Feb 26, 2012

Hikayat seorang hero




Ya, hero ini dapat 'habuan' ke Pulai Spring Resort. Untuk mendapat rate yang sesuai dengan bajet kami, saya buat booking secara online, seawal 3 minggu sebelum tarikh birthday-nya. Sebab utama saya memilih resort ini ialah kerana ia ada kolam renang dengan water slides. Saya tidak mahu ke water park kerana nanti anak-anak akan terlalu penat. Minggu depan sudah mula musim ujian.

Sejak 2-3 minggu lepas, hero ini asyik menyebut " slide air!" ,"Nak slide air!, "Pergi slide air!". Berulang-ulang kali. Oh, memang dia terlalu MAHU main slide air. Setiap hari, dia google dan tengok di YouTube. Dia renung, dia tenung dan mungkin juga dia berangan-angan. Pendekata, macam saya jugalah, google handbag, google abaya, google itu, google ini..pastu berangan! hehe. Tengok sikit-sikit memang boleh hilangkan stres. Pandang lama-lama, boleh bertambah stres...sebab tak dapat-dapat! ;p

Berbalik kisah hero saya seorang ini, pagi tadi dia berjaya melepaskan 'dendamnya'. Selama lebih kurang 2 jam 30 minit kami di kolam renang ini, dia turun naik slide itu tanpa henti. Mengikut perkiraan saya, kalau masa yang diambil untuk turun dan naik semula ke slide ialah 1 minit setengah ke 2 minit, ini bermakna hero ini sudah turun naik slide itu sekurang-kurangnya 60 kali. Fuhhh! memang bertenaga sungguh hero ni...

Pulang ke rumah, kami semua 'pengsan' kecuali dia. Masih ada kudrat untuk kekal berjaga walaupun tidak selincah biasa. Malam ini, pukul 8.15 dia sudah ZZzzzz... Harap-harap esok pagi tak ada masalah untuk bangun ke sekolah.

Oh ya, tahukah anda bahawa slide atau gelungsur adalah salah satu medium yang bagus untuk sensori. Ia boleh membaiki daya keseimbangan badan dan juga pergerakan seseorang. kalau dalam 'kamus sensori', ia dikatakan baik untuk vestibular. Nak tahu lebih lanjut tentang vestibular dan sensori, boleh baca di sini.


Ok. Masa untuk tidur :)


4 comments:

Edi said...

pergh.... mmg hero betul la abil.. hahaha... lepas gian habis.. bagusla, at least dia main puas2, berbaloi la bayar utk ke sana.. puas hati!
Happy Birthday Abil! Aunty doakan Abil sihat2 selalu dan bijak dlm semua urusan Abil.. amin..

Syahida said...

Edi, kitorang yg penat tengok dia main slide tu..dia x penat2 haha. hairan bin ajaib betul! ;p

thx aunty edi! mudah2an makbul

shogun_na said...

wah....mak ngah jeles...sekarang ni letih sikit sbb kena folo dorang...kalau dah besar, monitor dari jauh je...

Syahida said...

Ina, masa anak kecik2, mmg letih nak mengejor..ni pun kitorang da x pyh nak kejo sangat..tp still kna pantau jugaklah :)