Aug 1, 2011

Bila Abil ke pantai

Sehari sebelum Ramadhan, kami berpagi-pagi ke pantai Batu Layar. Dulu kami selalu ke sini. Kali terakhir lebih kurang 2-3 tahun lepas. Masa tu, si kenit Zarif baru masih berjalan jatuh lagi. Semalam, kami ke sini lagi. Seronok. Walaupun hanya untuk golek-golek atas pasir dan mandi-manda di gigi air untuk tempoh sejam lebih.


Jumpa port yang sesuai, Abil terus naik buai.~weeeee...


Lepas tukar uniform, terus main pasir. hehe Adik Zarif's favourite!

Abil layan diri.Main buih-buih ombak.

Main pasir versi Abil. Bagus untuk sensori.

'Terapi' ombak. Macam-macam gaya.
Dia SANGAT geram tengok ombak. Tak tahu takut.
Kami terpaksa pantau habis-habisan. Kalau tidak, diam-diam dia sudah ke tengah laut.

Anda sudah lihat gambar-gambar gembira.
sekarang, gambar-gambar TAK berapa nak gembira.
Sangat mendukacitakan.
Apa dah jadi?
Bila alam semulajadi tak dihargai.
Bila tak tahu menghargai apa yang Tuhan beri.
Inilah hasilnya :(

Ini belum masuk bab kehadiran mat dan minah rempit yang datang merosakkan aura pantai. Siap buat drama kat tepi pantai dan laut. Malu melihat anak bangsa sendiri berperangai macam manusia zaman batu.
Sigh~

TAMAT.

7 comments:

Azma said...

pantai memang tmpat yg menyeronokkan..boleh hilang kepenatan, kesedihan bila ke sana..

tapi bab kata syida la..pantai indah tercemar dek sikap manusia yg tidak bertanggungjawab. Ada ketikanya nak memijakkan kaki ke pantai pun rasa jijik dengan pemandangan sekelilling yg 'mengerikan' yang disulami dengan bauan yg sungguh 'semerbak'..huhu..

Edi said...

miss nak balik trg!!
abil seronok betul tu eh... kalau faaeq pun sama, x takut langsung ombak, kalau tak jaga terus dia ke tengah..

pose tak arini syida? sy first dy dah ponteng! haha.. esok i'allah start :)

Syahida said...

Azma, betul tu. rasa ralat bila tgk pantai cantik2 tercemar dek sampah/perangai manusia tak sekolah. isk isk..

Syahida said...

edi, kat trgn sure banyak pantai cantik2 kan? mesti best. bila la saya ni nak smpai trgn.

hehe.suda bocor posa ke? Alhamdulillah saya posa. misi abil posa hari pertama ni hah, da tak kesampaian. mesti cuba lagi esok dan esok dan esok...huhu

maya amir said...

ohh. lamenye x gi batu layar..suke mandi kt sini tp tulaa...derang ni x tau hargai alam tau..sampah sarap..pastu jd tmpt melepak muda mudi .huhuhu...

Syahida said...

maya, tu la pasal. grrrr je tengok. kalau ada kuasa, da lama sy tangkap geng2 rempit tu..psl sampah2 tu pulak, dorang kna buat sesuatu lah. yg pasti kna sediakan tong sampah/tmpt pembuangan smpah yg sesuai.

Syahida said...
This comment has been removed by the author.