Dec 9, 2011

Kisah Abil dan Puss In Boots



imej google

2 hari lepas, kami pergi menonton filem ini. Best ke? haha biasa aje. Saya bagi 3 bintang. Anak-anak saya enjoy aje.

Menariknya kali ini, kami pergi menonton bersama Abil. Sebelum pergi, cuak juga. Almaklumlah, anak saya ni hiper. Boleh ke duduk diam di kerusinya dalam masa 90 minit? Boleh ke? Boleh ke? hmmm..boleh ker?

Disebabkan dah tak tahan 'didesak' oleh kak Dina dan Zarif, akhirnya saya redah aje panggung dengan mereka. Tak sampai hati nak tinggalkan Abil. Lagipun, setelah berfikir-fikir dan menimbang-nimbang, akhirnya saya berani ambil risiko..

Saya pilih waktu tayangan jam3.45petang. Waktu bekerja, walaupun cuti sekolah. Tidaklah sepadat waktu lepas kerja.

Saya pilih juga untuk menonton selepas seminggu lebih cerita ini keluar di pawagam. Jadi, kurang la sikit penontonnya. Pawagam pun kurang padat.

Saya juga siap bawa masuk ini ke pawagam. Abil's favourite thing. Boleh bantu Abil bertenang, boleh bantu Abil duduk diam (insyAllah).

Saya pilih filem ini sebab Puss In Boots (PIB) sangat dekat di hati Abil. FYI, Abil kan suka Shrek. Dalam Shrek, ada watak PIB ni.

Dan, berlima-limalah kami masuk ke panggung tepat masanya. Harapan saya untuk duduk di barisan paling akhir tak dipenuhi sebab seat belakang dah penuh. Barisan kedua akhir pun bolehlah.

30-40 minit pertama sangat ok. Abil khusyuk juga menonton. Ada masanya dia gelak sorang-sorang. Ada masanya kami gelak beramai-ramai. Yang pasti, memang dia layan PIB ni. Kagum juga saya tengok.

Selepas 40 minit pertama, dia mula 'resah'. Encik suami pegang tangannya dan minta dia bertenang. Dia patuh. Setiap 5-10 minit, dia minta dipeluk. Saya layankan. "Ma, peluk!" satu pawagam boleh dengar. Berkali-kali pulak tu..hehe. Tak pulak dengar penonton lain mengeluh atau merungut. Masing-masing khusyuk melayan PIB. Kalau ada pun yang 'bising', mungkin saya tak perasan.

Apa pun, masa 90 minit berakhir juga...Legaaaa...misi movietherapy bersama Abil berjaya. Saya bagi 6/10. Berjaya juga Abil diumpan dengan popcorn.

Ada ke lagi, misi movietherapy selepas ini? It depends. Kalau ada filem yang memenuhi citarasa Abil, boleh juga. Kalau tak ada pun tak apa. Saya pun tak mahu anak saya jadi kaki wayang. Sebetulnya, misi ini untuk menguji Abil. Sejauh mana sensorinya sudah berjaya di'pulih'kan? Setakat kelmarin, saya yakin sensorinya sudah jauh improve berbanding dulu.

Pergi tengok wayang bukanlah satu pencapaian atau 'kemahiran'' yang boleh dibanggakan, tapi sekurang-kurangnya selepas ini, kalau saya sebut pawagam, Abil sudah tahu dan faham sebab pengalaman ke panggung sudah ada dalam kotak memorinya.

Mungkinkah ini yang pertama dan yang terakhir? Entahla...yang pasti, anak-anak saya SUKA dan terhibur dengan PIB Khamis lalu.

Salam Sabtu! :D

No comments: