Mar 21, 2012

Syioknya cuti-cuti seminggu II

Saya namakan aktiviti ini Scratch Art. Senang sangat nak buat, cuma scratch saja.

Cabaran aktiviti ini ialah untuk fokus sehingga selesai scratch keseluruhan gambar. Penat juga buat scratching ni tau. Adik Zarif tak habis-habis mengeluh, tapi buat tetap buat..

Ini kali pertama kami beraktiviti Scratch Art. Kalau tak, selalunya kami layan Sand Art.

Untuk Abil, saya memang kena jadi 'cikgu disiplin' kat sebelah. Kalau tak, tak sampai 5 minit,confirm tinggal kertas saja.

Untuk siapkan sekeping gambar bersaiz sederhana, anda perlukan lebih kurang 15-25 minit. Tak perlu krayon, pensel warna atau cat air. Cuma perlu toothpick, lidi atau apa saja yang sesuai untuk scratch.


Saya beli beberapa set di Plaza GM, Klang. Rasanya kena pergi lagi dan borong 10-20 set lagi. Anak-anak saya sangat suka. Harganya murah saja. RM5 untuk 6 set. Lebih banyak anda beli, lebih banyak diskaun.

Masa untuk layan visual..


Abil. Cuma tangan kelihatan :)



Macam-macam gaya!


Ini contoh gambar asal, sebelum di-scratch.


Hasil dari Abil.


Adik Zarif buat yang ini.


Yang ini kakak punya.


T.A.M.A.T

Jumpa esok esok!

Mar 19, 2012

Syioknya cuti-cuti seminggu

Cuti sekolah memang seronok. Kalau ikutkan hati, tak cukup seminggu. Nak tambah lagi 3 minggu boleh? hehe

Walaupun kami tidak ke mana-mana selain ke rumah mak saya di Selangor, cuti tetap cuti. Enjoy tetap enjoy, asalkan bukan di rumah sendiri. hehe

Berdasarkan info seorang rakan, saya bawa anak-anak ke Denai Alam Riding Club (DARC). Kami tak pernah tunggang kuda. Jadi, anak-anak saya (terutamanya kak Dina dan Zarif) cukup excited. Abil hanya diam bila saya memberitahu. Mungkin sebab dia masih kurang jelas. Saya pasti dia tahu dan faham tentang kuda. Tapi 'menunggang kuda' mungkin sedikit asing baginya.

Sampai di DARC, saya terus buat pembayaran. Kelab ini terbuka untuk semua, tidak terhad kepada ahli sahaja. Untuk joyride, bayarannya cuma RM5 untuk 3 pusingan. Oleh kerana anak-anak dan mak sama-sama excited, saya terus bayar untuk 6 pusingan setiap seorang.

Melangkah masuk ke kawasan DARC, saya tengok kuda-kudanya melintas satu persatu. Mak aiii, sihat-sihat dan besar-besar belaka. Tiba-tiba, hati rasa cuak. Tak bahayakah? Bolehkah anak-anakku? Kalau tiba-tiba kuda-kuda tu marah macamana? haha Dah bayar baru nak fikir yang bukan-bukan..

Saya cuba rileks. Encik suami memang sentiasa cool. Saya diam saja sambil cuba senyum. Saya tanya pada anak-anak, "Siapa nak naik kuda dulu?" Tiba-tiba semua senyap. Rupa-rupanya mereka boleh 'baca' fikiran saya. Saya ingatkan saya seorang saya yang risau.

Lebih kurang 5 minit menunggu, datang seorang pekerja DARC dengan seekor kuda bersaiz sederhana. Tak terlalu kecil. Tidak juga besar. Sedang-sedang saja. *Legaaa..

Saya tanya lagi, "Ok. siapa nak naik kuda? Abil?" sambil menoleh pada Abil. "Ma, stop!" Abil jawab. Aiyo, dia tak mahu naik pulak. Saya sudah mula susah hati.

Tak semena-mena, "Adik naik dululah.." Itu dia, hero kenit saya sudah bersuara. Maka, adiklah yang naik kuda dulu. Diikuti Abil dan kak Dina. Ya, Abil juga bertukar fikiran bila tengok adik Zarif happy naik kuda.



Masa untuk visual!


Menunggu giliran :)


Koboi comel. Si kenit yang berani.
Bila disuruh turun, dia cakap nak naik lagi. Tak cukup 6 round. Adehh..




Giliran Abil.
Saya yang dupdapdupdap..



Abil berjaya duduk diam atas kuda sehingga 5 round.
Sangat ok. Syukur!
Tuhan saja yang tahu betapa risaunya saya kalau tiba-tiba dia terjun turun dari kuda ataupun melompat-lompat di atas kuda.
Kami hanya melihat dari tepi.
Good job Abil!



Kak Dina yang sabar menunggu 20 minit sebelum gilirannya.
Kalau kami tinggal di Selangor, memang confirm saya register terus jadi ahli DARC.
Boleh masukkan anak-anak ke kelas menunggang kuda.



Geram tengok mereka yang dah pandai menunggang dan bebas berlari di tengah padang.
Ada yang sebaya dengan kak Dina, Abil dan Zarif.
Cool!


Yang pasti, kami mahu datang lagi.
Sekian, cuti sudah habis.
Salam hari Isnin.

Mar 15, 2012

Bila Abil jumpa doktor


Dia cukup susah ke doktor. Makan ubat tiada masalah. Tapi berjumpa doktor memang banyak masalah. Seingat saya, Abil tidak ada pengalaman pahit sepanjang berjumpa doktor. Mungkin juga dia asyik teringat saat-saat dia di-inject semasa di sekolah (umur 7 tahun). Ya, mungkin juga. Tapi dia memang cukup susah diperiksa oleh doktor sejak kecil.

Saya perhatikan setiap kali berjumpa doktor, Abil sangat conscious apabila doktor cuba menyentuh mana-mana bahagian badannya, terutama bahagian mulut dan dada. Hmm..mungkin sensorinya terlalu sensitif. Disentuh sedikit, gelinya lebih. Dipegang sedikit, 'sakitnya' lebih. Mungkin. Saya pun hanya boleh assume sahaja.

Semalam, kami ke PPUM untuk temujanji doktor. Kalau dulu, temujanjinya setiap 3 ke 4 bulan sekali. Sejak setahun dua kebelakangan ini, kami hanya perlu datang setiap 6 bulan ke setahun sekali. Temujanji sekadar untuk update perkembangan terkini Abil dan juga pemeriksaan kesihatannya.

Setiap kali kami datang, doktornya berbeza-beza. Doktor yang bertugas biasanya akan membaca rekod-rekodnya dan tahu sikit sebanyak tentang Abil. Menariknya kali ini, doktor yang bertugas sangat sweet, peramah dan sangat prihatin. Doktor-doktor sebelum ini pun ok, kali ini lebih ok daripada biasa. hehe


Hampir sejam juga kami berbual-bual. Sebelum masuk ke bilik rawatan, saya lihat ramai pesakit menunggu di luar. Selepas saya keluar, kawasan menunggu sudah hampir kosong. Hmmm....

Doktor: So, sekarang Nurhan Nabil sudah boleh mandi dan makan sendiri?
saya: Sikit-sikit doktor. Boleh makan sendiri tapi agak slow dan susah nak tunggu hingga makanan habis. Mungkin sebab fokus dan attention span masih kurang. Mandi pun masih berbantu. Dia boleh buat sendiri tapi saya kena bagi arahan di luar.

Doktor: Dia ke sekolah? Sudah boleh membaca dan menulis?Mengira? Speech macamana?
saya: Dia ke kelas pendidikan khas. Sesi terapinya (SI dan OT), 3 kali seminggu. Sudah boleh membaca, terutamanya Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris yang asas saja. Saya sedang usahakan supaya dia cekap membaca BM, baru saya polish kemahiran membaca BI. Dia sudah kenal nombor sehingga 40. Sudah boleh buat operasi menambah. Tapi masih belum betul-betul mahir. Operasi tolak belum lagi. Tentang speech, dia boleh sebut sehingga 3 patah perkataan. Tapi lebih suka menyebut sepatah dua saja.

Doktor: Dia selalu tantrum?
saya: Sekarang sudah jarang berbanding dulu. Tapi sesekali kalau dia tantrum, ada juga insiden mencederakan diri sendiri. Biasanya kami biar dia reda sendiri. Kalau perlu, kami peluk atau pegang dia dari belakang supaya dia tak terus mencederakan dirinya.

Begitulah lebih kurang perbualan saya dengan doktor. Ada banyak lagi soalan. Banyak juga jawapan. Tapi cukuplah setakat ini saja ya. Sempat juga doktor minta Abil membaca buku dan bersoal jawab dengan Abil.

Saya disarankan doktor supaya berusaha lebih keras untuk merangsang speech Abil. Baik doktor. Usaha akan diteruskan!

Oh ya, sepanjang berada di bilik rawatan, Abil cukup 'alergik' mendengar perkataan doktor, walaupun ketika saya memanggil dan membahasakan 'doktor' ketika berbual. "Ma, stop!, berkali-kali dia menyebut. Akhirnya, doktor tersebut meminta saya menyebut 'auntie'. Bila diperiksa, Abil bagi kerjasama baik. Markah penuh untuk Abil. Kerjasama paling baik saya pernah lihat. Langsung tak membantah bila diminta buka mulut dan diperiksa dada dan badan. Saya hanya senyum di belakang.

Hari ini, bila saya menyebut perkataan 'doktor', tiada lagi skrip "Stop!" Hmm..saya jadi hairan. Tak macam biasa. Mungkin penangan doktor yang super duper sweet semalam. Harap-harap biarlah kekal begitu.

Ok kawan-kawan. Jumpa lagi!


Belajar tentang Autisme

dari google
Salam,

Pengumuman

Seminar (Autisme) :Gut and Psychology Syndrome (GAPS)

Oleh: Dr Natasha Campbell McBrideTarikh: 20 April 2012, Jumaat
Tempat: Desa Parkcity, KL
Untuk info lanjut, sila klik sini. Oh ya! ada tawaran menarik berkenaan seminar ini, boleh baca lanjut di sini.
Bagi mereka yang berminat untuk tambah ilmu, tawaran sponsorship oleh ANDI Initiative tak patut dilepaskan.

Sekian.



Mar 2, 2012

ATEC oh! ATEC

gambar google

Apakah? ATEC ialah Autism Treatment Evaluation Checklist oleh ARI (Autism Research Institute).

Saya tak mahu cerita panjang-panjang tentang ATEC dan ARI. Nanti ada yang terus 'lari' dari blog saya. hehe

Yang mahu tahu lebih lanjut, boleh baca tentang ATEC dan ARI di sini. Saya dapat info dari Autisme Malaysia.

Saya buat ujian ini untuk menganalisa keadaan Abil dan tahap autismenya. Keputusannya agak baik. Untuk pengetahuan, semakin kurang markah yang dicatatkan (menghampiri 0) bermakna individu autisme yang berkenaan semakin menghampiri aras individu 'normal'. Pendekata, semakin rendah skor yang dicapai, semakin tinggi peluang untuk berdikari sepenuhnya.

Daripada senarai soalan dan skor yang dicapai oleh Abil, kesimpulan saya ialah, kekurangan Abil sangat ketara pada aspek speech dan komunikasi serta aspek sosial. Lain-lain aspek, agak minor dan tak membimbangkan.

Markah keseluruhan (abil): 54

Kalau saya buat test ini 3-4 tahun dulu, saya rasa skornya jauh lebih tinggi (mungkin mencecah 100). Ini bermakna Abil sudah jauh lebih baik berbanding dulu. Pada masa yang sama, perlu improve lagi untuk mengurangkan skor ATEC-nya. Saya perlu kejar skor di bawah 30.

Ini adalah analisis yang diberikan ATEC:

  • ATEC < 30. A child with score of less than 30 – or, better still, less than 20 – would have some ability to conduct normal, two-way conversations, and more or less behave normally. Such children have high chances of leading normal lives as independent individuals.
  • ATEC < 50.The child has good chances of being semi-independent. More importantly, he or she will not likely need to be placed in an institution or “nut house”. For many parents of autistic children, being able to achieve improvement up to this level is already considered very significant.
Walaupun skor Abil sedikit melebihi angka 50. Ia sudah cukup buat saya rasa bersemangat. Masa depannya masih JAUH. Jom usaha dan usaha lagi!


Doakan kami! :)

Esok hari Sabtu. Lusa hari Ahad.
Selamat berhujung minggu!


Mari!

Pengumuman! Pengumuman!


Kepada anda, anda dan anda, yang ada kaitan langsung atau tidak langsung dengan warga OKU. Yang tiada kena mengena langsung pun boleh sama-sama turun padang. atau sekurang-kurangnya ambil tahu tentang event ini.

Untuk makluman, ini BUKAN perhimpunan politik, jauh sekali perarakan demonstrasi, tunjuk perasaan dan yang sewaktu dengannya. Ia sebenarnya adalah FORUM perbincangan tentang nasib OKU di Malaysia yang nampak saja 'gah' tapi sebenarnya masih 'mengah'.

Oh ya, bila sebut OKU, bukan terhad kepada individu-individu yang mempunyai kelainan fizikal sahaja. Salah seorang anak saya juga termasuk dalam kategori OKU (masalah pembelajaran). Walaupun saya 'kurang gemar' dengan label ini, tapi itulah hakikatnya.

Untuk info lanjut, boleh baca di sini Malaysian People With Disabilities' Dilemma Forum.

Juga, bagi anda, anda dan anda, yang mahu kenal dengan idola saya. Silalah baca di sini.


Either you pursue your dreams, 
or you make your son’s dreams a key part of your life.
~Dr Hasnah Toran

Sekian, salam Jumaat.