Feb 1, 2012

Abil Oh! Abil

Agak lama warkah saya tidak di-update. Hampir 5 hari saya demam. Bila saya pulih, anak bujang saya pula menyambung 'syif'.

Tiga empat hari ini, saya rasa agak 'kacau bilau'. Seperti yang saya katakan dalam entri sebelum ini, saya tidak ada 'isu' dengan autisme kecuali 'tantrum'. Bila anak autisme saya tantrum, saya rasa tertekan. Rasa 'lemau' pun ada. Rasa nak duduk bawah 'tempurung' dan duduk diam-diam sehingga angin tantrum berlalu.

Ok. Salah satu cara saya bertahan ialah dengan tidak terlalu bercerita mengenainya. Masalah datang dan pergi. Selepas berhari-hari mendiamkan diri, pagi tadi, saya 'hujan' seorang diri. Saya harap pelangi akan muncul tak lama lagi.

Berbalik kisah Abil, sejak dua tiga minggu lepas dia obses dengan 'slide air'. Ya, itulah perkataan yang disebut-sebutnya. Setiap kali dia menyebut, saya rasa mahu saja terbang dan bawa dia ke tempat yang dimahukannya itu. Abil memang sukakan air. Kesukaan pada slide air pula, semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.


Lihatlah tu! siap di-google. Ya, dia taip dan search sendiri.

Butang google image ditekannya berkali-kali.
Berjam-jam pula dia merenung gambar-gambar ini.



Hati seorang ibu. Saya kasihan tengok Abil yang tak penat-penat meminta slide air daripada saya. Akhirnya, dalam keadaan separuh demam, saya bawa Abil and the gang ke Wet World Shah Alam. Oh ya, ini saja (lihat di bawah) gambar yang ada. Jangan risau, Abil berjaya naik slide air yang ditunggu-tunggunya berkali-kali...lagi dan lagi. Sampai lebam, betul-betul lebam! hehe


Selepas sakan turun naik slide air, Abil pula demam 5 hari. Alhamdulillah, dia dah ok cuma angin tantrum saja belum reda. Kenapa? Mungkin kerana tak sihat dan tak selesa. 


Ya Allah, sihatkanlah Abil. Amiin.


Kawan-kawan,
tolong doakan emosi Abil terus tenteram dan kembali ceria ya!


Thank you!

Jumpa lagi!


6 comments:

Marina Ariff said...

Sabar banyak2 Syidah.....kalau dekat boleh kita jumpa2 ye....hugs to you and Abil....akak doakan abil cepat sembuh....take care ok...cheer up....:)

Syahida said...

k.marina, a hug is exactly what we need. agaknya abil tantrum nak masuk 9 thn (26hb ni kot)..Ya Allah, sabarkanlah hatiku..huhu

shogun_na said...

sabar kak syida....dugaan dari-Nya...

Edi said...

syida,
alahai siannyer.. both to abil and mommy dia.. ya saya pun kalau time2 faaeq tu takde mood.. mmg stress sgt.. stress tu pindah kat ayah dia, kang dgn abg dia sekali kena.. pastu mulalah kesian je tgk sumer org.. hmm.. mmg kena byk2 sabar.. tp suruh org bersabar tu lagi senang drpd diri sendiri nak bersabar kan.. just fikir lepas ni sumer akan reda balik... u pun emsti masih letih lagi dengan demam.. i doakan semuanya sehat cepat2 and back to normal k!
sy pun tgh demam ni, viral fever doc kata.. habis lemah satu bdn.. rumah tu toksah ckpla, balik je terus baring.. tak kisahla ape nak jadik..

Syahida said...

ina, betul tu...masalahnya akak ni kurang sabar..Allah nak suruh sentiasa INGAT kat DIA ni..

Syahida said...

edi, betul tu..stress is contagious. once the cycle starts, susah nak stop..mmg kna sabar banyak2. i kesian kt abil je...kalau kita tak faham/hilang sabar, teruk kesannya..u take care!