Mar 19, 2012

Syioknya cuti-cuti seminggu

Cuti sekolah memang seronok. Kalau ikutkan hati, tak cukup seminggu. Nak tambah lagi 3 minggu boleh? hehe

Walaupun kami tidak ke mana-mana selain ke rumah mak saya di Selangor, cuti tetap cuti. Enjoy tetap enjoy, asalkan bukan di rumah sendiri. hehe

Berdasarkan info seorang rakan, saya bawa anak-anak ke Denai Alam Riding Club (DARC). Kami tak pernah tunggang kuda. Jadi, anak-anak saya (terutamanya kak Dina dan Zarif) cukup excited. Abil hanya diam bila saya memberitahu. Mungkin sebab dia masih kurang jelas. Saya pasti dia tahu dan faham tentang kuda. Tapi 'menunggang kuda' mungkin sedikit asing baginya.

Sampai di DARC, saya terus buat pembayaran. Kelab ini terbuka untuk semua, tidak terhad kepada ahli sahaja. Untuk joyride, bayarannya cuma RM5 untuk 3 pusingan. Oleh kerana anak-anak dan mak sama-sama excited, saya terus bayar untuk 6 pusingan setiap seorang.

Melangkah masuk ke kawasan DARC, saya tengok kuda-kudanya melintas satu persatu. Mak aiii, sihat-sihat dan besar-besar belaka. Tiba-tiba, hati rasa cuak. Tak bahayakah? Bolehkah anak-anakku? Kalau tiba-tiba kuda-kuda tu marah macamana? haha Dah bayar baru nak fikir yang bukan-bukan..

Saya cuba rileks. Encik suami memang sentiasa cool. Saya diam saja sambil cuba senyum. Saya tanya pada anak-anak, "Siapa nak naik kuda dulu?" Tiba-tiba semua senyap. Rupa-rupanya mereka boleh 'baca' fikiran saya. Saya ingatkan saya seorang saya yang risau.

Lebih kurang 5 minit menunggu, datang seorang pekerja DARC dengan seekor kuda bersaiz sederhana. Tak terlalu kecil. Tidak juga besar. Sedang-sedang saja. *Legaaa..

Saya tanya lagi, "Ok. siapa nak naik kuda? Abil?" sambil menoleh pada Abil. "Ma, stop!" Abil jawab. Aiyo, dia tak mahu naik pulak. Saya sudah mula susah hati.

Tak semena-mena, "Adik naik dululah.." Itu dia, hero kenit saya sudah bersuara. Maka, adiklah yang naik kuda dulu. Diikuti Abil dan kak Dina. Ya, Abil juga bertukar fikiran bila tengok adik Zarif happy naik kuda.



Masa untuk visual!


Menunggu giliran :)


Koboi comel. Si kenit yang berani.
Bila disuruh turun, dia cakap nak naik lagi. Tak cukup 6 round. Adehh..




Giliran Abil.
Saya yang dupdapdupdap..



Abil berjaya duduk diam atas kuda sehingga 5 round.
Sangat ok. Syukur!
Tuhan saja yang tahu betapa risaunya saya kalau tiba-tiba dia terjun turun dari kuda ataupun melompat-lompat di atas kuda.
Kami hanya melihat dari tepi.
Good job Abil!



Kak Dina yang sabar menunggu 20 minit sebelum gilirannya.
Kalau kami tinggal di Selangor, memang confirm saya register terus jadi ahli DARC.
Boleh masukkan anak-anak ke kelas menunggang kuda.



Geram tengok mereka yang dah pandai menunggang dan bebas berlari di tengah padang.
Ada yang sebaya dengan kak Dina, Abil dan Zarif.
Cool!


Yang pasti, kami mahu datang lagi.
Sekian, cuti sudah habis.
Salam hari Isnin.

2 comments:

smsaroni said...

Syahmi belum merasa naik kuda lagi....rasanya mmg dia tak berani...kalau ada masa teringin juga nak bawa dia menunggang kuda...masa kecil2 dulu naik kuda besi dkt supermarket tu pun takut...siap bernyanyi lagi kuda tu setelah disuap dgn syiling 50 sen....hehehe

syida said...

haha encik samsul, kuda besi tu mmg favourite budak2..cuma tak larat la nak suap syiling selalu..kalo kt JB tak dapat dah 50 sen...misti mau RM1.

saya pun tak sangka Abil ok je naik kuda ni..dia tak pernah sebut pun nak naik kuda. saya sengaja bawak try test. kalau ada peluang, lepas ni nak cuba lagi..