Nov 2, 2011

Ada apa dengan OT ( episod 2)

Occupational therapy. Antara terapi dan intervensi yang bagus untuk individu autisme. Ada banyak pilihan rawatan dan terapi yang sesuai. Yang penting ibubapa harus bijak memilih yang sesuai dan serasi untuk anak-anak mereka. Harus diingat, apa juga program terapi dan intervensi patut dimulakan seawal yang boleh, sebaik-baiknya pada usia 2-6 tahun. Ada yang bermula sejak bayi, tiada masalah. Lebih cepat, lebih baik.

Untuk mendapatkan kesan yang optimum, rawatan dan terapi juga mesti dibuat secara konsisten. Bukan bermusim. Bukan sekejap ada, sekejap tak ada. Lebih kerap, lebih baik.

Saya suka dengan occupational therapy (OT). Pada saya, terapi ini ibarat pakej 5 dalam 1. Selain ada latihan senaman untuk otak (ala-ala sensory integration atau brain gym), ia juga mengajar aspek pengurusan diri, komunikasi dan apa saja yang berkaitan dengan rutin harian kita.

Sebelum ini, Abil hanya hadir sesi OT setiap 2-3 bulan sekali di hospital kerajaan. Ya, sesi yang agak jarang-jarang dan tidak konsisten. Temujanji di hospital kerajaan memang tidak boleh dibuat sekerap yang kita mahu sebab kekurangan kemudahan dan terlalu banyak permintaan (waiting list yang panjang).

Oleh itu, saya cuba penuhi keperluan terapi Abil dengan menghantarnya ke Happyland Special Education Centre untuk program sensory integration 1-2 kali seminggu. Sudah 3 tahun ini menjadi rutinnya.

Sekarang, sudah hampir setahun Abil ber-OT di IndeBrain. Saya diperkenalkan dengan Syikin, jurupulih terapi OT oleh kawan 'sekapal' saya, cik Dila. Pada mulanya, temujanji Abil dengan Syikin hanyalah 2-3 kali sebulan. Sejak bulan lepas, sesi OT Abil sudah meningkat kepada 8 kali sebulan (2 kali seminggu). Memang penat ulang alik ke IndeBrain yang lokasinya agak jauh dari rumah saya. OT yang lebih kerap juga bermakna kos yang lebih tinggi. Tapi tak apa, saya anggap ini semua 'pelaburan' untuk Abil. Harap-harap rezeki Abil akan berterusan.


Jom tengok aksi-aksi Abil dalam sesi OT.

Melompat di atas trampolin (sambil tepuk tangan, sambil mengira)

Melompat di dalam gelung rotan

Merangkak di dalam terowong

Summersault

Table activity
Aktiviti meniru tulisan
(Latihan menulis, fokus dan kordinasi mata)



Ada banyak lagi aktiviti. Berbuai, berguling, brushing, flash cards, memory game, puzzle, bermain bola. Macam-macam ada. Sesi 1 jam setengah yang sangat produktif!

Lebih info tentang occupational therapy? Boleh klik sini.


Hari ini sudah hari Rabu.

Cepatnya masa berlalu. Jumpa esok lusa!


4 comments:

hannahsarah said...

Demi anak kita sbg orang tua sanggup lakukan apa saja dan berhabis. Moga Abil menunjukkan reaksi positif. Lambat atau cepat bukan persoalannya. Moga Syahida pun terus tekad melakukannya.....

Syahida said...

hannahsarah, terima kasih. biar berhabis dan bersusah2 sekarang, insyAllah senang di kemudian hari :)

Edi said...

syida, berapa yuran syida hantar kat sini? dia kira per month ke atau per session? kat sini dlm rm80-rm90 per session.. mahal!

ps: i baru beli trampoline, puas carik, tesco, giant sumer takde.. last2 jumpe kat alamnda, kedai sports.. melompat sakan la dua beradik tu atas trampoline tu!

Syahida said...

edi, the fee is about the same..RM80-90 per session is considered ok sbnrnya..ada yg lebih MAHAL. with syikin (abil's OT) ada pakej RM450 per month (8 sessions). oklah...still affordable.

trampoline is great! u tgkkan jelah berapa lama dorang berminat nak melompat atas tu..mine dah terbiar takde sape nak lompat...hehe