Mar 2, 2012

ATEC oh! ATEC

gambar google

Apakah? ATEC ialah Autism Treatment Evaluation Checklist oleh ARI (Autism Research Institute).

Saya tak mahu cerita panjang-panjang tentang ATEC dan ARI. Nanti ada yang terus 'lari' dari blog saya. hehe

Yang mahu tahu lebih lanjut, boleh baca tentang ATEC dan ARI di sini. Saya dapat info dari Autisme Malaysia.

Saya buat ujian ini untuk menganalisa keadaan Abil dan tahap autismenya. Keputusannya agak baik. Untuk pengetahuan, semakin kurang markah yang dicatatkan (menghampiri 0) bermakna individu autisme yang berkenaan semakin menghampiri aras individu 'normal'. Pendekata, semakin rendah skor yang dicapai, semakin tinggi peluang untuk berdikari sepenuhnya.

Daripada senarai soalan dan skor yang dicapai oleh Abil, kesimpulan saya ialah, kekurangan Abil sangat ketara pada aspek speech dan komunikasi serta aspek sosial. Lain-lain aspek, agak minor dan tak membimbangkan.

Markah keseluruhan (abil): 54

Kalau saya buat test ini 3-4 tahun dulu, saya rasa skornya jauh lebih tinggi (mungkin mencecah 100). Ini bermakna Abil sudah jauh lebih baik berbanding dulu. Pada masa yang sama, perlu improve lagi untuk mengurangkan skor ATEC-nya. Saya perlu kejar skor di bawah 30.

Ini adalah analisis yang diberikan ATEC:

  • ATEC < 30. A child with score of less than 30 – or, better still, less than 20 – would have some ability to conduct normal, two-way conversations, and more or less behave normally. Such children have high chances of leading normal lives as independent individuals.
  • ATEC < 50.The child has good chances of being semi-independent. More importantly, he or she will not likely need to be placed in an institution or “nut house”. For many parents of autistic children, being able to achieve improvement up to this level is already considered very significant.
Walaupun skor Abil sedikit melebihi angka 50. Ia sudah cukup buat saya rasa bersemangat. Masa depannya masih JAUH. Jom usaha dan usaha lagi!


Doakan kami! :)

Esok hari Sabtu. Lusa hari Ahad.
Selamat berhujung minggu!


5 comments:

shogun_na said...

TAHNIAH buat Abil dan TAHNIAH buat maknye yg sabar dan tak henti2 mengajar Abil... ;)

Syahida said...

ina, lum cukup TERER lagi ni..kalau dapat skor bawah 20 atau makin dekat ngan 0, baru leh tarik nafas lega. buat masa ni, skor 54 tu cukuplah untuk bagi semangat supaya terus berusaha insyAllah :)

smsaroni said...

masih ada masa utk kita selagi berusaha dgn sesunggunya...cuma masa terhenti apabila kita telah putus asa....good luck!

Syahida said...

en. samsul, betul3. good luck utk syahmi juga! :)

Jaa said...

saya try buka ATEC tu tp x blh..erm, dia online test ker? sayang.. sb anak kakak saya seorang ni autisme n kakak saya plak dok kg...x reti nk online2....susah gak dia nak dapat info...