Oct 17, 2011

Bila Abil ke hipermarket

Bila Abil ke hipermarket, dia sudah makin kerap dilepaskan di luar troli. Masih ligat, hiper dan rancak. Bagaimanapun, dia pun semakin membesar. Perlu belajar berdisiplin, kawal diri tanpa berada di dalam troli.


Aksi-aksinya bila lepas bebas.
Saya tengokkan dan layankan.
Selagi terkawal, saya biarkan.

Orang lain pandang semacam?
Tuan-tuan dan puan-puan, anak-anak Autisme dan bukan, 2x5!


I Look, I See, I Touch, I Feel
Sambil ke hipermarket, sambil belajar.
Sesi mengenal kobis bersama adik Zarif :)




Berlari-lari untuk menimbang cili..
Cari benda tersembunyi: Di manakah Abil??




Tengok....dan tengok lagi...



Perhatikan di mana tangannya. Abil memang suka mahu 'merasa' semua benda. Saya biarkan. Mungkin dia mahu memenuhi keperluan sensorinya.



...dan dia 'menyentuh' lagi...



Kesopanan dan kesusilaan....hehe
sebab Big Boss ada kat sebelah!





....dan dia berlari! :D



Di cashier, terpaksa di'troli'kan semula untuk mempercepatkan proses bayar dan balik!
Bermain dengan plastik yang kak Dina tiupkan (macam belon) supaya 'leka'.




Budak kenit ni wajib enter frame..
Kalau tak, muncung 10 hari!
Thank you kak Dina for the 'balloon' :)




Not having children makes less work - but it makes a QUIET house.
~Susan Glaspell

Oct 14, 2011

Tuisyen Oh! Tuisyen

"Tuisyenkan anak orang, anak sendiri tak sempat di'tuisyen'kan..."

Begitulah lebih kurang keluhan saya. Keluhan seorang cikgu tuisyen separuh masa. Kalau dah namanya bekerja, separuh masa pun kadang-kadang macam sepenuh masa. Bezanya, sayalah bos, sayalah 'kuli'.


Hujung tahun lepas, azam saya mahu kurangkan bilangan pelajar. Saya pegang janji walaupun saya hilang 'separuh' daripada 'gaji' saya sebelum ini. Memang jumlah murid saya kurang 20-30% daripada tahun sebelumnya. Permintaan tetap ada cuma saya yang menolak.

Murid yang ramai =
LEBIH masa untuk penyediaan bahan mengajar =
Macam-macam karenah =
tahap stres yang lebih tinggi.




Sebab utama saya kurangkan jumlah murid, isu MASA. Yang lain tu, insyAllah boleh diurus (ye ke? hehe). Objektif saya untuk menumpukan lebih masa pada keperluan akademik anak-anak hanya tercapai lebih kurang 25%. Kalau dulu, kelas tuisyen saya setiap malam, termasuk Sabtu dan Ahad. Tahun ini, saya 'kosongkan' Sabtu dan Ahad. Tapi, hati saya masih rasa terkilan dan ralat.

Saya rasa, waktu paling sesuai bersama anak-anak menyelak buku sekolah, menyiapkan homework dan mengulangkaji serba sikit ialah selepas makan malam, sekitar jam 8-9 malam. Waktu itu, anak-anak sudah mandi, solat maghrib, sudah makan. Perut kenyang, badan bersih, hati senang. Lagipun, biasanya perkara terakhir yang dibualkan sebelum masuk tidur akan 'melekat' dalam otak dan mempengaruhi keadaan kita pada pagi esoknya. Memang elok sangatlah kalau dapat bersama dengan anak-anak lebih kurang 1-2 jam sebelum mereka tidur.

Masalahnya, saya terlepas semua peluang-peluang ini sebab kelas tuisyen saya berjalan pada waktu malam. Tak boleh dibuat waktu siang sebab selain bersekolah, murid-murid saya biasanya sibuk dengan sekolah agama, aktiviti ko-kurikulum, kelas tambahan dan macam-macam lagi. Membuat kelas pada hujung minggu pula memang tidak berbaloi sebab kehadiran murid agak 'menyedihkan' selain ia adalah masa saya bersama keluarga.

Kadang-kadang, bila saya habis kelas, Abil dah pun terlena sendiri. Kasihan. Pendekata, Abil terpaksa layan diri sendiri. Kakak dan Zarif pun sama. Samada membuat homework dan kemas beg sendiri, main game di komputer atau main berdua, sementara menunggu kelas saya tamat.

Minggu depan, kelas tuisyen saya sesi 2011 akan habis. UPSR dan PMR dah selesai. Tinggal SPM saja. Lega. Pada masa yang sama, saya akan bercuti tanpa gaji sehingga akhir tahun. Saya akan kembali fokus pada keperluan belajar anak-anak terutamanya Abil. Ya, target saya untuk mengajarnya membaca dan mengira sudah tercapai. Tapi, masih banyak kena polish. Banyak perkara yang dia sudah lupa dan jadi kurang mahir sebab saya tak konsisten melatih. Asal sempat. Mana la Abil nak cekap. Kak Dina dan adik Zarif tak banyak masalah. Tapi tak bermakna saya boleh pejam mata. Perlu dilatih dan terus dilatih juga supaya terus cemerlang. Bukan setakat cukup makan.

Tahun depan, bilangan murid akan terus dikurangkan. Saya juga merancang untuk kurangkan bilangan kelas dan subjek yang ditawarkan. Abil perlukan saya. Menjelang umurnya 9 tahun, dia kena 'naik pangkat'. Kalau sekarang setaraf dengan anak-anak 6 tahun. Tahun depan, Abil perlu kejar target lebih tinggi. Paling kurang pun silibus Tahun 1 dan 2 mesti dikuasai.




Peluang yang jarang sekali anak-anak saya dapat bersama saya.
FYI, ini bukan gambar terkini. Saya sudah 'peram' 2 bulan 10 hari...hehe


adik Zarif

Kak Dina


Abil



Tulisan Abil

Objektif: Meniru dengan betul (dari jarak dekat), Meningkatkan kordinasi tangan dan mata, Membaiki kualiti tulisan.
Komen: Dah boleh menulis atas garisan, tapi perlu belajar menjarakkan perkataan. Ada beberapa kesilapan semasa menyalin (salah ejaan, tertinggal perkataan dan sebagainya). Mak bagi 6/10 hehe..

Ok kawan-kawan.
Selamat berhujung minggu!



Oct 10, 2011

Jom berkenalan!


dari google.
Autisme dan nama-nama lain yang berkaitan.


Berkenalan? Bukan dengan saya. Dengan AUTISME.

Kenapa dengan Autisme? Pentingkah? Perlukah? Wajibkah?



Kalau tanya saya, YA. Simptom-simptom Autisme semakin kerap dilihat di kalangan anak-anak kecil. Kalau anda TAK tahu, TAK kenal, TAK ada ilmu tentang Autisme, masa depan anak-anak ini dikhuatiri boleh terjejas.It takes a village to raise a child. Tak kirala siapa pun anda. Seorang guru, ibu, suri rumah, pekerja kerajaan, pekerja swasta, usahawan, kerani, posmen, pelajar, artis ataupun selebriti, semuanya memainkan peranan sebagai ahli komuniti. Siapa tahu, kalau-kalau anak jiran anda, anak murid anda, anak saudara anda, adik anda atau zuriat anda sendiri menunjukkan simptom-simptom Autisme. Anda tak perlu panik. Tak perlu gelabah. Tak perlu resah. Betul, ia satu UJIAN. Tak ada manusia yang bebas 'diuji' selagi hidup di muka bumi. Maka anggaplah ia sebahagian daripada kehidupan. Yang penting, kita mesti berani menghadapi ujian itu. Kita mesti usahakan supaya LULUS ujian itu dengan CEMERLANG insyaAllah.

Mode hari Isnin. Mencari semangat yang hilang hehe.




Autisme. Satu spektrum.
Ada mild (minima). Ada severe (kronik).
Mild = High Functioning.
Severe = Low Functioning.
Spektrum sederhana, yang berada di antara keduanya.


Tahap IQ yang tinggi = Savant = Luar biasa
Tahap IQ yang rendah = Perkembangan terbantut/perlahan.
IQ sederhana, yang berada di antara keduanya.


Ya, Autisme yang sangat variasi.
Pelbagai. Berbeza-beza.

Ada yang hiperaktif. Ada yang tidak aktif langsung.
Ada yang verbal (boleh bercakap).
Ada yang non-verbal (tidak bisu, tapi tidak boleh bercakap).

Ada yang pandai melukis. Ada yang pandai muzik.
Ada yang pandai memasak.

Ada yang mempunyai bermasalah sensori yang serius.
Ada yang tidak.


Secara amnya, ada beberapa ciri-ciri klasik yang 'serupa' di kalangan semua individu Autisme.
Sukakan objek berpusing. Sukakan rutin.
Sukakan aktiviti yang berulang-ulang.

Suka mengatur objek.
Ada minat dan kecenderungan luar biasa pada sesuatu.

Tidak tahu bersosial. Tidak pandai berkomunikasi.
Tiada atau minima eye contact.
Perkembangan bercakap yang agak lewat. Speech Delay.
Rupa paras fizikal yang normal.



Autisme BUKAN penyakit. Ia masalah neurologi (sistem saraf).
Sistem saraf tubuh dan otak. Dikesan melalui tingkahlaku (behaviour) yang berbeza dan 'janggal'. Boleh dilihat sekitar umur 24-36 bulan. Lebih cepat dikesan, lebih baik.


Apa pun spektrum, keadaan, ciri-ciri dan simptom autisme, INTERVENSI AWAL boleh membantu. Diagnosis doktor hanyalah satu label.


Soalan Cepu Emas
Spektrum Abil

Terima kasih atas perhatian anda :)


Oct 9, 2011

Di suatu pagi

Rutin di setiap pagi (hari bekerja), Abil dan Dina bersiap-siap ke sekolah.

Sejak akhir-akhir ni, saya nampak 'tanda-tanda' yang sangat positif. Cuba untuk kejut kakak bangun tidur, menunggu kakak untuk bersarapan bersama dan menunggu kakak di muka pintu sebelum keluar rumah dan masuk ke dalam kereta. Tanpa suara. Abil akan diam berdiri sehinggalah kakak bergerak keluar dari bilik dan menuju ke meja makan. Abil juga akan menjengulkan mukanya melihat kakak sehinggalah kakak bergerak keluar dan masuk ke dalam kereta bersama-sama. Sekarang, bila kejut kakak, sudah ada dialog. Ringkas dan tonanya penuh 'skema'. "Kakak bangun! Kakak bangun!" sambil menggoyang-goyangkan tangan kakak.


Perkembangan ini mungkin nampak sangat remeh. Ia berlaku secara automatik. Semulajadi. Spontan. Untuk Abil, ia satu fenomena 'luar biasa'. Dia tak pernah ambil peduli apa yang kakak belum, sedang atau akan lakukan setiap pagi sehinggalah beberapa hari dan minggu kebelakangan ini. Kak Dina sendiri kadang-kadang 'terkejut' dan gembira dengan perhatian Abil.


Adegan bersarapan
BUKAN di meja makan, tapi di meja kelas tuisyen hehe
Berbualkah? BELUM lagi. Senyum-senyum. Ketawa.
Tapi hanya perbualan 'sehala', samada dari kakak atau saya.
Walaupun tanpa eye contact,
kami tahu Abil sentiasa 'menyerap'.

Lepas bersarapan, sesi pakai stokin dan kasut.
Sebelum ni, mesti mahu saya yang pakaikan segala.
Puas dipujuk. Tak makan saman.
Sejak minggu lepas, saya 'umpan' dengan coklat M&Ms.
Dengan penuh sukarela Abil buat sendiri. sabo jelah Hadiahnya, 2 biji coklat. Cukup.
Tak boleh lebih-lebih.
Biar coklat kekal sebagai luxury item untuk Abil.
Barulah berkesan sebagai 'umpan' hehe.


Bila Abil tak memerlukan 'umpan' lagi,
barulah saya anggap dia BERJAYA. kita tunggu dan lihat ye!

Don’t underestimate persons with autism, try to understand.
~Joell
http://lastcrazyhorn.wordpress.com


Oct 6, 2011

Tentang Umar Hasfizal (Episod 2)

Anda belum kenal siapa Umar, maka episod 1 ada di sini.

Umar, Oh Umar!



Secara peribadi, saya kagum dengan pencapaian dan segalanya tentang Umar. Ya, dia menyanyi. Itu bakatnya. Itu kecenderungannya. Itu minatnya. Walau ada yang memandang remeh, temeh dan tidak seberapa, saya tumpang bangga dan seronok dengan anugerahnya itu. Mudah-mudahan anugerah Tuhan ini akan terus dijana secara positif dan tidak dimanipulasi secara negatif.


Ini bukan entri ambil hati atau 'bodek', walaupun saya kenal dengan keluarga Umar, khususnya ibunya secara peribadi. Syukur. Walaupun baru kenal, chemistry kami sangat kuat. Pantang berjumpa, sembang tak hingat! hehe


Sebaik saja mendapat tahu tentang single terbaru daripada Umar, saya terus dihubungi oleh ibu Umar. Baru saya berangan-angan nak beli, rupanya kak Marina sudah dapat 'membaca' fikiran saya. Ya, terlebih chemistry! hehe


Tak sampai dua hari menunggu, CD Umar sudah tiba ke tangan saya. Sedap. Tak rugi langsung kalau anda membelinya. Lagu-lagunya berentak ballad (kalau salah ampun ya, saya ni bukan expert bab muzik ni..hehe). Saya paling suka duet dengan Ning Baizura. Lagu Abah juga agak menyentuh jiwa. Paling saya suka, saya dapat signed copy. hehe


Tahniah kepada Brian JY kerana memberi peluang kepada Umar. Bakat yang banyak membantu Umar keluar daripada kepompong Autisme-nya, belajar bergaul, berkomunikasi, menjadi berani, memupuk keyakinan diri dan juga menjadi sebahagian daripada ahli komuniti. Saya harap ada rezekinya untuk menghasilkan album Nasyid atau bacaan Al-Quran pula...sayang kalau potensi Juara hafazan dan mengaji ini dibiarkan begitu saja.

Sokongan anda kepada anak Autisme ini sangat-sangat dihargai.

Jaga diri! :D

Oct 4, 2011

Kongsi tentang Sensori


dari google


Masalah sensori. Sangat biasa berlaku di kalangan individu bermasalah pembelajaran, termasuklah Autisme. Kalau anda baca buku atau menonton fiem Temple Grandin, banyak diterangkan tentang masalah sensori yang beliau hadapi sebagai seorang individu Autisme.

Sebenarnya, bukan individu autisme, bermasalah pembelajaran atau insan-insan istimewa saja yang bermasalah sensori. Individu biasa (bukan autisme) macam saya, anda..anda...dan anda pun sama. Masalah sensori ni sangat luas. Skopnya ialah organ-organ sensori iaitu mata, telinga, hidung, kulit, lidah dan otot-otot dan daya keseimbangan badan. Organ-organ ini biasanya berkeadaan baik. Secara amnya, anda boleh melihat, mendengar, menghidu, menyentuh, merasa dan bergerak secara normal. Cuma, apabila rangsangan/stimulasi diterima oleh organ-organ terlibat dan dihantar ke otak untuk menghasilkan respon atau tindakbalas, beberapa masalah mungkin timbul semasa proses itu berlaku.

HIPERsensitif ialah istilah yang diberi jika organ-organ ini terlalu sensitif, memberi tindakbalas BERLEBIHAN apabila menerima sesuatu rangsangan.

Contoh:
Sensori sentuhan (kulit) yang HIPERsensitif menyebabkan seseorang itu 'tidak tahan' atau rimas dengan sesetengah tekstur pakaian, permaidani, cadar atau air pancutan mandi (shower) yang sederhana. Kadang-kadang ke tahap tak mahu atau mengelak daripada dipeluk atau disentuh (terutamanya secara mengejut).


Sensori merasa (lidah) yang HIPER juga mengakibatkan seseorang hanya mahu makan makanan-makanan yang bertekstur lembut, lembik dan halus.


Sensori pendengaran (telinga) yang HIPER juga menyebabkan seseorang itu 'takut' dan rimas dengan bunyi-bunyi vacuum, blender, alat pemotong rambut, mesin pemotong rumput, mahupun suara individu lain bercakap secara berlebihan atau menjerit.

HIPOsensitif pula apabila organ-organ menerima ransangan tetapi memberikan tindakbalas yang MINIMA atau tidak bertindakbalas langsung.

Contoh:
Sensori sentuhan (kulit) yang HIPOsensitif menyebabkan seseorang itu tidak atau kurang merasa sakit apabila terhantuk, dipukul, terjatuh atau luka. Juga tidak merasa geli atau tidak respon apabila digeletek di sesetengah bahagian badan.


Sensori pergerakan (otot-otot)/daya imbangan yang HIPO pula membuat seseorang itu tidak merasa pening/mabuk walaupun berpusing untuk jangkamasa yang lama. Sentiasa ingin bergerak, tidak duduk diam dan sukakan pergerakan pantas seperti menaiki buaian, melompat di atas trampoline dan berlari juga adalah ciri-ciri sensori yang HIPOsensitif. Mereka nampak hiperaktif (terlalu cergas) sedangkan ia berlaku kerana organ sensori mereka 'dahagakan' input (rangsangan).

Kebanyakan masalah sensori yang berlaku adalah gabungan kedua-dua keadaan, HIPER dan HIPO pada organ-organ atau bahagian tubuh yang berlainan.

Kesan daripada sensori yang HIPO dan HIPER inilah yang menimbulkan banyak kelakuan-kelakuan 'pelik' dan janggal di kalangan individu autisme. Namun demikian, perangai-perangai 'pelik' juga boleh disebabkan masalah perlakuan (behaviour problem). Anda harus faham dan tahu tentang masalah sensori, sebelum membezakannya dengan sikap-sikap negatif seperti moody, malas, mengada-ngada, memilih, tidak mahu bekerjasama dan sebagainya. Mahu lebih info, sila baca sini.

Nak tahu masalah sensori saya? Sensori pergerakan/daya imbangan saya agak bermasalah. Saya gayat pada ketinggian, pergerakan yang laju (macam rollercoaster), takut apabila kaki saya tidak jejak permukaan tanah (seperti naik cable car dan rollercoaster sekali lagi. Untuk pengetahuan, saya takut memandu terutamanya di jalanraya fly-over yang tinggi, sempit dan curam. Dulu, langsung tak berani memandu.Sekarang sudah ok. Tapi rollercoaster dan cable-car, masih NO-NO! hehe

Masalah sensori Abil? Dulu, agak banyak. Sekarang, agak minima. Dulu, tidak mahu bersongkok. Menangis apabila mandi dan bersyampu. Sukar bergunting rambut. Tak suka dipeluk. Kurang gemar dan selalunya 'mengamuk' bila berada di dalam kelompok orang ramai, shopping mall, kenduri kendara atau hari keluarga. Tidak tahan bunyi vacuum,blender, mahupun bunyi motosikal posmen. Suka 'mengunyah ' objek, memasukkan objek ke dalam mulut. Susah memberus gigi. Tidak suka menggunakan tangan untuk bermain pasir, menguli playdoh atau tepung.

Sekarang, sudah boleh bertopi dan bersongkok. Bersikat masih sukar tapi bergunting (dengan alat pencukur) sudah mula diterima (secara perlahan-lahan). Tidak sensitif pada bunyi vacuum dan blender lagi, tapi bunyi powerdrill masih agak 'manakutkannya'(tidak ke tahap menyebabkan tantrum, hanya lari). Motosikal posmen? No problem. Bersyampu dan memberus gigi juga tak ada masalah. Mengunyah objek tiada lagi. Sesekali masih memasukkan objek ke dalam mulut. Boleh memeluk dan dipeluk oleh ahli keluarga dan yang rapat dengannya. Dengan orang asing, dia akan memeluk sambil kepalanya menoleh kiri kanan atau menunduk tanda rimas.

Rawatan untuk masalah sensori? Occupational Therapy, Sensory Integration dan Urut. Saraf-saraf pada tubuh dan otak perlu di'perbetul'kan dan ditingkatkan kualitinya supaya proses menghantar-menerima-memberi tindakbalas di antara organ deria dan otak berjalan lancar. Rawatan di atas perlu dilakukan sekerap mungkin, secara konsisten dan berterusan. Ada yang menunjukkan perubahan cepat, ada juga yang mengambil masa yang lebih lama. Yang penting, usaha.



Sekian perkongsian ilmu untuk hari ini.


Selamat berkenalan dengan sensori-sensori anda!




One of my sensory problems was hearing sensitivity, where certain LOUD noises, such as a school bell, hurt my ears.
It sounded like a dentist drill going through my ears.
- Temple Grandin


Oct 2, 2011

Lompat! Jump! Rebound!

Lompat = Jump = Rebound. Adik beradik seibu sebapa hehe. Saya suka tengok anak-anak saya AKTIF. Berlari. Meloncat. Memanjat. Berguling. Merangkak. Tapi biar kena pada tempat dan masa. Bukan dimana-mana saja. Sesuka hati.Sesedap rasa.

Oleh itu, setiap hujung minggu, wajiblah saya bawa mereka bermain dan mengeluarkan lebihan tenaga dalam badan mereka tu, seperti di sini dan sini.


Semalam mereka main sepuas hati di kawasan inflatable ini. Berbayar, tapi berpatutan. Mereka main sampai lupa daratan.haha. Bagus main lompat-lompat ni, ala-ala melompat atas trampoline juga. Walaupun ada air-cond, Abil melompat sampai berpeluh-peluh. Untuk rekod, Abil ni sangat SUSAH nak berpeluh. Kak Dina dan adik Zarif pula, tercungap-cungap mengejar Abil sebab menjalankan amanah. Seperti biasa, bila masuk ke kawasan bermain, sebelum mereka meninggalkan saya di luar, saya berpesan, Go. Jaga Abil! 'pengawas-pengawas'ku ini memang sangat komited menjalankan tugas.hehe


Aktiviti ni bagus. Antaranya, mengaktifkan lymph nodes pada tubuh untuk mengeluarkan toksin-toksin dengan lebih efektif. Sistem imuniti badan akan meningkat. Juga baik untuk menguatkan otot-otot, memperbaiki koordinasi tubuh dan menguatkan jantung. Kesihatan mental dan otak juga boleh meningkat menerusi aktiviti ini. Nak tahu lebih? Boleh baca sendiri di sini dan sini.



Anda bagaimana? Jom!



Fuhh! Letak dorang kat sini 24 jam pun dorang sanggup.
Jom balik!

Salam hari Ahad. Selamat bersama keluarga.