Oct 14, 2011

Tuisyen Oh! Tuisyen

"Tuisyenkan anak orang, anak sendiri tak sempat di'tuisyen'kan..."

Begitulah lebih kurang keluhan saya. Keluhan seorang cikgu tuisyen separuh masa. Kalau dah namanya bekerja, separuh masa pun kadang-kadang macam sepenuh masa. Bezanya, sayalah bos, sayalah 'kuli'.


Hujung tahun lepas, azam saya mahu kurangkan bilangan pelajar. Saya pegang janji walaupun saya hilang 'separuh' daripada 'gaji' saya sebelum ini. Memang jumlah murid saya kurang 20-30% daripada tahun sebelumnya. Permintaan tetap ada cuma saya yang menolak.

Murid yang ramai =
LEBIH masa untuk penyediaan bahan mengajar =
Macam-macam karenah =
tahap stres yang lebih tinggi.




Sebab utama saya kurangkan jumlah murid, isu MASA. Yang lain tu, insyAllah boleh diurus (ye ke? hehe). Objektif saya untuk menumpukan lebih masa pada keperluan akademik anak-anak hanya tercapai lebih kurang 25%. Kalau dulu, kelas tuisyen saya setiap malam, termasuk Sabtu dan Ahad. Tahun ini, saya 'kosongkan' Sabtu dan Ahad. Tapi, hati saya masih rasa terkilan dan ralat.

Saya rasa, waktu paling sesuai bersama anak-anak menyelak buku sekolah, menyiapkan homework dan mengulangkaji serba sikit ialah selepas makan malam, sekitar jam 8-9 malam. Waktu itu, anak-anak sudah mandi, solat maghrib, sudah makan. Perut kenyang, badan bersih, hati senang. Lagipun, biasanya perkara terakhir yang dibualkan sebelum masuk tidur akan 'melekat' dalam otak dan mempengaruhi keadaan kita pada pagi esoknya. Memang elok sangatlah kalau dapat bersama dengan anak-anak lebih kurang 1-2 jam sebelum mereka tidur.

Masalahnya, saya terlepas semua peluang-peluang ini sebab kelas tuisyen saya berjalan pada waktu malam. Tak boleh dibuat waktu siang sebab selain bersekolah, murid-murid saya biasanya sibuk dengan sekolah agama, aktiviti ko-kurikulum, kelas tambahan dan macam-macam lagi. Membuat kelas pada hujung minggu pula memang tidak berbaloi sebab kehadiran murid agak 'menyedihkan' selain ia adalah masa saya bersama keluarga.

Kadang-kadang, bila saya habis kelas, Abil dah pun terlena sendiri. Kasihan. Pendekata, Abil terpaksa layan diri sendiri. Kakak dan Zarif pun sama. Samada membuat homework dan kemas beg sendiri, main game di komputer atau main berdua, sementara menunggu kelas saya tamat.

Minggu depan, kelas tuisyen saya sesi 2011 akan habis. UPSR dan PMR dah selesai. Tinggal SPM saja. Lega. Pada masa yang sama, saya akan bercuti tanpa gaji sehingga akhir tahun. Saya akan kembali fokus pada keperluan belajar anak-anak terutamanya Abil. Ya, target saya untuk mengajarnya membaca dan mengira sudah tercapai. Tapi, masih banyak kena polish. Banyak perkara yang dia sudah lupa dan jadi kurang mahir sebab saya tak konsisten melatih. Asal sempat. Mana la Abil nak cekap. Kak Dina dan adik Zarif tak banyak masalah. Tapi tak bermakna saya boleh pejam mata. Perlu dilatih dan terus dilatih juga supaya terus cemerlang. Bukan setakat cukup makan.

Tahun depan, bilangan murid akan terus dikurangkan. Saya juga merancang untuk kurangkan bilangan kelas dan subjek yang ditawarkan. Abil perlukan saya. Menjelang umurnya 9 tahun, dia kena 'naik pangkat'. Kalau sekarang setaraf dengan anak-anak 6 tahun. Tahun depan, Abil perlu kejar target lebih tinggi. Paling kurang pun silibus Tahun 1 dan 2 mesti dikuasai.




Peluang yang jarang sekali anak-anak saya dapat bersama saya.
FYI, ini bukan gambar terkini. Saya sudah 'peram' 2 bulan 10 hari...hehe


adik Zarif

Kak Dina


Abil



Tulisan Abil

Objektif: Meniru dengan betul (dari jarak dekat), Meningkatkan kordinasi tangan dan mata, Membaiki kualiti tulisan.
Komen: Dah boleh menulis atas garisan, tapi perlu belajar menjarakkan perkataan. Ada beberapa kesilapan semasa menyalin (salah ejaan, tertinggal perkataan dan sebagainya). Mak bagi 6/10 hehe..

Ok kawan-kawan.
Selamat berhujung minggu!



9 comments:

Edi said...

mmg susah ajar anak sendiri.. saya mmg fail! hehe

Syahida said...

haha edi! betul tu...tapi terpaksalah..kalau kita tak ajar sndiri, tak mampu nak upah private tutor(untuk Abil) ..huhu

Marina Ariff said...

tulisan abil sama mcm umar mula2 menulis dulu....habis semua disambungnya, pas tu sebesar2 alam hahaha.......

Marina Ariff said...

tulisan abil sama mcm umar mula2 menulis dulu....habis semua disambungnya, pas tu sebesar2 alam hahaha.......

Syahida said...

k.marina, lega baca komen akak. must be a flashback of tulisan umar kan? so legalah sikit saya..at least i know that he's on his way to the next level, level tulisan cantik..hehe

fasa tulisan sebesar2 alam tu da lepas..la ni fasa menulis 2 baris selama sepuluh jam, boleh?

Marina Ariff said...

yg jadi lama tu sbb kena suruh....kalau dibagi kertas byk2 kat dia freely mesti kejap je dah penuh kertas tu ;)

maya amir said...

lame tak dtg sini.. eh abil sek kat mana ye?

Syahida said...

k.marina, tengok mood abil jugak..skrang ni minat menulis dia da kurang..tapi mmg bila disuruh & kna fokus, yg 5 minit leh jadi 10 jam. tapi kalau menulis freely, time mood ok mmg bnyk yg ditulisnya :)

Syahida said...

maya, sek tu dekat je ngan rumah u. nanti sy pm eh..