Dec 24, 2012

Idea bidan terjun (episod 3)


Idea bidan terjun seterusnya; aktiviti menggunting.

Menggunting adalah satu kemahiran yang 'mahal'. Kebanyakan kanak-kanak tipikal pandai menggunting dengan sendirinya (pandai menggunting secara 'automatik'). Tetapi, bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran khususnya, kemahiran menggunting diperolehi secara perlahan-lahan dan prosesnya agak sukar.

Alhamdulillah. Walaupun Abil agak sukar menguasai kemahiran ini pada mulanya, kami konsisten melatihnya menggunting sehingga dia kini boleh menggunting dengan kemas dan baik. Perfecto! 





Lihat bagaimana Abil menggunting setiap huruf-huruf di atas seterusnya mengeja namanya sendiri. Sangat kemas hasil guntingannya. #suka



Tekun. 
Abil suka menggunting. Ini mungkin salah satu faktor yang membantunya menguasai kemahiran ini.

Walaupun ketika dia belum pandai menggunting sendiri dan terkial-kial menggunting sambil dibantu oleh saya, dia nampak enjoy dengan aktiviti ini.


Untuk mengisi masa lapang siang tadi, saya terus google gambar-gambar comel dan lukis.

Saya serah pada Abil dan minta dia gunting mengikut bentuk lukisan.
Abil polish kemahiran menggunting. Saya polish kemahiran melukis. #win-win haha



Amacam? Lulus?

Wassalam :)


Idea bidan terjun (episod 2)


Dah lama tak buat revision dengan Abil. Sepanjang Disember pula, memang sengaja saya 'cutikan' Abil dari sebarang terapi. Ikut perancangan, saya DIY saja sesi terapinya. As expected, virus M melanda. hehe

Hari ini, tiba-tiba mode rajin 'on'. Saya ambil beberapa helai kertas putih dan kertas warna terpakai, gam, gunting dan set pen Sharpie kegemaran saya.


Objektif: Mengenal nama-nama hari dalam seminggu (versi BM dan BI).
Tugasan: Gunting, Suai padankan (matching) dan gam pada template jawapan (kertas putih)



Khusyuk. Buat sendiri. Tanpa Bantuan. 


Dah siap. Bagus!
Bersambung lagi dengan tugasan seterusnya. 


Kalau yang pertama tadi, susunan hari mengikut aturan. Kali ini, saya susun secara rawak.
Nak test samada Abil betul-betul tahu matching atau tidak.


Sekali lagi, berjaya! 
Tapi saya masih belum puas hati.hehe
Tugasan seterusnya..


Matching dengan pen (tiada lagi gunting dan gam).
Sengaja saya tulis dengan pen pelbagai warna (cubaan untuk mengelirukan Abil).


Abil cuba buat.


Hasilnya, memang dia keliru. Confused!
Tengoklah tu. Garisan hitam adalah jawapan Abil.
Garisan merah adalah pembetulan yang saya minta dia lakukan.
Dua saja yang betul, Rabu-Wednesday dan Sabtu-Saturday.
Abil tantrum sewaktu membetulkan jawapan yang salah. 
Tengoklah tu, habis comot kertas jawapan. huhu


Tugasan diteruskan lagi. Misi menghafal nama Hari diteruskan.
Kali ini, saya hanya gunakan pen biru dan merah supaya Abil tidak keliru (macam tadi).


Hanya sedikit peningkatan berbanding yang sebelumnya.
Kali ini, yang betul, Rabu-Wednesday, Sabtu-Saturday dan Isnin-Monday.
Jawapan Abil - pen hitam. Pembetulan - pen hijau.
Sekali lagi, Abil tantrum bila tahu sesetengah jawapannya salah. #Sabo jelah


So, saya teruskan lagi. Isi tempat kosong untuk ejaan Hari (versi BI).


Tekun.


Meningkat lagi. 4 jawapan betul.
Yang salah tu, kena buat pembetulan la kan? hehe


Untuk pembetulan, saya minta Abil tulis sepenuhnya.
Pembetulan--> Rabu, Selasa dan Khamis.
No tantrum. Rileks je buat sampai habis. #Alhamdulillah


Untuk setiap tugasan, ada sesi rehat 5 minit.
Setiap kali sesi rehat, saya berinya Ipad sebagai reward.

Pilih aktiviti yang disukai anak-anak. Abil suka menggunting. 
Oleh itu,saya jadikan aktiviti menggunting sebagai tugasan pertamanya. 

Tempoh sesi bergantung kepada mood dan keadaan anak anda.
Untuk Abil, saya boleh teruskan sesi sehingga sekurang-kurangnya 30-45 minit kerana dia sudah boleh fokus dengan baik (dengan syarat ada sesi rehat 5 minit).

Ok kawan-kawan, terima kasih sudi baca :)

dari facebook

Dec 21, 2012

Cerita hari Jumaat (episod 3)



Kids and water. Inseparable.

Ini aktiviti anak-anak saya dan sepupu-sepupu mereka hari ini. Main air dalam pool mini.

Kebetulan cuaca elok. #Alhamdulillah


Mula-mula kita pam pool dulu. Oh ya, ini bukan 'one man show' ye. 
Mereka bergilir-gilir mengepam beramai-ramai. Kalau pam sorang-sorang, pengsan! hehe


Kemudian, isi air. 





Happy!

Semua dah tak sabar. Air belum penuh, mereka dah terjun dulu.hehe
psstt..Abil tak kelihatan. Dia rasa pool mini ini tak cukup thrill
Dia cuma mahukan slide air.huhu

ok. Jumpa lagi :))

Jom Main Puzzle! (episod 2)


Cuti sekolah tinggal beberapa hari saja lagi. Sesekali anak-anak dah bising, "Boringg...boringg.." Hmm, time sekolah nak cuti. Dah cuti, boring pulak. haiya..

Ok. Saja nak kongsi aktiviti Abil, Dina dan Zarif di rumah. Lawan main puzzle.hehe


Mereka biasa main puzzle. Tapi dah lama juga mereka tak main. Semasa sesi spring cleaning, saya jumpa set-set puzzle yang masih tersimpan elok. Yang tinggal cuma set 40pcs. Yang simple-simple 12pcs, kebanyakannya saya sudah sedekahkan.

Kalau sebelum ini, masing-masing main puzzle sendiri. Untuk kelainan, kali ini saya suruh mereka bertanding.

Apalagi, masing-masing terus bersemangat. Paling saya suka, Abil pun nampak seperti faham konsep 'pertandingan'. Dia tekun dan bersemangat, macam kakak dan adik juga. Selain itu, dia dah mahir cantumkan puzzle 40pcs, dengan bantuan yang sangat minima.  Sesetengah set, dia buat sendiri 100% #Alhamdulillah

Seperti biasa, saya jadi pemerhati a.k.a juri. hehe






Sempat juga kami main beberapa round. Bergilir-gilir mereka jadi champion :)

Oklah tu, hilang juga boring (sekejap) hehe

Salam Jumaat yang ceria :)

Dec 14, 2012

Kisah Abil dan Betto

Kami ada dua ekor kucing, Betty dan Betto. 

Nak kenal Betty? Boleh baca di sini. Kisah Abil dan Betty.
Ok. Nak kenal Betto (bukan Kushairy)? Sila klik sini. Oh! Betto

Alhamdulillah, kedua-dua kucing kami sihat dan cergas. Paling cergas, Betto!
Saya kongsikan visual-visual dimana Abil bermain dengan Betto. Bukan selalu, sesekali. #Priceless



Abil cuba tarik perhatian Betto dengan membaling guli di depannya.

Nampak tak guli-guli di dalam genggaman Abil? 
Dia baling satu persatu kemudian Betto kejar :)

Abil hairan kenapa saya sibuk snap gambarnya dengan Betto.haha


Hmm, tengokla tu. Tido pun sama-sama. Comel!
Selimut busuk memang sentiasa 'enter frame'. #Abil'sFavourite

Pets can do wonders to children with autism. Kisah Si Kucing dan Autisme.

Saya pernah lihat bagaimana Abil main tali dengan Betto. 
Sambil mengacah Betto dengan tali tersebut, Abil sebut "Betto, catch!" Berulang-ulang kali. 
Saya? Senyum sengih sampai ke dahi (boleh ke? haha)

T.A.M.A.T

dari facebook



One Life

imej google

Salam Jumaat semua,

Alhamdulillah. Pagi ini, saya sefamili bersarapan sambil menonton One Life di Fox Movies.

Ok. First of all, makan sambil menonton TV bukan satu tabiat yang baik ye, tuan-tuan dan puan-puan. hehe Bagaimanapun, untuk filem dokumentari ini, saya beri pengecualian.

Sambil kami minum teh O panas dan hujan renyai-renyai di luar, sambil kami belajar 1001 perkara tentang haiwan pagi ini. #Bliss

Serigala kejar kambing gurun. Komodo dragon makan kerbau. Harimau bintang serang burung kasawari. Burung vulture berusaha memecahkan bangkai tulang yang jadi makanannya. Wahh awesome! #Subhanallah

Paling khusyuk, Abil. Oh yes, dia memang ada special interest pada haiwan.  Tak berkelip matanya tengok gajah. Bila ditanya, "Itu apa Abil?". "Elephant!" pantas dia menjawab. Ternganga mulutnya tengok gorila dan monyet bergayut dan memanjat pokok. Saya ambil peluang untuk menerangkan secara ringkas apa yang sedang dilakukan oleh haiwan-haiwan tersebut. Mudah-mudahan dia absorb informasi sambil menonton. Terang secara ringkas saja ye kawan-kawan, bukan membebel sepanjang cerita. haha Nanti hilang mood semua orang nak menonton ;)

Bila tengok kehidupan haiwan-haiwan ini secara detail, nampak jelas tanda-tanda kebesaran Allah. #Allahuakbar.

Saya juga belajar banyak perkara dari One Life. Dalam hidup, kena bijak mencari peluang, sabar, rajin dan sentiasa berusaha. Macam semut yang bekerja 365 hari mencari makanan, macam komodo yang menunggu berhari-hari malah berminggu-minggu sehingga kerbau yang mereka berikan gigitan berbisa (sekali saja) mati secara perlahan-lahan untuk dilahap. Tak lupa juga burung vulture yang gigih menghempas tulang dari atas (sambil terbang) lagi dan lagi sehingga tulang bangkai tersebut pecah dan sedia dimakan. #MasyaAllah

Satu lagi yang saya belajar (dan sudah sedia maklum), haiwan  pun pandai SAYANG anak. 


Oh ya, haiwan-haiwan ni hanya dikurniakan otak, tiada akal. Tapi cerdiknya ya Allah. Macam-macam gaya mereka yang membuatkan saya berfikir dan tertarik. Kita manusia diberikan otak dan AKAL. Gunakan sebaiknya, jangan disia-siakan potensi yang ada.

Konsentrasi saya ketika menonton 'dipotong' oleh soalan adik Zarif,

Adegan kerbau dilapah oleh komodo dragon ketika itu,

Zarif: Ma, kerbau dah masuk syurga ye Ma?

Saya: (Tersenyum). Ya, kerbau dah masuk syurga...

Saya suka bila anak-anak faham dan tahu tentang syurga dan neraka. InsyaAllah, ia akan membantu mereka berusaha menjadi baik dan menjauhi yang buruk.

Sekian, hari ini hari Jumaat. Jom banyakkan berdoa dan berselawat :))


dari YouTube

Dec 13, 2012

Bila Abil berkata-kata (Episod 3)



Ini gambar-gambar kami semasa bercuti ke Snow City, Singapura sekitar dua tahun lepas. Cerita penuhnya di sini ---> Sehari di Singapura.

Minggu lalu, Abil menuding jarinya ke gambar-gambar tersebut (yang ditampal di dinding bilik Kak Dina), sambil menyebut, " Nak holiday! Nak holiday!"

Ya, Abil boleh bercakap. Boleh menyebut beberapa patah perkataan. Tapi, pada kebanyakan masa, dia lebih banyak diam. Bercakap dengan perkataan yang terhad. Untuk berkomunikasi, kemampuannya agak lebih terhad lagi (buat masa ini). 

Jadi, bila dia mengekspresi (dengan perkataan dan suara), kami biasanya akan jadi terlebih happy dan excited! hehe (rasa macam jadi jutawan hokayy ;p)

Sebaik saja dengar skrip pendek Abil yang mahu pergi holiday itu, kami (saya dan ayahnya) tersenyum sengih sampai ke telinga. Sabar ye Abil, misi holiday akan dipenuhi insyaAllah. Soon..

Alhamdulillah, progress kecil yang sangat bermakna. Dulu, dia tak pernah ambil peduli, holiday atau tidak. Sangat susah memberitahu apa yang dia mahu. Mungkin juga dia tak tahu bagaimana untuk memberitahu apa yang dia mahu. Sekarang, dia sudah mula request, "Nak swimming!" "Nak Jusco!"

Oh ya, semua dialog Abil ada tanda seru (!) sebab memang intonasi Abil begitu. hehe

Hari masih hujan. Doa saya, mudah-mudahan progress Abil akan berterusan. Amiin.


dari facebook

Hari Terakhir




Cuti sekolah dah berbaki lebih kurang dua minggu saja lagi. Tapi untuk Nurhan Zarif, cutinya baru bermula hari ini. Ya, hari ini hari terakhirnya di kindy. Sekejap saja tiga tahun berlalu.

Tiga tahun? Zarif ke kindy sejak umurnya empat tahun. Alhamdulillah, rezekinya. Objektif asal saya menghantarnya sejak umur itu supaya dia belajar bercakap. Ya, Zarif ada sedikit masalah speech delay. Tapi, dia bukan anak autisme. Hanya lewat perkembangan bercakap. 

Hari-hari awalnya di kindy, dia baru boleh menyebut beberapa perkataan. Masa itu, kebanyakan sebutannya pelat, tapi masalah ini tak begitu kronik.

Selepas 3 tahun di kindy, dia sudah sangat PETAH. Suka dan rajin baca buku. Perkembangan akademiknya  baik. Saya puas hati. Syukur. Cuma kena polish bab mengaji dan solat.

Saya pilih kindy ini sebab ia hampir dengan rumah kami. Tiada alasan lain. Bukan kerana ia berjenama atau popular. Perkembangan Zarif juga bukan semata-mata kerana kindy itu mahupun usaha kami di rumah. Ia kombinasi kedua-duanya.

Bagi saya, kalau anak-anak menerima pendedahan sewajarnya daripada semua pihak, insyaAllah mereka akan membesar dengan sihat dan positif.

Tengahari tadi, saya yang emosi. haha

Tapi tidaklah sampai menangis kat pintu kindy tu.hehe over tau...

Rasa terharu. Akhirnya mamat kenit ni dah nak masuk darjah satu. Cepatnya masa berlalu..

Oh ya, Sabtu ini konsert-nya yang terakhir bakal berlangsung. (Flashback: Konserto di Dewan Mawar)

Satu saja yang saya risaukan, Abil. Harap-harap dia boleh tolerate duduk di dalam dewan sehingga konsert selesai. Tahun ini kami kena tunggu sehingga ke penghujung konsert sebab Zarif akan naik pentas untuk 'graduasi'. hehe

Ok. Nak gi minum teh O panas. Salam :)

Dec 12, 2012

Bila Zarif berhari raya (episod 2)


Ok. Syawal dah lama berlalu. Muharram pun dah nak habis sebenarnya. Dah nak masuk bulan Safar.

Tapi takpe, kita on mode Syawal sekejap eh. hehe

Dah lama saya peram gambar ni. Rombongan Marhaban oleh kindy Nurhan Zarif.

Inilah akibatnya bila suka menangguhkan kerja. Akhirnya Syawal dah jadi Safar, baru nak publish. haha

Tak apalah ya. Memandangkan tahun 2012 adalah tahun terakhir Zarif berada di alam prasekolah, saya decide untuk buat juga entri ini. Buat kenang-kenangan. Tahun depan depan, insyaaAllah akan ada lagi rombongan Marhaban dari Kindy ini ke Restoren Harom Kasturi, tapi Nurhan Zarif hanya akan jadi pemerhati a.k.a 'tuan rumah'. Dah tak jadi sebahagian ahli rombongan comel lagi.

Hah, intro dah panjang. Jom tengok visual!


Rombongan sudah sampai. Terkedek-kedek semuanya. Comel!



Nampak tak Nurhan Zarif. Berbaju merah, kopiah hitam. :)


Selawat bersama.



Sesi membaca doa. Penutup.


Pandai anak ni baca doa (siap skrip). MasyaaAllah :)


Sebelum balik, masing-masing dapat ole-ole kuih, minuman dan duit raya! hehe


Sekian, sila off-kan mode Syawal. Jumpa lagi! :)

Dec 11, 2012

Bila Zarif berkata-kata (episod 4)






Lebih kurang 3 minggu lagi, si kenit ni akan masuk Darjah 1. Wahh..

Dia excited. Tak sabar. Setiap hari dia tengok kalendar. Menghitung hari, bak kata Kris Dayanti.hehe

Budak bijak si Ulat Buku ni sangat pemalu. Tapi kalau bercakap, ada aje yang jadi bahan ketawa kami.

Soalan-soalannya kalah soalan exam universiti. Kadang-kadang sampai kelu lidah nak menjawab. haha

Sejak kebelakangan ni, Zarif selalu mengeluarkan skrip begini;

"Bestnya kalau jadi pokok..."
"Bestnya kalau jadi haiwan.."

Saya dan Kak Dina pula akan membalas;

"Buat apa jadi pokok, nanti kena tebang dengan manusia."
"Buat apa jadi haiwan, kan lebih seronok jadi orang. Jadi haiwan nanti kena sembelih."

Zarif jawab pula;

"Takpe, pokok kalau kena tebang, dia mati, dia masuk syurga, kan mak?"
"Haiwan pun mati, terus masuk syurga, sebab dia takde dosa.."

Hmmm, bagus anak mak. Tapi bak kata ayah saya, "Agaknya adik ni takut jadi manusia (asyik nak jadi haiwan dan pokok) sebab takut kena sunat ni!" Hahahaha Almaklumlah, musim orang berkhatan ni, sana sini orang dok bertanya dia, "Bila adik pulak nak sunat ni?" hehe

Mungkihkah? Hanya Nurhan Zarif saja yang tahu.



Psstt..semua visual koleksi InstaGram saya.