhlas menerangkan, lambat-laun anak akan faham juga.

Saya sendiri selalu rasa buntu. Macamana nak jelaskan. Bagaimana nak terangkan. Kadang-kadang saya guna approach 'redah aje'. Redah bukan sebarang redah, redah dengan DOA sebagai senjata. Kalau anda tak jemu berdoa, Tuhan juga tak jemu mendengar dan pasti memakbulkan.

Setakat ini, target saya supaya Abil berpuasa 3/4 hari sudah tercapai. Tapi belum cukup konsisten. Oleh kerana Abil masih dalam fasa belajar, saya ikutkan juga rentaknya. Melatih anak ni, ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak. Sahur tetap dikejut, puasa tetap puasa, daripada hanya 2-3 jam tahun lepas, sehinggalah 8-10 jam tahun ini. Biar lambat, biar perlahan. Belajar berpuasa bukan satu pertandingan. Cerita-cerita anak autisme yang berjaya belajar berpuasa saya jadikan pedoman.


Bagi saya, umur ideal untuk mula melatih anak autisme berpuasa ialah sekitar 6-7 tahun ke atas. Saat bermula, biarlah misi kita sederhana saja. Jangan tamak. Beri mereka masa. Beri mereka peluang. Kalau anda punya misi yang tinggi, tak salah. Boleh saja. Ibubapa adalah juri terbaik untuk anak-anak mereka. Anda lebih bijak menilai kemampuan sebenar anak-anak anda. Yang penting, JANGAN fikir mereka TAK mampu. Ini salah. Mereka ada harga diri. Mereka ada potensi.

Masih ada lebih kurang 24 hari lagi untuk kita berpuasa tahun ini. Baru 6 hari, tapi sesekali saya tercungap-cungap mengejar Abil yang berlari sambil memeluk biskut dan roti. haha. Penat juga jadi 'jaga' peti sejuk. Penat. Letih. Tapi senang hati. Anak autisme saya belajar berpuasa tahun ini tanpa tantrum, tanpa marah maksimum. Cukup relaks. Cukup tenang. Setenang gambar-gambar di bawah. Dipersilakan layan.


Minum air saat berbuka jam 5 petang. Haus sungguh! :)


Menunggu roti bakar siap untuk 'berbuka'.
Inilah tempat saya dan Abil 'bersilat' sebelum waktu 'berbuka-nya'.
Nasib baik tak ada kamera tersembunyi. hehe



Bersahur.
Mata pejam. Berselimut lengkap.
Mulut mengunyah nasi. hehe


Selamat meneruskan ibadah puasa.
Solat jangan tinggal ya! :)




Aug 1, 2011

Bila Abil ke pantai

Sehari sebelum Ramadhan, kami berpagi-pagi ke pantai Batu Layar. Dulu kami selalu ke sini. Kali terakhir lebih kurang 2-3 tahun lepas. Masa tu, si kenit Zarif baru masih berjalan jatuh lagi. Semalam, kami ke sini lagi. Seronok. Walaupun hanya untuk golek-golek atas pasir dan mandi-manda di gigi air untuk tempoh sejam lebih.


Jumpa port yang sesuai, Abil terus naik buai.~weeeee...


Lepas tukar uniform, terus main pasir. hehe Adik Zarif's favourite!

Abil layan diri.Main buih-buih ombak.

Main pasir versi Abil. Bagus untuk sensori.

'Terapi' ombak. Macam-macam gaya.
Dia SANGAT geram tengok ombak. Tak tahu takut.
Kami terpaksa pantau habis-habisan. Kalau tidak, diam-diam dia sudah ke tengah laut.

Anda sudah lihat gambar-gambar gembira.
sekarang, gambar-gambar TAK berapa nak gembira.
Sangat mendukacitakan.
Apa dah jadi?
Bila alam semulajadi tak dihargai.
Bila tak tahu menghargai apa yang Tuhan beri.
Inilah hasilnya :(

Ini belum masuk bab kehadiran mat dan minah rempit yang datang merosakkan aura pantai. Siap buat drama kat tepi pantai dan laut. Malu melihat anak bangsa sendiri berperangai macam manusia zaman batu.
Sigh~

TAMAT.