Dec 3, 2011

Yang Autisme dan Bukan, 2 x 5! (episod 3)

Gambar hiasan - dari google

Episod 1
Episod 2

Tidak respon pada panggilan nama.
Tiada eye contact (pandangan mata).
Kelihatan seperti tidak mendengar walaupun mempunyai keupayaan audio yang normal.
2 ciri Autisme yang ketara.



Zarif sedang menonton TV..

saya: Adik nak makan tak?
Zarif: *Diam. Tiada dialog. Masih memandang skrin TV.
saya: Zarif, nak makan? Mak ambilkan. *Suara dah mula meninggi.
Zarif: *Masih diam. Bisu. Membatu.
saya: Adik! Nak makan tak?! *Grrrrr...
Zarif: *Masih diam. Tapi menoleh sesaat pada saya.
Dina: Adik! Mak tanya adiklah...
saya: *terus beredar. Malas nak layan.. *masih Grrrr..

Zarif sedang main game di komputer...
saya: zarif, tolong ambilkan handphone ma..
Zarif: *Tak ada respon. Masih leka main game.
saya: Adik! tolong la sekejap. Game tu kan boleh pause...
Zarif: *Masih terus bermain seolah-olah tak ada apa berlaku.
saya: *Bangun sendiri ambil handphone. Buat sakit hati je tunggu..



Ya. Anda mungkin akan berkata, dia sedang leka. Terlalu absorbed dengan aktiviti. Memang biasa berlaku, baik di kalangan anak-anak mahupun orang dewasa.

Bagi saya yang ada seorang anak Autisme, diperlakukan begini oleh Zarif dan Dina (kedua-duanya bukan Autisme), memang boleh bikin darah tinggi.

Oh ya, anak Autisme saya? Masih tidak menyahut. Tapi bila saya panggil, lambat-lambat pun dia datang juga. Saya tanya. Masih belum pandai menjawab. Kadang-kadang dia pandang. Selalunya dia tak pandang. Tapi dia akan datang dekat pada saya dan pegang saya (tanda respon).

So, apa kata survey? Yang Autisme dan Bukan, 2x5! hehe..

psstt...saya SAYANG anak-anak saya ye, Autisme dan bukan.







6 comments:

hannahsarah said...

Betul....sama je. Hannah juga begitu. Panggil berkali2 baru nak menyahut. Yg membezakan mrk ialah kadar kemarahan kita...hehehehehehhe

Syahida said...

kadar kemarahan? oh yes...kalau x sabar, memang dah lama mak 'makan'..haha

Siti Noraisikin Binti Mohd Jazuli said...

sngt2 la sokong dgn 200%...walaupn adrianna sgnt senang nak jaga sbb khusyuk menghadap TV 24/7 tp nak suruh tolong ape2 punya la payah...tp cik adib yg sngt la lasak minta tlg ape2 xpayah susah2 trus je buat...

Syahida said...

Syikin, salam je la situasi kita ni...bagusla cik adib...adrianna lak leh geng ngan zarif hahaha

cutiePrincess said...

kesiannya kak...bila panggil anak, tp mereka tak menyahut...huhu...mungkin ada perkara yg dia tak puas hati sebelum tu? mungkin dia jeles dgn abg dia sendiri...

tapi papepon, kak syahida dah lakukan yg terbaik sbg seorg ibu...jgn cpt putus asa y dan jangan ambil hati dgn anak2...mereka masih kecil & perlukan bimbingan ibu mereka... =)

Semoga family kak ceria selalu...

Syahida said...

wano,kadang2 mmg macam ni, kadang2 ok je dia buat apa kita suruh.. tak kecik ati pun, sbb tau mmg dia tengah sangat LEKA buat benda yg dia tgh buat tu..cuma GRRR jelah haha..

msg yg akak cuba sampaikan ialah, kalau orang yg x fhm individu autistik, mesti rasa panas hati bila panggil dorang tp takpe respon atau eye contact, hakikatnya yg x autistik pun, 2x5 je..hehe