Aug 26, 2011

Mode Syawal

 dari google


Seronok menunggu Syawal. Tapi sedih Ramadhan pergi.

Persiapan raya anak-anak sudah siap semuanya. Persiapan mak dan ayah serba sederhana seperti biasa. Yang penting bukan baju baru, kasut baru mahupun duit raya, menyambut raya bersama yang tersayang walau di mana jua pasti lebih bermakna.

Visual biskut London Almond sengaja saya paparkan untuk entri ini. Inilah 'cabaran' untuk Abil setiap kali menyambut Aidilfitri. Kuih, kerepek dan biskut raya lain tak dipeduli kecuali yang satu ini. Setiap kali bertandang raya, saya terus jeling-jeling kalau ada yang ini di atas meja. Kalau tuan rumahnya sporting, memang saya minta izin balang kuih ini dialih buat sementara. Bukan apa, nanti yang dimakan Abil hanya coklatnya, segala kacang yang ada hanya dibuang dan disepah-sepahkan. Bukan mata saja yang sakit melihat, silap haribulan ada yang tension dan makan hati dengan karenahnya. Segala pantang dan diet pun ke lautttt.....huhu.

Aidilfitri kali ini, saya pasang macam-macam niat. Niat paling utama, nak bawa Abil bersolat hari raya di masjid. Dia dah biasa ke masjid. Tapi dalam keadaan yang ramai manusia, sambil bersolat jemaah bersama, belum pernah lagi. Harapan saya, pendedahan bersolat jemaah di rumah dapat membantunya. Mudah-mudahan dipermudahkan. Kalau berjaya bersolat raya, boleh la bersolat Jumaat pula lepas ni.

Adakah pengalaman raya kali ini akan lebih baik daripada tahun lepas?

Kita tunggu dan lihat.

Sekian, Salam Aidilfitri! Berhati-hati di jalanraya.


14 comments:

keen said...

dont worry kak...kat 3b xde london almond ;D

Syahida said...

bagusss. lega aku dengar :)

Maisya said...

selamat hari raya. Maisya selalu baca blog ni tapi tak tinggal komen.

memang kena sedia mental dan fizikal utk sambut raya dgn anak yg istimewa ni..anak saya, Sarah- 5thn, ADHD & mild autism sama macam Abil. Thn lepas pagi2 raya dah mengamuk tak nak pakai baju kurung...akhirnya pakai t-shirt dan seluar biasa je. Sarah suka sgt minum air, boleh minum bergelas-gelas kalau ada depan mata( habis gelas dia, dia ambik gelas org lain pulak ...kalau tuan rumah letak jag air lagilah parah...hu..hu..). Harap tahun ni boleh behave sikit.

Syahida said...

Salam maisya. terima kasih krn sudi baca warkah ni..

mmg mencabar dengan anak2 kita ni. tapi takpe, kna latih/bimbing juga mana yg patut. insyAllah mrka akan behave juga nanti. bnykkan berdoa ye!

Selamat hari raya! :)

Dila Si Mama Dzariff said...

Selamat Hari Raya kak syida. Rumah i ada london almond, tapi feel free to remove from my coffee table whenever u want to...hihihi...
Tgh mood raya ni...malam karang nak bertolak balik

Syahida said...

u too dila. time i nak beraya rumah u nanti, kita make sure london-almond free lah ye..hehe

i suka je beraya rumah u. autism kids friendly hehe

k selamat beraya sakan

7Nur said...

Salam Syida,

SElamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Have fun this Raya! :)

maya amir said...

syida..camne raya? abil serbu almond london tak? umah saya tahun ni tadek..heheheh... ntah nape malas lak beli (beli ye bukan buat..kekekek)..selamat hari raya syida..maaf zahir batin:)

ibuhebat said...

almond london kat rumah saya guna coklat putih. abil 'kenal' tak coklat putih? hehe.. mai la raya rumah ;)

Azma said...

salam aidilfitri syida..
maaf zahir dan batin..

Syahida said...

ira, Selamat Hari Raya! I am still having fun walaupun dah lepas seminggu raya..hehe

Syahida said...

maya, ada juga dia menyerbu tapi kali ni..kami strict sikit...No means No! hehe

i pun beli ke biskut raya...setiap tahun, without fail huhu

Syahida said...

yati, coklat putih tu..lambat sket dia nak perasan. tapi once dia da dapat mengesan, selamat la jawabnya haha...ntah bila la nak beraya ke rumah awak ni...kalu dah balik jb, susah le nak menyinggah lagi..haihh

Syahida said...

Azma, tk. Selamat Hari raya!!