Dec 3, 2011

Bila Abil main piano (episod 2)


dari google


Bila Abil main piano


Dalam entri episod 1, anda boleh melihat bagaimana Abil main piano mengikut lampu (Follow Lights). Dua tiga hari lepas, diam-diam saya dan encik suami mendengar Abil bermain lagu yang sama (Grandfather's Clock) dengan sendiri. Ya, TANPA Follow Lights. Berkali-kali juga saya bertanya pada suami, "Betul ke apa yang saya dengar ni?" Memang terkejut.

Rupa-rupanya selama ini dia sudah menghafal key lagu tersebut. Saya pasti dia menghafal sebab dia tidak tahu membaca note muzik. Mungkin juga selama ini dia khusyuk melihat kak Dina memetik piano dan memainkan lagu tersebut.

Individu Autisme memang biasanya cenderung pada muzik. Tapi bukan semua. Sama juga seperti kebolehan melukis. Ramai anak autisme yang suka, minat dan pandai melukis. Tapi Abil tidak. Abil biasanya akan bermain sendiri di luar pengetahuan orang. Diam-diam, dia bermain di luar. Kalau kami buat permintaan, memang dia buat tak tahu saja. Kalau didesak, langsung dia enggan. Jadi, saya tak ada bahan bukti untuk ditunjukkan di sini.

Saya nampak potensinya. Tapi cukup susah mencari guru yang sesuai. Walaupun kelas muzik ada ditawarkan secara one-to-one, cikgu muzik masih memerlukan teknik mengajar yang berlainan daripada kanak-kanak normal. Kalaulah saya pandai muzik....haihh..

Harapan saya kini cuma satu, biar kak Dina cepat-cepat khatam belajar, dialah bakal cikgu muziknya (insyAllah).



Hari ini hari Sabtu. Esok hari Ahad.
Selamat berhujung minggu!


11 comments:

Pak Yoep said...

Salam. Ketemu kembali. Itulah masalahnya. Kita agak sukar melatih kemahiran tertentu kepada anak autisma kita. Memberi orang mngajar bermasalah pula. tiada kepakaran mengajar kanak2 istimewa. Kepakaran mengajar kanak2 istimewa penting dlm mengajar kanak2 istimewa.

Syahida said...

Salam pakYeop, terima kasih atas komen. itulah dia..sian anak2 istimewa kita. banyak potensi. tapi susah nak cari guru yang pandai/sabar/gigih melatih mereka ni..harap2 ada la rezeki anak saya belajar muzik satu hari nanti..

Marina Ariff said...

Syida....dia bukan hafal. Abil sbnrnya play by ear. Mmg dia tgk kak dina main tapi anak2 autistic ni dia boleh kenal key tanpa baca notes. Melalui pengalaman, Umar sama sekali tak pernah pergi formal class main muzik, tak belajar pun notes lagu. Tapi mama dgn abah dia saja2 beli keyboard murah kat Giant tu. Pastu kitorang saja nak test dia sbb dgr kata budak2 autis mmg suka dan pandai dalam muzik. Then akak bagi dia dengar lagu melalui handphone. Lepas dgr suruh dia mainkan kat keyboard....perhatian: dia tak pernah belajar main keyboard ye, juga maknya buta muzik :P....hasilnya, dia boleh mainkan lagu tersebut, dgn jari2nya menekan key yg betul tanpa dicuba2 terlebih dahulu. As if macam dia mmg dah tau key tu macam mana bunyinya.....akak yg pada mulanya saja nak test dia, jadi terkejut sampai ternganga mulut menengoknya. Jadi kesimpulannya, mereka sememangnya ada naluri semulajadi yg luar biasa terhadap muzik......mak ai....panjangnya komen..

Syahida said...

haha mmg panjang komen. i like! :D
yelah tu kak, nak cakap play by ear sbnrnya...hehe...anyways, sy pun terkejut..rasa cm nak sangat carikan dia cikgu...tapi tulah kalau tanya kat Yamaha, hampir semua tak nak accept special kids. tak sanggup..sabo jelah..

Anonymous said...

syida,
samalah faaeq pun suke sgt main keyboard abg dia.. mm... nampaknyer kena carik satu yg murah2 punyer yg tak kisah kalau rosak bagi dia main.. galakkan lagi abil tu.. mana tau kang dia jadik musical genius! aminn...

edi

Syahida said...

edi, oh ye ke, faeq pun minat main keyboard eh? bagus.bagus..musical genius? AMIN! hehe

ibuhebat said...

wow... terernya abil main piano! Anak2 saya tak ajor pun main apa2 alat muzik.. bagus sebenarnya kan bila diorang belajar muzik ni..

Kak, jemput join GA saya ;)

http://hebatkan.blogspot.com/2011/12/giveaway-1st-anniversary-blog-ibu.html

maya amir said...

itulaa keistimewaan mereka.. tak mustahil, die leh master in music & pilih bidang ni as his career one day.. i pray for him:))

Syahida said...

yati, lum terer lagi..sket2 boleh la..baru nak berjinak2..itu yg nak cari cikgu tapi susah nak dapat yg boleh accept special kids :(

dah jenguk dah GA awak tu...tp masih blur, nanti kna baca lg sekali hehe

Syahida said...

maya, thank you for the doa..AMIN!

ibuhebat said...

kurang jelas eh kak? alamak..
takpe sy explen la.. setiap minggu ada soalan kuiz.. so kena jawab soalan dalam satu entri kat blog.. sorang pemenang yg jwb soalan betul akan dipilih .. utk minggu ni tkh tutup 12hb. tq!