Feb 19, 2012

Jom ke laut!

Visual yang sudah diperam lebih kurang 2 minggu. Kami ke Tanjung Balau, sempena cuti-cuti Maulidur Rasul. Seronok! walaupun kulit sudah bertambah tanned 3 kali ganda. hehe

Sebenarnya, saya tak suka laut. Saya lebih suka sungai. Tapi encik suami pula sangat SUKA laut. Saya layankan saja. Ok juga, tapi setiap kali balik dari laut, saya 'bising'. Kulit sudah terbakar, pasir sana, pasir sini. Uwaaaa...

Apa pun, anak-anak saya bahagia saja setiap kali ke laut. Bila tengok muka anak-anak happy, saya lupa sekejap kenapa saya tak suka laut. hehe

Di tempat saya ni tak banyak tempat untuk suka-suki dan beriadah. Untuk ke sini, lebih kurang sejam lebih sikit dari tempat saya. Kalau tak kerana encik suami yang bekerja shif malam setiap hari dan perlu tidur di waktu pagi, memang setiap hujung minggu saya ajak ke sini.

Ok. Jom tengok gambar! Saya tak berpeluang ambil gambar mandi manda dan main ombak sebab saya hanya jadi penunggu di tepi pantai. Jauh sangat nak Zzoommm..

Pantai yang sangat happening. Jom picnic!


Beach Games & Activities
Understanding & Managing Your Child's Behaviour


Play in the sand. Splash in the water.
Get dirty, get wet.
The beach is the only place my mum doesn't get mad about me doing that stuff. Of course I love the beach!

~Dixie Dykens, 5 year old


6 comments:

hannahsarah said...

Impian mahu ke Pantai Batu Buruk masa cuti CNY dan Maulidur Rasul tidak kesampaian. Time CNY ~ Kakak ipar sakit. Time Maulidur ~ kakak ipar dh meninggal. sibuk dgn tahlil + kami sekeluarga lak tidak sihat. 3 minggu ulang alik KL - Tganu.

Syahida said...

salam takziah.

sy pun x prnh sampai pantai batu buruk...kalau jalan2 ke trgn, mungkin boleh singgah satu hari nanti.

zamri.tembol said...

dah lama juga tak ke pantai sejak Hariz kurang obses nya dgn air

Norsyahidah said...

kalau nak dibandingkan laut dgn water theme park, abil lbh suka ke theme park. ada slide air. tapi dibawa ke laut, dia layan aje..esp main ombak, dia cukup suka :)

maya amir said...

lama tak gi laut...kite pun tak suke laut wak.. kalau gi, tak mandi sgt..hanya mandi di gigi air (sebab utama, tak pandai berenang..kekeke)

Norsyahidah said...

o ye ke maya x suka laut? leh geng la kitaaa hehe..kita pun x pndai berenang wak..main kelecaq2 je ;p