Dec 26, 2011

Bila Abil ke dentist (episod 2)



Enam hari lepas, Abil menjalani rawatan gigi di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam. Terpaksa ke hospital swasta. Saya rasakan keadaan giginya tak boleh ditunggu lagi. Waiting list untuk rawatan gigi (dengan kemudahan GA atau bius) di hospital kerajaan sangat panjang. Makin lama tunggu, makin kronik. Makin kronik, makin tinggi kosnya nanti. Kos mencabut giginya memang mencecah 4 angka. Tapi tak apalah, janji anak saya sihat dan selesa. RM boleh dicari.

Oh ya, kenapa perlu GA/bius? Sebab Abil terlalu fobia dengan dentist. Bila dengar perkataan "dentist" atau "doktor" saja pun, dia dah takut. "Ma, stop!" katanya. Bila berjumpa dentist, tak mahu langsung bekerjasama. Ini semua berdasarkan 5-6 kali pengalaman kami ke dentist. Jadi jawapannya, perlu ditidurkan.


Kami sampai lebih kurang jam 7.30 pagi. Sebaik mendaftar dan membayar deposit, terus kami diarahkan ke wad Day care.

Lebih kurang jam 8.45 pagi, saya dan Abil diminta menukar pakaian khas untuk masuk Operation Theater (OT). Saya dengar seorang anak di sebelah, minta ditukarkan baju pun dia tak mahu. Abil pula tak membantah. Lega. Alhamdulillah.



Dijadualkan masuk ke OT untuk bius (pengsan) sekitar jam 9-9.30 pagi. Tapi sehingga jam 9.50 pagi kami masih menunggu. Abil masih tenang tapi dah tak mahu disogok dengan lappy lagi. Saya pula, dah mula risau. Takut Abil minta makanan sebab dia berpuasa sejak malam sebelumnya sehinggalah prosedur selesai.



Akhirnya, jam 10 pagi kami memasuki OT. Jam 10.15 pagi, Abil diberikan bius (gas). Jam 10.30 pagi, prosedur selesai. Tiada drama meronta, menangis dan yang sewaktu dengannya. Saya sangat LEGA. 3 batang gigi berjaya dicabut. Maaf ya, gambar kabur.


Sejurus ditolak keluar dari OT, Abil dah sedar. Dah buka mata. Sangat responsif. Mereka monitor dulu keadaannya selama lebih kurang 15-20 minit sebelum dihantar semula ke wad. Semua OK. Tak menangis. Hanya minta dipeluk.



Lebih kurang jam 11.15 pagi, kami dah sampai di wad semula. Saya beri Abil rehat sebentar. Kemudian, kami tukar baju semula. "Nak aiskrim! nak aiskrim!". Abil bersuara minta aiskrim. Dia masih ingat skrip doktor masa di OT tadi, lepas cabut gigi boleh dapat hadiah aiskrim hehe. FYI, lepas cabut gigi, memang elok makan yang sejuk-sejuk dan berais untuk menghentikan pendarahan. Lebih kurang jam 11.45 pagi, makan tengahari pun sampai. Menu utama; aiskrim!



Selain aiskrim, ada bubur sejuk. Abil makan dengan penuh selera. Lapar agaknya. Hampir 12 jam berpuasa sejak malam sebelumnya.

Semuanya dah selesai. Luka di gusinya nampak semakin pulih. Syukur. Semuanya dipermudahkan. Tuhan saja yang tahu betapa RISAUnya saya sebab encik suami tak ada sewaktu prosedur ini berlangsung. Hanya adik saya, Keen yang temankan saya.

Saya beri Abil full mark, 10 markah. Behaviour yang sangat bagus sepanjang hari. Berbaloi-baloi saya risau sejak seminggu sebelum hari rawatan. Tak lena tidur berhari-hari. Antara persiapan saya, suami dan keluarga; Solat hajat, bacaan Quran (surah Ibrahim, surah Yassin) dan doa. Sangat mujarab!

Selain itu, saya buat social stories untuk Abil. Bercerita. Bercerita dan bercerita tentang sesi berjumpa doktor dan dentist supaya dia faham dan tahu apa yang perlu dijangka. Sangat bagus untuk mengelakkan tantrum. Untuk anak autisme, penggunaan visual dan gambar untuk social stories sangat membantu.

Oh ya, lebih kurang jam 1 petang, kami discaj. Misi selesai!




8 comments:

shogun_na said...

terbaek la abil... Jauh beza dgn Ammar...cuma awal2 tue mmg disogok dgn main game, mainan ala-ala PSP...dipegang smpai masuk ke bilik OT... Kalau kami ke swasta awal mgkin jumlah gigi yg dicabut tidak sebanyak sekarang cuma kat Kuantan sy tak pasti ada ke tidak hospital swasta yg menjalani prosedur seperti ini...

Mmg, lepas selesai...sangat lega lagi2 bila anak semakin aktif dan menunjukkan kesan yg positif. Alhamdulillah...selesai semuanya...

Mommy Gaban said...

Kat Kuantan saya penah bwk Eusoff pegi tampal gigi kat Klinik An-Nur, Sg. Isap.. Mmg dia jerit dan nangis2..tapi lepas babah dia baring sekali atas kerusi tu peluk dia, dentist tampal gigi dia.. ok la dia nak buka mulut.. Tapi telinga mmg bingit tak dengar apa dah kecuali suara dia je.
Sekarang ni saya asyik la gosok gigi dia..takut rosak lagi. Serik rasanya..Nasib la baru 3 thn. Kalau besar tak tau mcmana nak pegang dia..

Syahida said...

ina, Ammar lbh muda drpd abil.so boleh dimaafkan kalau dia menangis pun. agaknya kalau Abil berdepan dgn prosedur ni 3-4 thn dulu, maybe situasinya berbeza. Apa pun, syukur semua dah selesai..kna make sure maintenance giginya pulak :)

Syahida said...

mommy gaban, bagusla kalau rajin gosok gigi..mmg susah bila nak jumpa doktor. so kna make sure gigi sentiasa sihat dan bersih. keep it up!

Edi said...

ler... ni sama kes faaeq la ni.. brp batang cabut? hmm.. mmg Q di hosp kerajaan panjang... tp sy hr tu mmg beria2 yakinkan doc tu yg faaeq dah takleh tunggu lg.. tido mlm pun x boleh.. sian dia.. so agaknyer doc tu dah kesian tgk, so dia masukkan jugak nama faaeq cepat2... mesti mahal kos kat hosp swasta.. mm.. tp xpe, janji semua selamat and abil pun dah x sakit2 gigi lagi kan.. satu tips utk gosok gigi, sy belikan berus gigi letrik tu utk faaeq.. dia suke sgt mende tu.. so nak berus gigi dia skrg takde masalah lg.. dia pulak yg mintak skrg..

bagusla abil ni!

Syahida said...

yup edi, baca gak ur entry psl faeq kna bius cabut gigi tu..Abil kna cabut 3btg gigi..kes dia x kronik sangat. tapi gigi dah berlubang agak besar..cuma dia taklah selalu ngadu sakit..sekali sekala je tapi selalu nmpk dia korek gigi dia esp masa/lepas makan. apa pun, lega dah selesai..harap2 dapat maintain gigi dia elok2..tak larat la nak kna bius utk cabut gigi lagi..kopak mak! hehe

Edi said...

ha ah ekk... bius punya bill je dah beratus kalau kat private... hua... mmg kopak.. takpelah, lps ni dah tumbuh gigi kekal, oklah.. gigi susu mmg cpt rosak..

Arniezlyn Ariffin said...

Salam.... Blh saya tahu di pusat perubatan mana Abil cabut giginya...