Aug 6, 2011

Yang Autisme dan Bukan, 2 x 5! (episod 2)

Episod pertama sudah disiarkan di sini.

Kali ini, fokusnya kepada adik Zarif. Bukan autisme. Tapi kadang-kadang 2 x 5!

Apa kisahnya?

Dia lambat bercakap. Sehingga umurnya 4 tahun, dia hanya babbling. Nyaris-nyaris saya hantar dia ke speech therapy/integrasi sensori/occupational therapy. Alhamdulillah. Sebaik saja masuk sekolah, pertuturannya terus berkembang. Daripada babbling ke pelat. Daripada pelat, terus lancar hingga tak tahu berhenti.

Ya, speech delay memang biasa di kalangan anak autisme. Tapi speech delay juga berlaku di kalangan yang bukan autisme. Walaupun bermasalah dari segi bahasa dan percakapan, Zarif tiada masalah komunikasi. Sentiasa respon. Selalu memberi eye contact. Datang apabila dipanggil. Bermain dan berimaginasi dengan baik. Faktor-faktor ini membuatkan saya tidak terlalu risau. Hanya lambat bercakap.


Nota:
Objek-objek ini sebenarnya disusun secara MELINTANG. Oleh kerana had ruangan, saya terpaksa tunjuk visual dalam bentuk begini (susunan menurun ke bawah).


Lihat bagaimana Zarif menyusun objek-objek di atas. Salah satu ciri tipikal kanak-kanak autisme, suka menyusun objek secara melintang begini (lihat gambar bawah).

jumpa di google


Bukan sekali dua zarif menyusun objek begini. Selalu juga. Malah lebih kerap daripada Abil. Saya pernah lihat situasi yang sama pada Abil. Waktu dia berumur 2-3 tahun dulu. Sekarang, dah lama saya tak tengok Abil buat begini. Yang selalu susun-susun objek, si Nurhan Zarif. Menariknya, untuk Zarif, setiap susunan ada jalan ceritanya. Macam-macam versi, tak larat nak cerita di sini. 

Masihkah anda ingat lagi, kegilaan Abil pada Shrek dan Nemo? Kalau tak ingat, boleh baca sini. Itu obsesi Nurhan Nabil. Zarif pula obses pada filem animasi ini.


dari google juga


Zarif sangat SUKA A Bug's Life. Kalau Abil tonton Shrek dan Nemo setiap hari, Zarif pun 2x5. Serangga-serangga comel dalam dunia Bug's Life cukup diminatinya. Cuma mungkin obsesinya kurang sikit sebab aktiviti Zarif di rumah lebih variasi. Kalau Abil, kalau dah suka, memang itu saja yang dihadapnya pagi, petang, siang, malam kecuali bila ada campur tangan kami supaya dia beralih ke aktiviti lain.

Kesimpulannya, Yang Autisme dan Bukan, 2 x 5! hehe

Selamat berhujung minggu.


4 comments:

Dila Si Mama Dzariff said...

Kuikuikuiiii....comel zarif...susun jangan tak susun. tu dalam almari, susun baju pulak. sure mak suka hati

Syahida said...

aunty dila, mmg kuat menyusun budak ni. yg dlm almari tu, biasa gak dia susun. tapi dia kuarkan yg dalam almari, susun luar almari...Grrrr ;p

Azma said...

alahai..rajinnya menyusun.. meh susun mainan kat umah acik ni.. abg & kakak kat sini sama ngan adik hasif kejenya menyepahkan barang je..huhu..

Syahida said...

Azma, susun2 tu, menyepah versi zarif. bila disuruh simpan mainan, ada je alasan dia..adehh..