Sep 29, 2011

Warkah Oh! Warkah

jumpa di google

Mode 'bertapa'. Seminggu tidak on air.

Kebetulan hari ini, ada serba sedikit berita terkini yang nak dikongsi. Had masa saya 15-20 minit, jadi tak boleh goreng taip panjang lebar.

Semalam, Abil ikut rombongan sekolah sekali lagi. Alhamdulillah, dapat peluang ikut serta. Destinasinya sama macam tahun lepas, M.E.L.A.K.A. Cuma, kali ini dengan sekolah yang berbeza, cikgu dan kawan-kawan lain pula. Tanpa saya. Risau juga. Tapi tawakal sajalah. Syukur juga selamat pergi dan balik. Tidak ada gambar sebab cameralady kena tinggal kat JB hehe. Bagaimana keadaannya sepanjang hari? Masih belum sempat interview cikgunya. Saya andaikan baik-baik saja.

Autisme sangat 'dekat' dengan anda? atau, Anda mahu kenal siapa, apa, kenapa, bagaimana dan segalanya tentang Autisme? Silalah tonton filem Temple Grandin. WAJIB tonton. Sarat dengan inspirasi. Kalau tidak kerana Autisme pun, sangat digalakkan untuk menonton. Anak saya, Kak Dina menonton berkali-kali. Tanpa subtitle. Penuh khusyuk dan menghayati. So, jangan lepaskan peluang menonton filem ini.



jumpa di google juga


Mode 'bertapa' juga kerana saya sedang membaca buku, Thinking in Pictures (oleh Temple Grandin). Terkial-kial. Seronok membaca tapi kudrat mata masih agak terhad....fuhh! Untuk pengetahuan anda, saya 'dihadiahkan' buku ini oleh seorang kenalan dari Singapura. Tak pernah berjumpa. Lain bangsa. Lain agama. Lain warganegara. Tapi dia sangat murah hati dan memahami. Ya, dia juga ada anak autisme (sekarang belajar di kolej).



Masih ingat entri ini? Ya, saya sempat hadir ke majlis ilmu ini. Syukur. Seronok. Rasa nak pergi lagi dan lagi dan lagi dan lagi. haha Bagaimanapun, tak ada rezeki nak hadir Special Needs Education International Workshop di UM. Frust. Sedih. Kempunan. Tapi tak apa, insyAllah lain kali.

Oh ya, masih ingat lagi tentang Umar? Beliau baru saja release sebuah mini album. Berminat? Sila klik sini. Cepat!! hehe atau email saja ke:marina-ariff@yahoo.com untuk info lanjut. Saya sudah berjanji dengan ibu Umar untuk memberikan review. InsyAllah, dalam masa terdekat. Hari ini tak sempat. Dikejar had masa.

Ok. Harus berhenti sekarang. Jaga kesihatan. Jumpa lagi!


I am DIFFERENT. Not less.
~Temple Grandin

9 comments:

shogun_na said...

rindu dgn warkahmu....hari2 bukak...

Syahida said...

cik ina, tahuuuu...tk la kt peminat setia akak yg sorang ni..itu psl tgh bertapa pun mau kasik update juga :)

shogun_na said...

kena update la sbb tue ina pelik apsal la bertapa lama sangat nie...kan... :) Whatever pun, rindu tetap rindu dgn warkahmu dan keluargamu...Salam buat keluarga di majidi...

Edi said...

salam syida,
lama x komen kat blog awak nie.. tp tiap2 kalia de update mesti baca :) suke sgt sayings dr temple gradin tu... different but not less... terharu.. saya belum tgk lg cerita tu, tunggu adik download dulu... haha.. punyerlah kedekut!
anyway, sy dah register faaeq kat NASOM Setia Alam.. nanti sy story mory lg k...

nak sambung belajar dlm bidang ni mmg bagus.. in fact sy pun rasa mcm nak sambung jugak.. ambik diploma kat KL linguistic centre tu ke... mmg aritu dah click click dah.. hahaha... buat je syida, kalau pk byk2 mmg tak jadi. harung je :D

Syahida said...

kan edi kan? mmg nak kena HARUNG jelah..

dip kt KL linguistic tu cam ada a few friends yg tak berapa nak recommend. tapi ntahla...hv to see it for yourself first. shop around dulu la edi..

NASOM setia alam? baru bukak ye? bagusla...hopefully it will benefit faaeq :)

Dila Si Mama Dzariff said...

Nasib baikla jumpa mama sexy ni minggu lepas. waahhhh...abil sudah pegi trip sorang diri ekkk...syoknya!!

Syahida said...

allo dila, psl gi trip tu, ada citer di sebalik tabir..hehe. takpe nanti i pm u :)

ibuhebat said...

a'ah la akak.. lamanya bertapa :P

teringin la nak tgk citer tu dan baca buku yg akak rekomen tu... akak ni mesti tahu byk buku motivasi kan.. saya tgh mencari2 yg bagus.. any more suggestions? TQ!

Norsyahidah said...

tengok yati, jgn tak tengok...hehe
buku motivasi? adalah sikit..takdalah byk motivasi..itu pun masih banyak virus M dalam badan haha..