Dec 7, 2011

Yang comot (Episod 2)



Sekejap saja sudah hari Rabu. Saya sudah agak lama tidak beraktiviti dengan anak-anak. Kelmarin, sempat jugalah beri peluang pada Abil dan kak Dina main painting. Zarif not in the scene (pergi sekolah).

Simple saja aktivitinya. Setakat buat hand-print. Saya tengok Abil cukup fokus. Sempat saya tinggalkan dia untuk menyidai kain. Bila saya kembali lepas 15 minit, dia masih di situ. Mengecat tapak tangannya. Kemudian, tekap! Masih ada habit untuk mengelap tangannya pada baju. Saya dan kakak terpaksa pantau dan standby sekotak tisu. Masa saya tak ada depan mata, agaknya berkali-kali jugalah dia lap pada baju. Mujur la pakai baju warna gelap. Rasanya lebih baik lagi kalau dipakaikan apron.

Abil memang suka painting, berbanding mewarna dengan pensel warna mahupun krayon. Bab melukis, setakat ini saya belum nampak minat dan potensinya. Tak boleh paksa. Just go with the flow..

Ok. masa untuk layan visual..


No comments: