Sep 29, 2011

Warkah Oh! Warkah

jumpa di google

Mode 'bertapa'. Seminggu tidak on air.

Kebetulan hari ini, ada serba sedikit berita terkini yang nak dikongsi. Had masa saya 15-20 minit, jadi tak boleh goreng taip panjang lebar.

Semalam, Abil ikut rombongan sekolah sekali lagi. Alhamdulillah, dapat peluang ikut serta. Destinasinya sama macam tahun lepas, M.E.L.A.K.A. Cuma, kali ini dengan sekolah yang berbeza, cikgu dan kawan-kawan lain pula. Tanpa saya. Risau juga. Tapi tawakal sajalah. Syukur juga selamat pergi dan balik. Tidak ada gambar sebab cameralady kena tinggal kat JB hehe. Bagaimana keadaannya sepanjang hari? Masih belum sempat interview cikgunya. Saya andaikan baik-baik saja.

Autisme sangat 'dekat' dengan anda? atau, Anda mahu kenal siapa, apa, kenapa, bagaimana dan segalanya tentang Autisme? Silalah tonton filem Temple Grandin. WAJIB tonton. Sarat dengan inspirasi. Kalau tidak kerana Autisme pun, sangat digalakkan untuk menonton. Anak saya, Kak Dina menonton berkali-kali. Tanpa subtitle. Penuh khusyuk dan menghayati. So, jangan lepaskan peluang menonton filem ini.



jumpa di google juga


Mode 'bertapa' juga kerana saya sedang membaca buku, Thinking in Pictures (oleh Temple Grandin). Terkial-kial. Seronok membaca tapi kudrat mata masih agak terhad....fuhh! Untuk pengetahuan anda, saya 'dihadiahkan' buku ini oleh seorang kenalan dari Singapura. Tak pernah berjumpa. Lain bangsa. Lain agama. Lain warganegara. Tapi dia sangat murah hati dan memahami. Ya, dia juga ada anak autisme (sekarang belajar di kolej).



Masih ingat entri ini? Ya, saya sempat hadir ke majlis ilmu ini. Syukur. Seronok. Rasa nak pergi lagi dan lagi dan lagi dan lagi. haha Bagaimanapun, tak ada rezeki nak hadir Special Needs Education International Workshop di UM. Frust. Sedih. Kempunan. Tapi tak apa, insyAllah lain kali.

Oh ya, masih ingat lagi tentang Umar? Beliau baru saja release sebuah mini album. Berminat? Sila klik sini. Cepat!! hehe atau email saja ke:marina-ariff@yahoo.com untuk info lanjut. Saya sudah berjanji dengan ibu Umar untuk memberikan review. InsyAllah, dalam masa terdekat. Hari ini tak sempat. Dikejar had masa.

Ok. Harus berhenti sekarang. Jaga kesihatan. Jumpa lagi!


I am DIFFERENT. Not less.
~Temple Grandin

Sep 22, 2011

Bila Abil ke dentist

Masih ingatkah lagi dengan entri ini? Ya, cerita tentang lawatan Abil ke dentist kali ke-4 dan paling berhasil. Semalam, Abil ke dentist lagi. Bukan untuk rawatan giginya, tapi untuk sesi 'orientasi' ke dentist bersama adik Zarif dan saya. Ya, kami ke klinik gigi yang sama, Klinik gigi Aspalela. Kebetulan Abil serasi dengan Dr. Aspalela. Lalu saya ambil keputusan untuk ke sini sekali lagi.

Kali terakhir Abil ke sini, gigi tunggulnya dicabut. Tapi, dia sebenarnya masih 'takut-takut' untuk bekerjasama dengan doktor dan masih keberatan untuk duduk diam secara sukarela untuk diperiksa giginya. Saya fikir, jalan terbaik ialah 'membiasakan' Abil ke dentist ialah membawanya setiap kali kakak, adik Zarif atau saya sendiri membuat rawatan gigi.

Kalau Abil masih dalam fasa 'suaikenal' dengan dentist, adik Zarif pula sudah masuk fasa 'buat macam klinik gigi sendiri'.hehehe...

Bila nama saya dan Zarif dipanggil, Zarif dengan penuh bersemangat masuk dan terus duduk di kerusi pesakit, tanpa disuruh. Beberapa hari sebelum ke doktor, saya sempat memberitahunya, giginya yang berlubang dan sering sakit kebelakangan ini, mungkin akan dicabut doktor. Kalau perlu dicabut, mungkin perlu dibius. Saya sebut 'inject'. Dia mula takut, tapi masih bersemangat ke doktor. Saya berpesan lagi, sakit injection sekejap saja. Kalau tak dicabut, gigi yang berlubang itu akan sakit selama-lamanya. Dia diam. Nampak risau tapi masih bersemangat. hehe..

Di dalam bilik rawatan, sementara gigi Zarif dikerjakan diperiksa oleh Dr.Aspalela, saya dan Abil duduk berdekatan. Abil duduk DIAM sepanjang Zarif menerima rawatan. Tak ada drama panjat sana sini, lari sana sini, mahupun menjerit/ketawa/menyanyi sesuka hati. Sesekali dia toleh kiri dan kanan bila saya bercakap-cakap dengannya. Dengan nada separuh berbisik, saya brainwash beritahu Abil, "Dr.Aspalela baik. Dia tengok gigi adik. Dia cuci gigi adik. Dia nak cabut gigi adik. Tak sakit pun. Doktor buat baik-baik, perlahan-lahan. Lepas ni kalau Abil check gigi, Abil pun good boy macam Zarif."


Dua tiga kali saya ulang-ulang skrip yang sama. Sesekali saya terangkan apa yang doktor sedang buat. Semuanya ayat-ayat positif belaka supaya Abil senang ke dentist bila tiba gilirannya nanti. Sepanjang lebih kurang 20-25 minit duduk di kerusi menunggu, Abil sangat berhemah. Saya sedikit hairan tapi lega. Harap-harap sesi brainwash dan misi orientasi ke dentist berkesan.hehehe

Adik Zarif bagaimana? Mr. cool ini tak payah diceritakan panjang lebar. Saya rasa kalau Dr.Aspalela ada award untuk pesakit kanak-kanak terbaik, dialah champion-nya.haha Minggu depan giliran kak Dina pula ke dentist.



Nak tengok gambar? Jom!

Abil yang tekun melihat..

Gigi rosak? Tak ada lagi...


Jom balik :)


Sep 15, 2011

UPSR Oh! UPSR

dari google

Sudah 2 hari anak-anak darjah 6 menduduki UPSR. Entri ini saya tujukan buat semua anak istimewa, khususnya anak autisme yang berjaya mengambil UPSR tahun ini, juga tahun-tahun sebelumnya.

Yang ambil periksa tahun ini, keputusannya masih belum pasti. Yang ambil UPSR tahun-tahun sebelumnya, keputusannya dah pun lama tertera. Apa pun keputusan yang bakal atau dah pun diterima, TAHNIAH dan SYABAS sebab anak-anak autisme ini sebenarnya sudah pun mencatat satu rekod peribadi. Menduduki peperiksaan bukanlah satu perkara mudah bagi anak-anak ini. Tak kiralah UPSR ke, PMR ke, SPM ke, hatta peperiksaan peringkat sekolah sekalipun, keupayaan anak-anak ini untuk fokus dan duduk diam menjawab soalan-soalan dalam masa yang ditetapkan adalah satu KEJAYAAN.

Kejayaan ini pastinya dikongsi bersama guru-guru dan ibubapa yang terlibat sama melatih, membimbing, mengajar, memberi perhatian dan paling penting, memberi PELUANG kepada anak-anak ini. Samada dalam aliran pendidikan khas, lebih-lebih lagi yang berpeluang berada dalam aliran perdana (mainstream), semua yang terlibat dari awal sehinggalah ke saat anak-anak autisme ini menggenggam keputusan mereka, harus diberi PUJIAN. Sesungguhnya jasa anda akan dikenang sepanjang hayat. Hanya Tuhan yang mampu membalasnya.

Keputusan mereka, samada sekadar memuaskan atau sederhana, usahlah ditanya dan dipersoal. Yang mendapat keputusan cemerlang, ianya satu BONUS yang tak ternilai. Yang bagus terus dilatih. Yang sekadar 'cukup makan' pun terus dilatih dan dipimpin bersama. Jangan ada yang dibiarkan tercicir. Jangan ada yang dilepas pandang. SEMUA ada potensi. Keputusan akademik hanyalah satu aspek kecil dalam kehidupan. Banyak lagi aspek-aspek lain yang perlu dikejar dan terus dikejar.

Anak saya, Abil baru 8 tahun umurnya. Saya harap nanti dia juga bakal diberi peluang yang sama seperti rakan-rakan lain ,yang autisme dan bukan. Bukan hanya untuk UPSR, tetapi untuk apa juga bentuk penilaian dan peperiksaan yang diperlukan untuk masa depannya.

Mudah-mudahan ada rezekinya. Mudah-mudahan juga ada rezeki untuk semua anak-anak autisme di luar sana.

Jangan lupa klik link di bawah, tulisan Temple Grandin.



Hari ini sudah hari Khamis. Esok hari Jumaat.

Selamat hari Malaysia :)

Sep 12, 2011

Obsesi yang baru

Macam-macam obsesi.
Memintal dawai.
Menarik toilet flush.
Memetik suis.
Merenung kipas dan segala yang berpusing.
Bermain dengan gajet, kamera, handphone dan komputer.
Piano.
Plants vs Zombie.
Shrek. Nemo. Bolt.
Fuhh...senarai yang tak akan habis.
Kebanyakannya bermusim.
Sekejap ada, sekejap tak ada.
Obsesi yang kekal dulu hingga kini, bermain dengan dawai.
Autisme dan rutin/aktiviti yang berulang-ulang. Sangat sinonim.
Stereotaip.
Ada baik dan buruknya tentang situasi ini.
Nak tahu lebih lanjut, sila baca sini.
So, apa yang baru?
Sekarang dia suka Toy Story.To Infinity and Beyond.
Ya.
Skrip baru yang bakal terngiang-ngiang di telinga saya buat masa ini.Scene paling Abil suka?
Buzz Lightyear 'terbang'.
Nak tengok? Nun.....di bawah.


Ooops...tak boleh nak share pulak klipnya.
Kita layan gambar sajalah ye..hehe.

#semua imej dari google

Saya sedang melayan blues pagi-pagi ini.
Virus M(alas) sedang menyerang.
Anda bagaimana?

Sep 9, 2011

Bila Abil bergurau senda

Eye contact yang minima. Komunikasi yang agak terhad. Keupayaan verbal yang sedikit, hanya bila perlu.

Pandaikah Abil bermain? Pandaikah Abil bergurau senda? Pandai. TAPI dengan cara dan gayanya tersendiri.

Kalau dia tidak respon pada anda, dia bukan sombong. Sebaliknya dia belum betul-betul 'kenal' anda. Di kalangan adik beradik dan keluarga terdekat, Abil tak 'sombong'. Sebaliknya, dia agak 'manja'. Dia bermain dan bergurau senda seolah-olah autisme tak ada dalam kamus hidupnya. Tanpa ayat. Sesekali ada perkataan. Selalunya senyum. Ketawa. Kadang-kadang bertepuk bertampar.

Paling dia suka, PokSu dan Pokteh. Kenapa? Sebab adik saya berdua ni 'rajin' melayan. Bahan bukti? sila jenguk di bawah. Oh ya! seperti biasa, kak Dina dan zarif join sekaki.

Ready..Set....Go!



BIla Abil berhari raya (episod 2)

Syawal datang. Ramadhan pergi.
Balik USJ. Balik Arau. Balik semula ke JB. haihh...
Sejak balik ke JB, saya seperti hidup di dalam blues..hehe
Tapi takpe, blues tetap blues tapi warkah mesti mahu di-update juga, ye tak?

Raya Edisi 2011.
Pastinya berbeza daripada Edisi 2010.
Yang penting, meriah, ceria, gembira. Secukup rasa.
Geram pun ada juga..hehe.
Apakah? Teruskan membaca.


Inilah satu-satunya gambar Abil berpakaian melayu lengkap ala Hang Tuah berkopiah. Visual seorang hero yang gembira. Di sebalik tabir, dia sempat 'mengamuk' sebab baju melayunya tak boleh tuck in ke dalam seluar. "Masukkan baju! Masukkan baju". Memang itu rutinnya. Setiap kali sarung baju, WAJIB dimasukkan ke dalam seluar. Smart. Handsome.

Bila berbaju melayu, takkan nak tuck in bajunya ke dalam seluarnya, ye tak? Mujurla ada samping. Selamattt...Bila sudah mula 'mengamuk', moodnya pun sudah terjejas. "Boleh ke pergi masjid ni?" saya berbisik perlahan pada encik suami. Diam. Tak ada jawapan. Saya tahu encik suami serba salah. Mood Abil tak boleh dipandang ringan.

Saya cuba positif. Saya cuba brainwash Abil. Sambil menyuapnya makan, saya cakap berulang-ulang kali. "Abil nak pergi masjid. Solat hari raya. Abil good boy. Boleh solat di masjid. Ikut ayah." Macam tape recorder. Diam. Tak ada eye contact. Hanya terus makan sampai habis.

Akhirnya Abil berjaya juga ke masjid. Syabas untuk encik suami yang berani beri peluang pada Abil. Balik saja dari masjid, saya terus minta laporan..hehe. Encik suami bercerita perlahan-lahan. Ada kolam di tempat ambil wudhu', dia sibuk sebut 'Swimming pool! swimming pool!". Mujur la Abil masih boleh dikawal. Masih boleh dengar arahan. Encik suami bersolat sambil pegang tangan Abil dua kali kerana takut dia lari. Selesai solat juga, Abil dan ayahnya berpindah tempat supaya lebih selesa untuk menunggu khutbah selesai. Secara keseluruhannya, misi berjaya! Tahun depan boleh solat Aidilfitri lagi...

Selesai solat hari raya, kami mula bergerak ziarah hari raya. Tahun ini, Abil lebih hiper daripada biasa. Overdose milo agaknya. Cubaan untuk makan biskut London Almond dan yang seangkatan dengannya, kami 'cantas' satu persatu. No. Tak boleh. Itulah skrip kami. Ada juga tuan rumah yang 'pelik'. Tapi saya terangkan dengan baik. Bukanlah kerana nak berpantang diet 100%. Saya tak mahu tabiat makan separuh saja menjadi-jadi. Hanya coklat yang dia mahu. Mana-mana bahagian yang berkacang, tepung dan lain-lain akan dibuang atau diluah begitu saja. Tak elok bukan?

Oh ya, Abil juga rimas berbaju melayu cekak musang. Bahagian lehernya agak 'mengganggu' Abil. Tahun lepas, berbaju melayu teluk belanga. No more baju melayu cekak musang next year! hehe

Selesai solat, kopiah 'hilang'. Samping pun 'terbang'. Mujurla masih mahu berbaju melayu lepas dipujuk-pujuk. Tekstur kain yang kurang selesa agaknya. Baju melayu tahun lepas nampaknya lebih baik dan serasi dengan Abil.
Main remote. Bermain di tangga. Rutin wajib hampir setiap kali bertandang. Yang anda lihat dalam gambar adalah gayanya yang sopan. Aksi-aksi akrobatik di tangga tak sempat diambil sebab sibuk menjerit suruh Abil "Turun!".

Raya kali ini, bukan Abil saja yang hiper. Zarif pun 2x5! Tak percaya, tengok gambar-gambar di bawah. Poksu (adik saya) dan encik suami bertungkus lumus mengepit menjaga Abil dan Zarif daripada terlalu menggelejat aktif.


Layan gambar lagi...
Nampak swimming pool itu? Cabaran 'besar' sewaktu kami berhari raya ke rumah seorang saudara kategori bangsawan. Berkali-kali tuan rumah offer anak-anak saya mandi di kolamnya. Kami tolak baik-baik. Takut nanti anak-anak saya tak mahu balik. Masa menziarah agak terhad. Tak boleh lama-lama.

Abil melihat-lihat kolam dari dekat. Saya tahu, kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia terus melompat ke dalam pool itu. Saya puji sikap Abil yang boleh mengawal diri dan terus bersabar waktu itu. "Jom balik!" arahan Tuk Ayah. Legaa....Abil tak 'mengamuk'. Sambil sengih-sengih, dia bersalam dengan tuan rumah dan terus masuk kereta. Fuhh!


Nampak macam sopan je kan? hehe. Jangan tertipu, relaks 5 saat je. Tak lama kemudian, jeng..jeng...jeng..
Hah! nampak tu. Nak memanjat, melompat, berlari sesuka hati. Saya cukup takut bila melawat rumah-rumah yang ada banyak perhiasan kaca. ..huhu


Selebihnya, Abil ok. Tantrum-nya hanya waktu pagi 1 Syawal. Sepanjang berhari raya, moodnya baik walaupun dilarang makan biskut coklat..hehe. Oopps lupa, satu lagi episod tantrum waktu kami sekeluarga mahu bergambar raya beramai-ramai. Lihat gambar di atas nun, Abil cuba buat peace macam kakak dan adik. Terkial-kial dia cuba membentuk jari-jarinya. Saya hanya senyum melihat. Semakin pandai meniru.


Bersosial? Masih jauh. Lebih banyak buat hal sendiri. Tapi sekurang-kurangnya tahun ini, dia semakin selesa dengan rutin menziarah dan dah pandai hulur angpau rayanya kepada saya untuk disimpan. Paling tidak pun, dia cuba simpan sendiri dalam poket.

Manis-kah pengalaman raya tahun ini? Sudah tentu!

Dengan Abil, walau sesusah mana pun cabarannya, alah bisa tegal biasa. Dalam hati rasa geram, tapi sayang tetap sayang. Dengan secebis SABAR yang masih ada, kami berhari raya seperti seorang jutawan. Bukan jutawan RM, tapi jutawan kasih sayang!

Masih mood Syawal kan? Selamat Hari Raya!! ;D