Feb 29, 2012

Happy Wednesday!

My name is Ryan; I'm different to you
I don't see the world the same as you do.

You see a classroom and I see a chair
I don't always notice what else is in there.
Too much information keeps coming my way
... It's so hard to cope with, day after day.

You show me so much that I don't always see
One step at a time is the best thing for me.
Bright lights and loud noises upset me so much
An unusual smell, or somebody's touch.

When you look in my eyes and I'm looking away
I'm not being rude if I don't hear what you say.
I'm not being awkward; I'm just doing my best

I'm striving so hard to be just like the rest.
The times when you think I've not really tried
If only you knew how that hurts me inside.

I want you to like me the way I like you
If only you saw things from my point of view.
Your life and my life both run parallel
Yours seems like heaven, mine's sometimes hell.
Whenever you're frustrated at the things that I do
Remember
You could have been me and I could have been you... ♥

Feb 28, 2012

ABM kasih sayang

ABM? Alat Bantu Mengajar.

ABM kasih sayang? Ya, penuh kasih sayang. Harap-harap 'hasilnya' berbaloi.



Ok. Saya tak mahu berceloteh panjang. Laminator saya dah lama bersawang. Dua tiga hari ini, saya aktif semula membuat ABM. Itu pun sebab Abil sudah mula bosan dengan rutin belajarnya. Kena buat sedikit pembaharuan dan juga upgrading.


Flash cards 40-60. Ya, saya ajar numbers dalam Bahasa Inggeris.
Lebih serasi untuk Abil kerana sebutannya lebih ringkas.
Dia sudah kenal angka 0-39 dengan agak baik. Saya teruskan lagi ke angka 60.
Target 2012, kenal sehingga 100.


Count & Matching.
Abil sudah mahir mengira objek dari 1-10. Saya mahu dia lebih cekap mengira objek dalam kuantiti yang lebih banyak. Target 2012, mengira sehingga 50.
Oh ya, dia sangat suka matching. Saya buat 3 keping file folders (dua kertas A4 dilaminate, dicantum dengan selotape) untuk aktiviti mengira. Gunakan white board marker.
Boleh dipadam dan diguna berkali-kali.


Ini ABM lama. Abil sudah 'kenal' hari Isnin-Ahad. Masih belum faham 100%. Tapi setakat ini, saya tunjukkan board ini padanya setiap hari. Dia sudah hafal ejaannya, cuma dalam proses memahami konsep hari dan waktu.


Yang ini ABM baru. Versi bahasa Inggeris.
Oleh kerana dia sudah 'fasih' dengan hari Isnin-Ahad dalam Bahasa Melayu.
Saya rasa ini masa yang sesuai untuk mengajarnya
Monday-Sunday
.


Saya sudah mula memperkenalkan kalendar kepada Abil sejak tahun lepas. Tapi masih belum konsisten. 

Flash cards January-December untuk Abil 'kenal lebih rapat' dengan bulan-bulan dalam kalendar.


Dulu, saya selalu fikir, susahnya nak ajar anak sendiri. Macam-macam alasan bermain di kepala. Sekarang, saya lihat anak saya selesa belajar dengan saya. 'Selesa' itu tidak datang secara automatik. Berbulan-bulan dan bertahun-tahun juga kami belajar memahami rentak masing-masing. Cabaran tetap ada, hingga ke hari ini. Tapi, alah bisa tegal biasa.

Bermula dengan sesi belajar 5-10 minit pada umurnya 4 tahun. Sekarang, Abil sudah boleh belajar dengan saya sehingga sejam. Saya tak pernah sempat nak buat sesi lebih panjang. Kalau ada peluang, masa dan kudrat, sudah tentu boleh dibuat sehingga 2 ke 3 jam. Tapi ingat, dengan anak autisme & ADHD (hiperaktif), kena bagi breaktime selalu. Setiap 15-20 minit, saya beri Abil 'rehat' 5 minit. Kemudian, sambung...


Ok. entri sudah habis. Salam Selasa!

Feb 26, 2012

Hikayat seorang hero




Ya, hero ini dapat 'habuan' ke Pulai Spring Resort. Untuk mendapat rate yang sesuai dengan bajet kami, saya buat booking secara online, seawal 3 minggu sebelum tarikh birthday-nya. Sebab utama saya memilih resort ini ialah kerana ia ada kolam renang dengan water slides. Saya tidak mahu ke water park kerana nanti anak-anak akan terlalu penat. Minggu depan sudah mula musim ujian.

Sejak 2-3 minggu lepas, hero ini asyik menyebut " slide air!" ,"Nak slide air!, "Pergi slide air!". Berulang-ulang kali. Oh, memang dia terlalu MAHU main slide air. Setiap hari, dia google dan tengok di YouTube. Dia renung, dia tenung dan mungkin juga dia berangan-angan. Pendekata, macam saya jugalah, google handbag, google abaya, google itu, google ini..pastu berangan! hehe. Tengok sikit-sikit memang boleh hilangkan stres. Pandang lama-lama, boleh bertambah stres...sebab tak dapat-dapat! ;p

Berbalik kisah hero saya seorang ini, pagi tadi dia berjaya melepaskan 'dendamnya'. Selama lebih kurang 2 jam 30 minit kami di kolam renang ini, dia turun naik slide itu tanpa henti. Mengikut perkiraan saya, kalau masa yang diambil untuk turun dan naik semula ke slide ialah 1 minit setengah ke 2 minit, ini bermakna hero ini sudah turun naik slide itu sekurang-kurangnya 60 kali. Fuhhh! memang bertenaga sungguh hero ni...

Pulang ke rumah, kami semua 'pengsan' kecuali dia. Masih ada kudrat untuk kekal berjaga walaupun tidak selincah biasa. Malam ini, pukul 8.15 dia sudah ZZzzzz... Harap-harap esok pagi tak ada masalah untuk bangun ke sekolah.

Oh ya, tahukah anda bahawa slide atau gelungsur adalah salah satu medium yang bagus untuk sensori. Ia boleh membaiki daya keseimbangan badan dan juga pergerakan seseorang. kalau dalam 'kamus sensori', ia dikatakan baik untuk vestibular. Nak tahu lebih lanjut tentang vestibular dan sensori, boleh baca di sini.


Ok. Masa untuk tidur :)


Feb 25, 2012

Sudah 9 tahun!

dari google
Saya suka tengok gambar-gambar lama. Macam-macam perasaan ada. Sedih + gembira + terharu + suka + duka + ketawa + menangis + keliru + tahu + tak tahu + pahit + manis + masam. haha

26 Februari. Ya, esok! Genap umur Nurhan Nabil 9 tahun. Sembilan tahun yang cukup happening. Sembilan tahun yang sangat bermakna.



Ya Allah, TERIMA KASIH di atas usia yang telah engkau berikan kepada anak ini. Terima kasih juga di atas setiap rezeki yang telah engkau limpahkan kepada anak ini. Terima kasih juga di atas setiap cubaan dan dugaan yang telah engkau berikan padaku.

Ya Allah, pimpinlah tangan anak ini. Pimpinlah hatinya dan pimpinlah langkahnya...

Ya Allah, sesungguhnya aku ibu yang tidak sempurna. Maka, bimbinglah aku sentiasa...


Ya Allah, terima kasih di atas takdir yang telah engkau tentukan ke atas ku dan anakku ini. Peliharalah kami agar sentiasa berpegang teguh pada tali-Mu.

Amin!


Ok. *mode sebak. Jumpa lagi!




Feb 23, 2012

Senyumlah! (episod 2)

Senyumlah!

Saya suka hari Khamis, itu pasal tajuk entri hari ini pun 'berbau' suka dan gembira. hehe

Ok. kisah ini berlaku malam semalam, semasa kelas bahasa inggeris, darjah 3-5.

Saya: " ok, what is a hairdryer?"

murid A: "Rambut palsu teacher!" (dengan penuh confident)

Saya: "Haishh!!" (separuh menjerit sambil menahan ketawa)

murid B: " Err...kalau gitu, rambut betul!" (dengan lebih confident daripada murid A)

Saya: " hahahahahaha...alat pengering rambutlah!" (tak boleh tahan nak gelak)

Bersama-sama mereka gelak dengan saya. Rasa gembira saya jadi berganda-ganda. Saya harap sambil-sambil ketawa itu, perkataan hairdryer dan maknanya (yang BETUL) 'lekat' dalam kepala mereka.

Begitulah gelagat anak-anak tuisyen saya. Kebanyakan mereka datang ke kelas dengan senyuman. Kadang-kadang dengan mata yang letih dan mengantuk sebab sudah seharian ke sekolah dan beraktiviti. Tapi masih boleh senyum pada saya dan kawan-kawan.

Ada juga yang datang dengan muka muncung. Macam baru lepas kena tonyoh cili pada batang hidung hehe. Kalau tengok muka anak-anak ini, boleh berganda-ganda stres yang sedia ada. Mujurlah spesis muka muncung ini sudah hampir 'pupus'. Masih ada, tapi jarang-jarang saya berjumpa.

Moralnya, jangan 'kedekut' senyum ye tuan-tuan dan puan-puan. Dalam senyuman, ada kuasa magis. Muka jadi 'bercahaya', muka jadi manis. Apalagi, senyumlah!

Oh ya, anak-anak autisme pun pandai senyum tau, walaupun dengan cara dan sebab yang unik dan berbeza. Selebihnya, jangan lupa tambah info dan ilmu di sini.

Jumpa lagi! :D

Feb 20, 2012

Hanya RM1

Hanya RM1 untuk 3 minit. Sesi urutan bersama Abil dan Zarif. O ok, sebab kami buat dua sesi, jumlah RM2. Sebetulnya, saya jarang nak bagi peluang anak-anak saya berurut dengan mesin ini. Biasanya, saya hanya benarkan mereka duduk-duduk saja. Ya lah, masing-masing tak cukup tinggi untuk diurut setiap bahagian badan (daripada kepada sampai ke kaki). Rugilah, betul tak?

Tadi, saya bagi peluang pada hero berdua ni. Dengan syarat, dua-dua kena duduk kerusi yang sama. Seorang di belakang, seorang lagi di depan. Hah, barulah berbaloi. Semua urutan boleh dirasa. Cuma, masing-masing kena urut pada bahagian badan yang berbeza la kan..

Mereka senyum, mereka ketawa, mereka gelak menahan geli. Sesekali mereka menggeletis macam ulat bulu. haha Tak percaya, tengoklah sendiri!


Hah, selesai pun sesi RM2. Saya snap gambar-gambar ni sambil gelak sorang-sorang. Saya sendiri pernah cuba kerusi urut ni. Memang 'terasa' urutannya. Tapi sekali tu sajalah saya mencuba sebab saya segan. hehe

Habis RM2, Zarif nak RM5 pulak. "Ma, kalau RM5 boleh urut 15 minit.." dia baca pada kertas harga di kerusi. "Aduh, cukuplah tu...bankrap mak nanti." hahahaha


Children & Massage
Massage for Children with Autism

Esok hari Selasa, Senyum-senyumlah sentiasa!

Sekian.


Feb 19, 2012

Jom ke laut!

Visual yang sudah diperam lebih kurang 2 minggu. Kami ke Tanjung Balau, sempena cuti-cuti Maulidur Rasul. Seronok! walaupun kulit sudah bertambah tanned 3 kali ganda. hehe

Sebenarnya, saya tak suka laut. Saya lebih suka sungai. Tapi encik suami pula sangat SUKA laut. Saya layankan saja. Ok juga, tapi setiap kali balik dari laut, saya 'bising'. Kulit sudah terbakar, pasir sana, pasir sini. Uwaaaa...

Apa pun, anak-anak saya bahagia saja setiap kali ke laut. Bila tengok muka anak-anak happy, saya lupa sekejap kenapa saya tak suka laut. hehe

Di tempat saya ni tak banyak tempat untuk suka-suki dan beriadah. Untuk ke sini, lebih kurang sejam lebih sikit dari tempat saya. Kalau tak kerana encik suami yang bekerja shif malam setiap hari dan perlu tidur di waktu pagi, memang setiap hujung minggu saya ajak ke sini.

Ok. Jom tengok gambar! Saya tak berpeluang ambil gambar mandi manda dan main ombak sebab saya hanya jadi penunggu di tepi pantai. Jauh sangat nak Zzoommm..

Pantai yang sangat happening. Jom picnic!


Beach Games & Activities
Understanding & Managing Your Child's Behaviour


Play in the sand. Splash in the water.
Get dirty, get wet.
The beach is the only place my mum doesn't get mad about me doing that stuff. Of course I love the beach!

~Dixie Dykens, 5 year old


Sunday is here!


google image


google image

Want more positive autism stories, click here!

Happy Sunday peeps! :D


Feb 16, 2012

Bila Air dicincang




Ini anak-anak saya. Nabil(abil), Dina dan Zarif. Di antara mereka bertiga, Abil sedikit 'berbeza' dan istimewa. Tapi setakat ini, saya lihat tak ada masalah untuk mereka. Empati dan perhatian kak Dina pada Abil memang tak perlu dipertikaikan lagi. Zarif dan Abil? Disebabkan Zarif lebih muda, awareness -nya tentang autisme sedikit lambat berbanding kak Dina. Soalan apakah? dan kenapakah? memang selalu ditanya, lebih-lebih lagi bila dia selalu diperlukan untuk mengalah. Apa pun, Abil hanya 'dilebihkan' dari segi perhatian. Kasih sayang saya dan suami untuk mereka bertiga tetap sama.

Mempunyai anak autisme dan juga anak-anak lain banyak cabarannya. Tapi banyak juga hikmahnya. Saya paling suka bila kak Dina dan Zarif jadi 'assistant' saya. Maklum sajalah, saya ni kadang-kadang terjangkit virus M. Selalu juga kelam kabut dan terkejar sana sini.

Sekarang, saya dalam proses mengajar Abil mengurus diri (secara berdikari) sepenuhnya. Kalau boleh, saya mahu dia mandi, bersiap, makan dan segala-galanya sendiri, 100% buat sendiri. Nak melatihnya memang letih. Tapi bukan mustahil. Ambil masa sikitlah. Biar lambat, janji pandai.

Bila ada adik beradik, tanggungjawab ini saya kongsi bersama mereka. Menariknya, Zarif pun sudah boleh diharap (walaupun dia 3 tahun lebih muda daripada Abil). Kalau outing tanpa encik suami, di saat tandas perempuan penuh dan Abil mahu ke tandas, adik Zarif la yang jadi tukang teman dan membawa abang ke tandas lelaki. Baru-baru ini, saya minta Zarif ajak abangnya memberus gigi sebelum tidur bersama-sama. Saya mahu ia jadi rutin dan saya mahu mereka buat sendiri tanpa bantuan saya.

Saya: Adik dengan abang dah berus gigi ke belum?
Zarif: Dah..
Saya: Betul ke ni?
Dina: Betul ma..Tadi masa ma tusyen, Dina nampak dua-dua orang dalam bilik air, gosok gigi..
Saya: Oh ye ke? Hmm bagus..bagus..Alhamdulillah!

Tugasan memberus gigi nampak kecil. Tapi saya anggap ini kejayaan besar. Sudah 3-4 hari mereka memberus gigi bersama tanpa saya suruh dan berada di tepi. Saya tahu Abil pandai meniru. Jadi, kakak dan adik adalah 'alat bantu mengajar' yang berkesan.

Hari ini, mereka memberus gigi bersama-sama. Suatu hari nanti, mungkin mereka melangkah ke universiti bersama. Paling tidak pun, saya tak perlu risau lagi. Abil sudah ada dua orang bff. Kalau boleh, saya mahu tambah seorang lagi. Amin! hehe


Gambar berus gigi sama-sama tak ada.Saya kongsikan gambar mereka berdua di taman permainan.





Autism and Family Relationships

Salam hari Khamis.

Jumpa lagi!


Feb 5, 2012

Bila Abil ke dentist (episod 3)

Sebenarnya Abil sudah banyak kali ke dentist. Kali terakhir, dia dibius (pengsan) untuk menerima rawatan. Sampai ke hari ini, Abil masih fobia.Masih boleh diajak ke dentist, walaupun setiap kali perkataan 'dentist' disebut padanya, dia akan berkata "Stop!". Berulang-ulang kali. Memang jelas dia takut.


Bagaimanapun, saya tak akan give up. Untuk jangkamasa panjang, susah juga kalau dia perlu dibius untuk rawatan giginya. Selain faktor kos yang tinggi (hospital swasta) serta faktor menunggu yang terlalu lama (hospital kerajaan), Abil perlu juga belajar jadi berani. Mencegah lebih baik daripada merawat. Saya tengok banyak kes orang dewasa yang takut ke doktor. Sanggup menahan sakit gigi (yang kadangkala sudah kronik dan terlalu sakit) daripada ke doktor. Iskisk..mudah-mudahan anak-anak saya nanti tak macam tu. Menyusahkan diri sendiri.

Berbalik kisah Abil. Untuk menghilangkan fobianya (secara perlahan-lahan), saya tak pernah miss membawanya setiap kali kak Dina, Zarif dan saya sendiri ada temujanji dengan doktor gigi. Semalam, kami pergi lagi.


Diajak masuk ke dalam bilik rawatan, dia ok. Tekun dan diam melihat semuanya. Daripada pengalaman sebelum ini ,saya tengok Abil cukup takut setiap kali terpandang doktor memegang peralatannya. Bila dia disuruh buka mulut, takutnya menjadi-jadi. Saya agak, masalah sensori mulut dan lidahnya yang terlalu sensitif mungkin menjadi sebab. Memang dia bermasalah untuk diberuskan gigi semasa kecil. Sekarang, masalah itu dah tak ada. Tapi, bila memberus gigi, dia sentiasa rushing dan mahu cepat-cepat habis. Mungkin 'rasa' memberus gigi itu agak keterlaluan baginya.

Ok. Dipendekkan cerita, jom tengok visual.



Giliran kakak.

Giliran adik.

Sekadar jadi penonton. Masih boleh rileks lagi.


Selepas ke dentist, kami pekena aiskrim satu round. Kemudian, di sebelah petang, sesi memanjat, berlari dan melompat di padang.



Hari Sabtu yang produktif.
Hari ini hari Ahad.
Salam Maulidur Rasul!


Feb 2, 2012

Abil Oh! Abil (episod 2)

Nampaknya hari ini lebih baik daripada semalam. Saya tahu, sekarang masih awal pagi. Masih ada lebih daripada 18 jam untuk menghabiskan tempoh hari ini. Tapi dengan permulaan dan keadaan Abil yang agak baik subuh tadi, saya mahu cuba untuk kekal positif.
Tantrum. Ada yang masih kurang jelas. Ada yang masih tak tahu dan faham. What's the big deal? 


Tantrum ni dalam bahasa kita ialah 'mengamuk' atau menangis secara ekstrem. Sebenarnya, bila individu autisme tantrum, ada SEBAB di sebalik drama buat perangai tu. Cuma, masalah utama bagi mereka ialah berkomunikasi. Untuk anak-anak yang verbal sekalipun, cukup SUSAH untuk mereka memberitahu ketidakselesaan dan kekusutan mereka. Yang kurang verbal atau tidak verbal langsung, masalah ini lebih ketara. Jadi, di mata kita, seolah-olah mereka ini 'marah' tanpa sebab. Sedangkan ini tidak betul.

Dalam apa juga situasi tantrum, saya sangat kasihan pada anak autisme yang terlibat. Bila anak saya sendiri dalam situasi yang serupa, simpati saya mencanak-canak, kadang-kadang sama naik dengan rasa marah dan geram. Bayangkanlah, anda sebagai ibu tak dapat nak bantu anak anda mengawal kemarahannya dan bertenang. Kalaulah saya tahu punca dan masalahnya, mudah untuk saya membantunya. Sudahlah tu, bak kata kawan saya, stres ni sangat senang berjangkit. Bila salah seorang 'kusut', kesannya boleh merebak kepada semua orang di dalam rumah. Buat masa ini, keadaan famili saya agak terkawal kecuali saya.

Kesimpulannya, bila anak autisme tantrum, cepat saja kita nak salah faham dan buruk sangka. Jangan begitu ye, tuan-tuan dan puan-puan. Saya juga sedang ingatkan diri sendiri ni.


Abil is NOT a difficult child. Saya sangat pasti tentang ini. Ada orang pernah kata pada saya, Abil ni macam bom jangka. Kalau Abil bom jangka, saya pula bom tak boleh jangka. haha Ingat, autisme dan bukan, 2x5!

Ok. Ini gambar yang langsung tak ada kena mengena dengan entri tapi masih relevan dengan Abil. Anda lihat kasut sekolah (warna putih itu)? Itu kasut Abil. Yang merah hitam itu pula, kasut Zarif. Nampak kan perbezaan susun letak kasut-kasut itu? Ya, Abil memang sangat sistematik. Sekali diajar, sampai bila-bila dia ingat dan KEKAL dengan cara yang sama. Susun beg, susun kasut, susun buku, susun mainan. Semuanya serba kemas dan cantik.

Moralnya, mereka ni boleh dilatih dan diajar dengan baik. Tentang tantrum pula, saya yakin ia boleh dikawal. Biasalah, kita yang dah dewasa ni pun, sebenarnya selalu juga tantrum, cuma kita mungkin lebih tahu cara mengawal dan melepaskan tantrum dengan lebih baik.

Oh ya, satu lagi tips, bila stres, makanlah pisang. Bagus untuk meredakan tekanan dan bantu tubuh untuk lebih relaks. Semalam, memang saya bagi Abil makan pisang 2-3 biji. hehe




Sebelum saya lupa, orang selalu kata, DOA itu senjata. Betul, memang tak tipu. Bila anda berdoa dengan yakin dan penuh percaya, Tuhan akan mendengar dan memberi bila sampai masanya. Makbulkah doa saya? Saya tak tahu. Hari ni ok. Esok lusa belum tentu lagi. Yang pasti, saya akan terus berdoa..dan berdoa..dan berdoa...Jom!


Salam hari Khamis.
Esok dah Jumaat. Alhamdulillah


Feb 1, 2012

Abil Oh! Abil

Agak lama warkah saya tidak di-update. Hampir 5 hari saya demam. Bila saya pulih, anak bujang saya pula menyambung 'syif'.

Tiga empat hari ini, saya rasa agak 'kacau bilau'. Seperti yang saya katakan dalam entri sebelum ini, saya tidak ada 'isu' dengan autisme kecuali 'tantrum'. Bila anak autisme saya tantrum, saya rasa tertekan. Rasa 'lemau' pun ada. Rasa nak duduk bawah 'tempurung' dan duduk diam-diam sehingga angin tantrum berlalu.

Ok. Salah satu cara saya bertahan ialah dengan tidak terlalu bercerita mengenainya. Masalah datang dan pergi. Selepas berhari-hari mendiamkan diri, pagi tadi, saya 'hujan' seorang diri. Saya harap pelangi akan muncul tak lama lagi.

Berbalik kisah Abil, sejak dua tiga minggu lepas dia obses dengan 'slide air'. Ya, itulah perkataan yang disebut-sebutnya. Setiap kali dia menyebut, saya rasa mahu saja terbang dan bawa dia ke tempat yang dimahukannya itu. Abil memang sukakan air. Kesukaan pada slide air pula, semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.


Lihatlah tu! siap di-google. Ya, dia taip dan search sendiri.

Butang google image ditekannya berkali-kali.
Berjam-jam pula dia merenung gambar-gambar ini.



Hati seorang ibu. Saya kasihan tengok Abil yang tak penat-penat meminta slide air daripada saya. Akhirnya, dalam keadaan separuh demam, saya bawa Abil and the gang ke Wet World Shah Alam. Oh ya, ini saja (lihat di bawah) gambar yang ada. Jangan risau, Abil berjaya naik slide air yang ditunggu-tunggunya berkali-kali...lagi dan lagi. Sampai lebam, betul-betul lebam! hehe


Selepas sakan turun naik slide air, Abil pula demam 5 hari. Alhamdulillah, dia dah ok cuma angin tantrum saja belum reda. Kenapa? Mungkin kerana tak sihat dan tak selesa. 


Ya Allah, sihatkanlah Abil. Amiin.


Kawan-kawan,
tolong doakan emosi Abil terus tenteram dan kembali ceria ya!


Thank you!

Jumpa lagi!


Yang Autisme dan Bukan, 2 x 5! (episod 4)

Episod 1
Episod 2
Episod 3


Mengikut teori, individu Autisme mempunyai perwatakan yang berbeza daripada individu bukan autisme. Memang betul cuma, perwatakan atau perangai-perangai yang dikatakan 'berbeza' itu sebenarnya ada juga pada individu bukan autisme.

Kisah Nurhan Zarif yang kuat menyusun (seperti di bawah) pernah saya siarkan sebelum ini. Menyusun memang hobinya. Bukan mengemas, tapi menyusun...dan menyusun...dan menyusun. Kalau anak autisme, mungkin mereka menyusun tanpa sebarang penjelasan. Cerita di sebalik susunan yang dibuat, hanya mereka dan mereka saja yang tahu. Kecuali dalam beberapa kes anak autisme yang verbal, mereka boleh menjawab dan menerangkan apabila ditanya. Untuk Nurhan Zarif pula, ada 1001 hikayat di sebalik susunan-susunan objeknya. Sangat menarik.

Nurhan Zarif adalah seorang kanak-kanak biasa. Yang autisme dalam keluarga saya bukan dia. Tapi dia juga ada peratusan kecil ciri-ciri autisme dalam dirinya. Risaukah saya? Buat masa ini, tidak. Bagi saya, hanya satu saja yang saya benci tentang autisme, T.a.n.t.r.u.m.

Selain tantrum, saya tidak ada 'isu' dengan autisme. Mereka juga macam kita, 2x5! Ada hati. Ada perasaan. Ada potensi. Ada bakat. Ada akal. Macam-macam ada!



Ok. I am back :)