Feb 25, 2012

Sudah 9 tahun!

dari google
Saya suka tengok gambar-gambar lama. Macam-macam perasaan ada. Sedih + gembira + terharu + suka + duka + ketawa + menangis + keliru + tahu + tak tahu + pahit + manis + masam. haha

26 Februari. Ya, esok! Genap umur Nurhan Nabil 9 tahun. Sembilan tahun yang cukup happening. Sembilan tahun yang sangat bermakna.



Ya Allah, TERIMA KASIH di atas usia yang telah engkau berikan kepada anak ini. Terima kasih juga di atas setiap rezeki yang telah engkau limpahkan kepada anak ini. Terima kasih juga di atas setiap cubaan dan dugaan yang telah engkau berikan padaku.

Ya Allah, pimpinlah tangan anak ini. Pimpinlah hatinya dan pimpinlah langkahnya...

Ya Allah, sesungguhnya aku ibu yang tidak sempurna. Maka, bimbinglah aku sentiasa...


Ya Allah, terima kasih di atas takdir yang telah engkau tentukan ke atas ku dan anakku ini. Peliharalah kami agar sentiasa berpegang teguh pada tali-Mu.

Amin!


Ok. *mode sebak. Jumpa lagi!




6 comments:

shogun_na said...

Ameeen...

Selamat Hari Lahir buat Nurhan Nabil...9 tahun rupanya..wah...anak saudara bujang mak ngah dan besar dah rupanya.....

Syahida said...

yelah Makngah, mmg cepat je ms berlalu..tuptup dah 9 thn...tuptup lagi dah 19 tahun..maknya da terasa tua dah ni..haha

smsaroni said...

selamat hari lahir Nurhan Nabil......semoga hadirnya membimbing kita ke arah kebaikan yang abadi....janjiNya pd kita tidak pernah dimugkiri...cuma kita insan biasa kdg2 sangsi...

Syahida said...

tk en samsul. peringatan yg baik utk sy & semua ibubapa di luar sana :)

ibuhebat said...

saya pun sebak kak.. wuwuu.. moga abil jadi anak yg soleh dan dapat bantu mak ayah dah besar nanti :)

Syahida said...

yati, terasa SEBAK sbb mengenangkan susah senang membesarkan dia, daripada tak tahu apa2 kpd dah tahu banyak jugak perkara. Banyak lagi yg nak diajar, dibimbing dan dipupuk pd Abil. semoga Allah permudahkan insyAllah..